Jan 25, 2012

OPS Durian

Assalamualaikum :)

Kunun2 kami plan mau balik Labuan sempena Chinese New Year ni. Alih2 abis satu rumah di Labuan berangkut ke Sipitang bagi menjalankan tugas2 rasmi.

Last year, dusun (aiseh dusun kunun) bapa aku tidak membawa hasil lumayan. Terbiar begitu sahaja. Maka, sudah habis musim baru sedar rupanya ada buah.

Tahun ni, selepas trip dari Tenom hari tu adalah menjadi tanggungjawab aku memaklumkan dgn bapa aku keadaan durian yg sedang berbunga. Ini bertujuan supaya bapa aku mengambil langkah selamat supaya hasilnya boleh dituai bila tiba masanya.. terasa macam main FarmVille la pula.. hehehe

So, kami pun tukar haluan balik Sipitang. On the way ke Sindumin, melilau2 la mata aku mengamati pepohonan rambutan yg rancak berbuah tapi tidak dijolok. Ish ish ish.. klu di KK, RM5 sekilo. Klu di Sipitang, macam teda harga saja... adui sayang!!

Kiri kanan jalan, melambak org berjual durian. Seikat (dalam 4-5 biji) mencecah RM20. Kira murah apa berbanding di KK yg suatu masa dulu RM8 sekilo. RM20 silap2 dapat 2 biji saja. Sampai rumah di Sipitang, harus mengerjakan durian terlebih dahulu. Kesian tu durian, penat2 menayang diri tapi tidak di makan. Belum pun masuk rumah, durian dulu kami hantam.. bladar pun bladar la..

Selepas beberapa hari menjadi 'tukang masak' para pemungut durian, akhirnya kami balik ke KK dgn berbekalkan bonet kereta yg penuh. Durian (semestinya), rambutan (of course), manggis (yup) tapi sayang tarap tiada. Itu semua hasil dusun. Lepas tu singgah di pekan Sipitang dalam usaha menambah stok. Cempedak (3 biji RM10 memang berbaloi), tempoyak 2 container, durian kuning 2 ikat dan binjai RM5 (5 biji). Bab bau, tidak payah cakap. Macam2 ada. Masam, manis, pahit.. terpaksa buka tingkap kereta mo pulang KK. Apa yg penting, hati sangat suka.. weeeeeeee................

Sampai KK, perkara pertama harus berkemas. Ramai pula tetamu dijangka berkunjung di rumah. Tanda2 rezeki ni. Alhamdulillah!!!


Itu dia!! Sungguhpun hasilnya macam ni, sekelumit cuma ja dpt dibawa. Besar manalah bonet Kelisa kan? Lain la klu aku bawa lori..


Durian yg baru dikutip. Masih lagi dalam tekiding (bakul raga kali org melayu cakap)..



Di sini lah para peladang/petani/penanam buah menjalankan operasi menjual hasil kebun mereka. Melambak kereta singgah utk meninjau/membeli. Meriah sungguh!!


Sepanjang tempoh di kampung halaman bapa aku, baru aku perasan Dyana ni Durian-Maniac. Sepanjang masa mo durian.. dahsat betul!


No comments:

Post a Comment