Assalamualaikum :)
Aku selalu terfikir benda ni. Terutamanya bila aku rasa sangat sibuk dan stress. Khasnya bila aku rasa aku la satu2nya manusia paling sibuk di dunia dan orang yg sepatutnya membantu nampak begitu tenang dan selalu memikirkan " Oh! tidak apa. Dia boleh buat bah tu.."
Kadang2 aku terjumpa dgn orang yg menghadapi masalah yg sama dgn aku. Awal pagi bangun dalam jam 5 pagi, menyediakan pakaian isi rumah serta sarapan/bekal anak di samping menyediakan anak2 utk dihantar ke nursery.
Dalam kesibukan pagi yg berpanjangan, aku akan hantar anak2 ke nursery walaupun risikonya aku akan lambat masuk ofis (aku dan suami ada kereta sendiri). Tengahari, kalau laki aku sibuk bermeeting aku kena bergegas ke nursery utk mengambil dan menghantar Haikal ke sekolah.
Petang, aku kena pulang tepat pada waktunya utk memastikan aku tidak terlambat ambil Haikal di sekolah dan sebeblum tu singgah ke nursery utk ambil Dyana.
Sampai rumah, di samping mengangkut barangan yg setimbun (beg2 anak, barang dapur, barang sendiri dan kadang2 anak yg tidur) dari kereta ke rumah, aku kena bersiap pula utk memasak. Sebab laki aku selalu lambat balik, dalam tempoh masa ni berserah sajalah apa yg anak2 aku buat. Sebab aku tidak mampu tengok diorg sambil memasak. Sekiranya, something happen contohnya ada kecederaan pada anak2 dlm tempoh aku memasak.. masa tu la aku akan terfikir..
Kalau la aku ditakdirkan tidak panjang umur, macam mna la laki aku mo handle semua ni?
Bila semua kerja harian dibuat dari pagi sampai malam oleh si isteri, si suami pula pergi kerja dan balik dari kerja tanpa memikirkan sebarang masalah yg timbul di rumah. Kalau tiba2 si isteri 'tiada', macamna lah?
Aku akan sedaya upaya belajar apa2 urusan yg laki aku buat, bayar bil, urusan kereta dan sebagainya dgn harapan bila ditakdirkan si suami 'tiada', aku mampu berdikari tanpa bantuan orang lain.
Tapi kenapa agaknya kalau lelaki, diorang tidak berminat belajar berdikari (dalam hal rumah dan anak2) dan meletakkan semua hal2 tersebut bisa ditanggung beres oleh si isteri tanpa memikirkan si isteri tidaklah sekuat yg disangka? Mungkin sebab bagi lelaki, solution 'kawin baru' adalah langkah terbaik/terdesak so, tidak perlu risau kalau bab mencari pengganti isteri.
Aku kadang2 terfikir utk suruh laki aku buat kerja yg aku buat selama seminggu utk 'merasai' sendiri apa yg aku 'stresskan'. Tapi baru suruh masukkan pakaian anak ke dalam beg nursery pun sudah terkial2. Kalau kasi pakai baju, selalu tidak matching atau terbalik (dan of course rambut anak tidak disikat rapi), inikan lagi mau suruh masak..
Akhirnya aku membuat kesimpulan. Aku rasa bukan sebab suami tidak mau tolong, cuma bila diorang tolong aku rasa lagi bikin stress sebab semua pun perlu dibetulkan balik. Dalam erti kata lain, aku tidak harap laki aku urus hal rumah dan anak2. Tidak se'perfect' yg aku harapkan.
Maka, adakah aku yg menyebabkan diri aku terbeban? Atau laki aku pura2 tidak pandai buat kerja supaya aku take-over balik? Buat masa ni, aku rasa..
Si isteri perlu lebih relaks dan si suami perlu lebih memahami. Utk si isteri relaks, cukuplah setakat menemankan si isteri bangun awal pagi sambil minum kopi, atau balik awal ke rumah lepas kerja utk tolong tengok anak2. Supaya si isteri tidak rasa sendirian bersusah payah mengurus rumah dan anak2. Tidak perlu amah, tidak perlu sumbangan tenaga. Just be there when needed. Nama pun suami isteri kan?
Kepada para suami.. http://kursusperkahwinan.com/urusan-rumahtangga-adalah-tanggungjawab-suami-bukan-isteri/
katau, walaupun husband sa rajin mengurus rumah & budak2.. bab "masukkan pakaian anak ke dalam beg nursery pun sudah terkial2. Kalau kasi pakai baju, selalu tidak matching atau terbalik" memang slalu terjadi la..
ReplyDeletepernah sekali tu, c xavier pi skolah, sampai skola baru prasan seluar dia inside out.. bekibar2 bah tu poket.. pastu, pernah lagi c xavier kena kasi pakai kasut ellone.. padahal ada tulis nama lagi di kasut tu.. pastu yg paling bikin hairan lagi, c xavier kena kasi pakai kasut dua2 sebelah kiri punya.. bikin panas pagi2..