Assalamualaikum :)
Selepas insiden yg menimpa Dyana, hampir setiap malam pun tidak boleh tidur. Tau sajalahkan budak2 tidur lasak. Mana tau terkena pula kaki yg cedera tu. Apa pun, setakat ni baru sekali kaki dia terlanggar dinding dan menyebabkan pendarahan yg agak banyak. Panik juga la si mama meng'handle' situasi. Kalau harap si bapa, pegang kaki anak saja dia sanggup.
Selepas kejadian tu, aku beli beberapa barang bagi menukar bandage Dyana. Macam lain pula kalau di kasi biar kapas tu berdarah2. Si doktor pula mungkin lupa mo kasi bekalan.
Aku pegi Watson dan tanya tu Pharmacist pasal item2 yg diperlukan. Antaranya termasuklah:
1) Normal Saline Solution
Aku ingatkan benda alah ni guna utk cuci contact lenses saja. Rupanya boleh juga utk cuci luka. Tapi Normal Saline saja ah.. Kalau yg ada mention pasal contact lenses tu, bagus jgn guna. Normal Saline ni aku guna utk cuci luka smpai bersih (kadang2 org pakai air panas, tapi benda alah ni lagi mudah). Itu pharmacist cakap, kasi lalu saja air tu di luka.
2) Gauze Pad
Yg ini, aku sempat tengok tu nurse pakai gauze pad utk balut luka Dyana. Kira bagus jugalah.. tidak melekat di luka sangat. Cuma mcm cepat tembus. Harus pakai banyak layer la.
3) Antiseptic Gel
Asalnya aku mo beli yg krim atau jenis losyen kuning. Tapi tu Pharmacist maklumkan klu pakai gel, luka cepat kering. Maka, aku pun belilah Anticeptic Gel.
4) Selotep
Hahaha.. boleh aku cakap selotep? Atau sebenarnya plaster? Aku beli yg lebar sikit supaya aku tidak payah pakai banyak masa membalut luka Dyana.
All and all, sekarang luka sudah semakin kering. Petang ni mungkin pegi klinik balik utk cek kondisi sebenar lukanya. Harapnya, sihat sepenuhnya dalam tempoh 1 minggu ni. Kesian dgn Dyana, kesian juga dgn aku yg terpaksa bergusti dgn kaki Dyana semata2 mau tukar balutan. Penat rupanya kerja ni. Perlu kesabaran..
No comments:
Post a Comment