Assalamualaikum :)
Jangan risau, tiada maknanya aku mau pegi memancing dalam keadaan sekarang ni. Bila hormon tidak stabil, kesabaran tu agak kureng sikit.
Suatu ketika dulu (ewah!), beberapa org rakan sebaya (kwn masa di asrama dulu) mengajak laki aku pegi memancing. Masa tu, aku buat2 cool saja la. Tidak terfikir pun laki aku berminat mau pegi. Maklumlah, mengikut pantang larang org kedayan (my hubby pure kedayan you know!), bila si isteri mengandung si suami adalah tidak dibenarkan utk pergi memancing kerana dikhuatiri hilang di lautan. Well, not applicable kepada para nelayan (takkan la diorg duduk lepak selama 9 bln makan batu cicah pasir kan?).
Sungguhpun laki aku bkn nelayan atau yg sewaktu dgnnya (sejak dia keluar memancing 8 thn lalu, aku blum pernah rasa ikan hasil tangkapan dia), memandangkan dia jarang memancing di laut dalam agak pelik la pula kalau dia hilang di lautan kan? Hilang di tebingan tu mungkin la.. :)
Sehinggalah dia dapat panggilan dari geng asrama hari sabtu yg lalu utk keluar memancing pukul 7.00 mlm. Dalam tempoh 24 jam, jam 7.00 pm juga la diorang pilih. Agaknya ikan2 ni ada waktu makan kali kan? Pergilah laki aku memancing sambil meninggalkan pesan.. "Kejap ja ni. Klu teda ikan, silap2 jam 10 atau 11 pm balik suda kami".
Asalnya, aku akun juga la. Apa mau takut, jiran2 aku semua org2 kecemasan. Doktor ada, ahli bomba ada, nurse ada.. cuma pemandu ambulans ja belum ada. All and all, kira boleh diharap la juga. Bila aku terbangun jam 3.00 am tapi laki aku belum pulang dari trip memancing.. aku sudah mula rasa risau. Rupanya2 dia ada sms bagitau diorg tukar port memancing dari Tuaran ke Papar. Apa?!!!! Diorang tiada kerja ka apa?!!
Malas mau peduli, aku sambung tidur. Bangun pagi sampai tengah hari si suami belum timbul2. Aku mula sudah berkira2 mau kosongkan peti ais. Manalah tau, klu hasil tangkapan mencapai 30 kilo manalah muat kan? Selepas hampir 18 jam menunggu (beginilah rupanya perasaan bini nelayan kan? Risau keselamatan, risau ada rezeki ka tiada.. dalam kes aku, bab rezeki tu aku sudah berhenti berharap long time ago), akhirnya pulang juga laki aku.
Bila aku tanya berapa kilo ikan dapat? Dia hanya tersengih2. 9 tahun aku kawin dgn dia, itu bermaksud "Tiada rezeki". Mengikut ceritanya, dia cakap dia dapat 2 ekor ikan. Tapi terlepas.. Dulu pun dia cakap macam tu juga. Walaupun tiada bukti, kita percaya sajalah.. Hehehe. Dalam hati kita, hanya tuhan yg tau.
Bagi menebus segala kerisauan aku, laki aku ajak keluar cari makan. Konon dia belanja. Aku terus pilih Pizza. Ada satu menu menarik perhatian aku. Aku pun kurang pasti berapa lama suda menu tu bertapa di sana, tapi kali ni baru aku terperasan. Cheesy Char Grilled Chicken Baked Rice.. Punya la sedap!! Si Haikal yg mulanya jual mahal, licin juga la mangkuk..
Next time aku berkunjung ke sini, definitely aku akan order yg ini.. :D
No comments:
Post a Comment