Jan 12, 2012

Is it a boy or a girl?



Assalamualaikum :)

Masa aku pregnant Dyana dulu, ramai la kawan2 tanya kalau aku sudah tau jantina anak. Jawapan aku mudah tapi amatlah tidak memuaskan beberapa pihak. "Doktor cakap belum nampak lagi, so tidak confirm lelaki atau perempuan".

Bagi aku anak lelaki atau perempuan sama saja. Kalau dapat sepasang alhamdulillah. Kalau tidak pun tidak la sampai kecewa sangat.

Disebabkan itu, seorang kawan mencadangkan aku merujuk kepada kalendar cina. Dari tarikh kita conceive, kita boleh menduga (menduga saja bukan menetapkan aah) apakah jantina anak yg bakal dilahirkan.

Sesetengah orang menggunakan kalendar ni utk mendapatkan jantina anak yg dikehendaki. Bagi aku, kalendar ni aku guna utk buat persediaan apa2 yg patut.




Boleh dipercayaikah? Aku pun kurang pasti. Setakat ni, kedua2 anak aku macam betul.

Haikal - Conceive dlm bulan Januari masa aku berumur 26 thn. Tengok dlm jadual, 'terbetul' pula.

Dyana - Conceive dlm bulan Mac masa aku berumur 30 thn. Tengok dlm jadual, adakah itu satu kebetulan?

Kalau ikutkan, yg ketiga ni conceive dlm bln Ogos masa aku berumur 33 thn. Mungkinkah?



Hmmm.. kita tunggu dan lihat sajalah.


3 comments:

  1. c danieL pun macam betul. bah, cek skang. kuat kah tendangan baby? hehehehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha.. blum lagi kuat.. tggu lg sebulan dua..

    ReplyDelete