Jul 6, 2011

Cirit-birit



Assalamualaikum :)

Jangan risau, aku tidak akan post sebarang kejadian menyayat hati aku ditimpa cirit-birit. Sangatlah tidak appropriate.

Dapat sms dari Laurah, bagi tau anak dia kena cirit birit. Ohooo.. sangatlah kesian. Kalau orang tua, aku kesian juga, tapi kalau budak-budak lagi dasyat kesiannya. Tambah lagi la budak yang belum pun sampai 2 tahun.

Masa anak-anak aku kena cirit-birit suatu ketika dulu, aku lah orang yang paling sibuk. Mengalahkan mak bidan. Kalau sudah ter'cirit' tu memang tidak kira masa dan tempat. Paling tidak boleh terima, kalau anak meraung malam-malam buta tapi kita tidak tau mau buat apa. Paling-paling gosok minyak di perut sambil urut-urut apa-apa yang patut. Itu kalau kamu dapat cirit-birit regular. Kalau dapat yang super, siap muntah-muntah lagi. Ini laaaaaaggggiiiiiiii kesian.

Memandangkan hidup berjauhan dengan keluarga, bab anak umumnya memang kena jaga sendiri. Tiada bantuan ibubapa, mentua, mahupun adik-beradik lainnya. Kadang-kadang kita kena pandai-pandai sendiri. Kadang-kadang tu, ada juga buat talian hayat 24 jam bagi mendapatkan khidmat nasihat ibu tercinta, tapi paling-paling dia suruh bawa pegi klinik.

Balik dari klinik, banyaklah buah tangan yang dibawa. Air garam, ubat tahan muntah dan sebagainya, tetapi tiadalah juga tanda-tanda untuk sembuh. Bila call my mom balik "Bawa klinik pakar kanak-kanak bah!" dia cakap.

Maka, aku pun pergi la ke klinik pakar kanak-kanak. Untuk makluman, lawatan ke klinik pakar tidak boleh dijadikan aktiviti mingguan. Sangatlah tidak budget-friendly :)

Setelah melepasi berjenis-jenis penyakit cirit-birit yang dihidapi anak-anak aku, turut disertakan adalah beberapa tips yang boleh diusahakan oleh si ibubapa yang panik.


1) Stop minum susu atau menyusu serta merta

Mengikut doktor pakar, susu boleh membuatkan cirit-birit bertambah teruk. Bagi anak yang di bawah 1 tahun, dicadangkan menggantikan susu dengan susu formula berasaskan soya (sepanjang musim cirit-birit sahaja). Manakala bagi anak-anak yang sudah sedia maklum rasa susu dia semacam, bolehlah gunakan susu asal dengan sukatan yang dikurangkan. Banyakkan minum air untuk membuang toksik dalam perut. Bagi anak yang menyusu badan, teruskan dengan penyusuan badan :). Susu ibu tidak pernah mendatangkan mudarat kepada si anak.

Inilah jenis brand yang biasanya aku pakai. Ada mahal sikit. Itupun sebab ini saja yang senang mau cari.


2) Makan bubur

Say no to greasy food. Apa-apa makanan yang mengandungi minyak adalah tidak sesuai diberikan kepada pengidap cirit-birit. Sekiranya anak sudah mula makan makanan pejal, adalah lebih baik jika anak diberikan makanan seperti bubur dan sup. Ini kira petua orang-orang tua. Kalau sakit saja, mesti mau kasi hidang bubur atau sup. Cirit-birit, demam malah patah kaki pun dapat hidangan yang sama.



3) Makan ubat

Sungguhpun ubat yang diberikan tidak semujarab mana, adalah lebih baik meneruskannya sahaja. Jangan menjadi ibu pesakit yang durhaka. Mungkin ubat itu mengambil masa yang lama untuk mujarab. Sekiranya sakit semakin teruk dan berlarutan, jangan malu dan segan untuk berkunjung semula ke klinik berkenaan atau ke klinik lain (mana tau lain klinik lain penyakit), tetapi jangan patah hati kalau ubatnya sama. Nama pun berusaha. Tapi bagi aku, bila ianya berlarutan ini adalah petanda untuk jumpa doktor pakar.



4) Minum kelapa

Bagi anak yang menyusu badan, tidak payah pakai air kelapa segala. Teruskan dengan apa yang ada. Lagipun doktor normally tidak akan bagi sebarang ubat makan pada anak yang masih breastfeed. Kalau ubat sapu-sapu, doktor kasi la. Bagi anak yang sudah biasa minum milo, sirap dan sebagainya, bolehlah cuba minum air kelapa. Aku pernah kasi minum anak aku air kelapa masa dia umur 1 tahun sebab cirit-birit dia teruk. Bagi aku yang bukan doktor ni, mungkin tidaklah mendatangkan bahaya memandangkan buah kelapa ni sumber semulajadi. Aku kasi minum dalam 2 oz lebih kurang. Dalam 3 kali sehari. Wah! terasa macam doktor yang kempunan pula aku ni.


5) Makan roti

Ini aku tidak pasti betul atau tidak. Tapi aku pernah terdengar dalam radio yang roti ni boleh membantu dalam mengeraskan 'output'. So, tiada salahnya untuk mencuba. Kalau nurse kerajaan pun boleh sarankan roti untuk makanan budak, rasanya tidaklah memudaratkan kan?


6) Minyak dan urut

Bila anak sudah meragam tengah malam mengganggu lena si ibubapa, mengikut mama aku mungkin sebab dia sakit perut. Mengikut petua, untuk mengetahui anak sakit perut atau tidak, kita bolehlah memegang betis anak. Sekiranya muscle betis anak (budak ada muscle meh?) keras, itu bermakna ianya positif sakit perut. Kalau tidak keras, itu bermaksud anak mungkin kurang kasih sayang atau terlebih kasih sayang. Either way, ubatnya sama saja. Sapu minyak di bahagian perut dan urut. Jangan urut ala-ala melenggang perut. Urut ringan-ringan saja. Kalau aku normally aku urut dari bawah ke atas dalam 2-3 minit. Kalau lama sangat nanti, pandai kempis pula perut anak. Lepas tu, letak minyak dan urut pula la muscle betis si anak tadi. Kali ini, gaya urutan adalah gaya bebas. Dari atas ke bawah, bawak ke atas, kanan ke kiri tidak kisahlah. Jangan di karate sudah. Bertambah meraung anak tu nanti. Mengikut mama aku, urut sampai muscle betis tu tidak keras aka normal.

Aku normally pakai minyak Poh. Tapi susah pula mo cari gambar dia. Minyak Poh ni pun macam minyak pakar. Tidak budget-friendly langsung. 1 botol kecil sudah mencapai RM14.00. Ayoooo!!


*All pictures from Google Images.


1 comment:

  1. thank u for the tips. doctor ckp boleh juga mkn pisang untuk 'mencantikkan' najis. huhuhu..

    ReplyDelete