Jan 3, 2012

Movie : Mission Impossible - Ghost Protocol








Assalamualaikum :)

Walaupun Mission Impossible ni sudah masuk MI4, sesungguhnya aku langsung tidak pernah ambil tahu MI1, MI2 dan MI3. Due to some good review from a dear friend of mine, akhirnya aku pun ajaklah laki aku tengok semalam. Usually, kalau mau tengok cerita yg bersequence ni aku mesti tanya kalau2 MI4 tu ada kaitan dgn MI3. Kalau related, penat pula aku terpinga2 di panggung nanti. Mau tanya laki, aku rasa pengetahuan dia mungkin lebih kurang aku ja pun..

Selepas di'confirm'kan tidak begitu related, aku dgn hati berbunga2 mula melangkah ke panggung bertemankan laki dan 2 org pelakon extra (Dyana dan Haikal). Masuk dalam panggung, Dyana sudah mula melakonkan babaknya sambil baring di anak tangga panggung. Memandangkan dia baring diam2 si bapa pun biarkan la dia melayan perasaan. Si Haikal pula, hanya memulakan aksi di 1 jam terakhir dengan soalan2 bonus, "Lama lagi kah ni mama?" dan hanya dijawab dengan anggukan letih si mama.

Apa pendapat aku dgn MI4? 15 minit pertama aku sudah kebingungan. Mana team asal si Ejen Hunt? Rata2 yg keluar sama ada tidak dikenali oleh Ejen Hunt atau baru lulus dari ujian. So, yg lain sudah gol (mati) atau apa? Sepanjang wayang, 2 kali aku nampak Ejen Hunt terhantuk secara dasyat (I don't think terhantuk is actually the right word) yg secara logiknya boleh menyebabkan at least 1 batang giginya tercabut. Oklah.. let's face it. Mana ada org mau tengok starring yg hensem begitu hilang sebatang gigi kan? But at least, kasi la sedikit bengkak atau secalit luka yg membolehkan kejadian tu macam boleh dipercayai. Ini macam tengok cerita hindustan pula. Tumbuk siap ada sound effect macam kena langgar lori, alih2 starring dia maintain sengih2 lagi kunun tidak sakit. Dalam MI4, si Ejen Hunt langsung tidak ada calar. Punyalah hebat.

Tup tup, sekali lawan si penjahat, siap patah2 kaki lagi si starring. Oklah, bagi yg tidak pernah menonton mungkin beranggapan mgkn Ejen Hunt berhadapan dgn penjenayah ala2 Jet Li atau Jackie Chan. Hakikatnya, lawan si starring adalah seorang bekas professor yg berumur dalam 50-60 tahun dan tidak pernah masuk mana2 akademi spy atau yg sewaktu dengannya. Nerd + old + no martial arts knowledge is definitely bukan calon yg sesuai utk mengalahkan the best agent you know.

Bagi aku cerita ni so so la. Mungkin pelakon perempuan kurang memberansangkan, atau jalan ceritanya yg kurang menarik aku pun tidak pasti.


No comments:

Post a Comment