Mar 12, 2012

Bye Bye Haikal



Assalamualaikum :)

Setiap kali cuti sekolah, Haikal mesti sibuk mau minta hantar pergi Labuan. Kononnya tidak seronok duduk dalam nursery yang dihuni hampir kebanyakan kanak-kanak tidak cukup umur.

Bagi aku, kalau boleh memang mau berkepit saja dengan anak-anak. Tapi memikirkan 'kebenaran' kata-kata si Haikal, akun juga la aku menghantar. Asalnya, aku berkira-kira mau kirim Haikal dengan makcik aku yg kebetulan balik Labuan. Tiba-tiba mama aku pula bersemangat suruh kami kirim si Dyana sekali. Bukan, makcik aku tu tidak boleh diharap. Cuma dengan keadaan anak-anak aku yang aktif, bising dan banyak songeh.. aku tidak pasti kalau makcik aku larat. Hahaha..

Akhirnya, kami ambil keputusan balik ke Labuan. At least kalau Dyana tidak mau tinggal dengan nenek, kami boleh terus angkut balik ke KK. Sampai Menumbok, konon-konon mau naik feri ekspress ISRO. 45 minit perjalanan. Tapi sayang, penuh la pula. Kalau naik Feri besar (dlm 2 jam lebih perjalanan), aku rasa malas. Terlalu lama utk sampai Labuan. Akhirnya, aku nekad naik speed boat (30 minit perjalanan). First thing first kena call bapa aku tanya ramalan cuaca atau keadaan laut. Lepas bapa aku bagi green light (bapa aku berkhidmat dalam perkapalan once upon a time), terus beli tiket.

Sungguhpun ramai penumpang lain nampak begitu concern dengan keadaan aku si mak buyung, tapi diorang diamkan saja. Alhamdulillah, langsung tiada sebarang ombak atau hentakan sepanjang perjalanan.

Sampai Labuan seperti biasa, aku akan memenuhi segala macam craving aku yang tidak berkesudahan. Antaranya:

1) Cendol Langkasuka

Langkasuka tu kedai makcik aku. Tapi sebab ada anak buah dia yang kawin, maka kedai ditutup utk sementara waktu :(. Bagi mengubati hati yang lara, aku pun pergi ke UK utk cari cendol Cinta yg dikatakan popular. Tapi sayangnya, aku rasa cendol Langkasuka masih yang terbaik!

2) Cucur Udang Sopiah

Aku tidak pasti beberapa kali sudah aku kirim dengan adik aku setiap kali dia berkunjung ke KK. Malangnya setiap kali tu la dia tutup. Kali ni aku pergi sendiri. Kedai buka hati sudah mula berbunga-bunga. Jam menunjukkan 3.15 pm. Tapi sayangnya cucur udang sudah habis. Siapa la yang memborong suka hati ni kan? Belum rezeki kali.. huhuhu.

3) Nenas Tumis

Arwah nenek aku suka masak ni dulu. Tiba-tiba teringin makan. Aku balik Labuan dengan harapan boleh minta mama aku masakkan. Memanjang la pula kami pergi orang kawin. Sudahnya, dapur tidak berasap. Apapun, aku jumpa juga la udang sambal dengan nenas masa majlis kawin. So, tidak la kempunan sangat.

4) Kari Ikan

Hajat hati mau suruh mama masak. Mungkin sudah rezeki, kebetulan pula mama aku ada masak lebih hidangan peserta kursus umrah. Hehehehe tercapai juga hasrat hati.


Plan utk balik ke KK, jatuh keesokkan harinya. Asalnya Dyana macam mau tinggal. Tiba-tiba, dia angkut pula bakul raga dia naik kereta. So, bye bye Haikal la.

Kami beli tiket feri besar sebab kami tidak terfikir mau beli feri ekspress ISRO. Masuk feri, kami upgrade ke first class. Alasan aku, terlalu ramai manusia yang suka mendudukkan beg di kerusi dan ini menyebabkan lebih ramai manusia yg duduk di lantai. Bagi keselesaan aku dan Dyana, maka laki aku upgrade la ke first class. Tambah RM8 setiap kepala.

Sampai Menumbok, baru perasan tayar belakang kurang angin. Terpaksa drive sampai Kuala Penyu untuk cari stesen minyak. Paling best, atas sebab trip ke stesen minyak Kuala Penyu tu la kami tau jambatan Kuala Penyu-Membakut telah siap sepenuhnya. Jimat perjalanan. Kami bertolak jam 5 pm dari Menumbok dan tiba ke KK jam 7 pm. 2 jam perjalanan, sedangkan selalunya kami mengambil hampir 3 jam utk sampai KK.



Dalam bot laju ni ada peraturan. Semua penumpang kena pakai life jacket.
Siapa yg pandai berenang tidak perlu pakai (my hubby tidak pandai berenang tapi tidak mau kalah malu).


Bagi yg rasa dirinya pandai berenang tapi tidak begitu yakin, bolehlah memegang saja life jacket berkenaan.
Tengok Dyana dengan bakul raga kesayangannya.


Bagi yang tau dirinya tidak pandai berenang, haruslah memakai life jacket dengan proper :).
Kamu pun tau kenapa laki aku tidak mau kalah malu kan? Hehehe


Menunjukkan anda telah tiba ke Labuan kerana terlalu banyak kapal yg berlabuh atau tersadai.


Membuktikan jambatan Kuala Penyu - Membakut telah siap dan sedia untuk digunakan.
Yeay!!





No comments:

Post a Comment