Jul 4, 2011

Movie : Transformers Dark of The Moon [2011]


Assalamualaikum :)

Sesungguhnya aku sangat beria-ia untuk tengok movie ni. Walaupun ini bermakna aku terpaksa bawa sidekick-sidekick yang tidak paham dengan istilah 'duduk diam'. Hari sabtu lepas, dengan bersungguhnya aku dan laki aku pergi awal ke panggung wayang dengan jangkaan kami la orang yang paling awal sampai. Guest what? Panjang barisan sudah melebihi 30 meter!

Berkat kesabaran kami suami isteri, akhirnya sampailah kami ke kaunter tiket. Finally!! Sekali tanya, tiket SOLD OUT. Apa orang KK ni tiada kerja lain dari menengok wayang 24 jam? :D

Akhirnya kami pulang dengan penuh kehampaan. Si Haikal pula sibuk merajuk sebab tidak jadi tengok Transformers. Bila aku cakap tiket habis, dia cakap kenapa orang lain masih beli tiket? Bila aku cakap itu beli tiket untuk esok, dia suruh aku pusing balik beli tiket. Kids.. you can't lie to them, you can't be honest to them either!

Bagi memuaskan hati aku, menggembirakan hati laki aku dan of course memujuk hati Haikal, aku bercadang untuk mencuba nasib membeli tiket secara online. Baru mau sedar, bila time-time macamni, beli tiket secara online adalah sangat luar biasa kepuasan hatinya. Pilih movie dan waktu tayangan, pilih seat *paling belakang*, bayar through Maybank2u dan yang paling penting ingat confirmation ID.

Kamu tidak tau betapa bangganya aku ketika berbaris untuk collect ticket. Siap jeling-jeling orang yang berbaris panjang lagi. Masuk panggung, beria-ia la aku cari seat. Damn!! Rupanya seat aku yg paling depan dan paling tepi. Itulah, berlagak tidak beringat! Kekeke

Laki aku membebel sepanjang iklan betapa aku tidak pandai memilih seat, *haruslah bertenang ketika membeli tiket dan tengok di mana kedudukan skrin :)* dan dia automatically berhenti membebel bila wayang sudah bermula.

What do I expect from Transformers 3? Tentulah THE BEST! Bila penonotonannya bermula..

OK, aku pun kurang pasti kenapa Sam menganggur, walaupun telah menyelamatkan bumi 2 kali. Agaknya besar betul masalah pengangguran di Amerika Syarikat sekarang ni kan? Anyway, setelah ditinggalkan oleh girlfriend lama Megan Fox, Sam bertemu dengan Carly girlfrind baru berbangsa Inggeris. Carly diambil bekerja oleh seorang kenamaan lakonan Patrick Dempsey.

Pada tahun 1960-an atau 1970-an dalam misi manusia untuk sampai ke bulan buat pertama kalinya, pada angkasawan diberikan tugasan rahsia untuk memeriksa kapal angkasa yang terhempas di bulan. Setelah mengambil apa-apa yang patut, akhirnya angkasawan tersebut pulang ke bumi. Kes ini seterusnya terus menjadi rahsia.

Apabila autobot mengetahui akan kapal angkasa tersebut, mereka mengenalpasti kapal tersebut adalah salah satu kapal autobot yang membawa 'barangan berharga'. Di samping itu, mereka juga menemui satu lagi autobot *kira mentor si Optimus Prime* yang dipanggil Sentinel Prime.

Aku rasa, sampai situ sajalah aku mau cerita. Takut nanti tidak surpriselah pulak. Sepanjang aktiviti menonton, aku rasa lebih 30 minit la aku asyik tengok jam. Mungkin keboringan aku pun kurang pasti. Pendapat aku, cerita ni macam lambat panas. Bila masuk bab hujung-hujung baru agak menarik sikit. Bertambah menarik, semua orang-orang lama berkumpul semula untuk membantu. Ada sedikit kelucuan dengan watak yang membantu ni. Memang lawaklah. Time-time gawat macam tu, dia sibuk pula buat lawak selamba.

Aku agak kecewa dengan watak si Carly. Mungkin sebab dia ni 'bukan' macam Megan Fox, maka sepanjang masa aku berharap kalaulah watak dia sekurang-kurangnya macam Megan Fox mungkin tidaklah boring sangat. Ada satu scene di mana Carly kena culik dan dijadikan tawanan, dia setakat duduk di sana dan tengok sambil tunggu boyfriend selamatkan dia. Maka jadilah scene aku tengok dia tengok transformers. Kalau watak Megan Fox, mesti sehabis upaya dia akan cuba melepaskan diri.

Watak jahat dalam Transformers 3 bagi aku sangat sesuai. Sesuai jahatnya, sesuai powernya dan sesuai cantiknya. Kalau dalam Transformers 3, kalau sudah namanya jahat, automatik jahatnya tidak bersebab, powernya kaw-kaw luar biasa kuat dan tersangatlah buruk rupanya.

Lagi satu, Transformers 2 aku kira-kira macam banyak autobot baru. Masuk transformers 3, banyaknya lebih kurang tapi rupanya macam lain-lain. Paling-paling pun yang maintain Optimus Prime, Bumblebee, Ironhide dan Ratchet. Itupun Ironhide mati. Ops!! Hahahaha

Secara peribadi, walaupun adik aku thumbs up berkali-kali untuk Tranformers 3, malangnya aku rasa out of 3, Transformers 3 paling kurang best. Hehehe sorry guys! Oh ya, Optimus Prime boleh terbang. Which is 'aku tidak heran'.. :D

No comments:

Post a Comment