Jul 18, 2011

Movie : Harry Potter and The Deathly Hallows (Part II)



credit to moviesarefilms.com


Assalamualaikum :)

Oleh sebab aku takut pisang berbuah kali ke-2, aku membuat keputusan untuk beli tiket Harry Potter 3 hari lebih awal. Punyalah bangga aku dapat seat yang selesa. Kebetulan pula, tidak ramai yang beli tiket secara online. Mula-mula tu macam struggle la juga. Aku agak mungkin sebab internet ofis kami lambat. Rupanya pasal aku guna Mozilla. Bila guna IE, first try sudah sukses.

Anyway, sebab laki aku sibuk bermain ping pong on Saturday, jadi kami plan untuk tengok hari Ahad. Segalanya berjalan dengan lancar. Cuma lain kali mo try guna self-print pula :).

Harry Potter ni, aku tidak berapa follow sangat. Aku tengok Harry Potter 1, Harry Potter 3 dan lepas tu, aku terus-terusan ketinggalan keretapi. Memandangkan ini kira movie terakhir Harry Potter, aku sangat-sangat excited mau tengok. Sungguhpun telah dinasihatkan oleh seorang rakan untuk menonton dulu Harry Potter and The Deathly Hallows (Part I), aku dengan yakinnya berkata di dalam hati "Tidak payah tengok pun tidak apa. Sure aku boleh paham punya la."

Sungguhpun aku tidak tengok keseluruhan movie Harry Potter ni, aku dengan ini mengishtiharkan Harry Potter 8 ni my favorite Harry Potter movie of all. Dari awal cerita sampai la habis, aku langsung tidak ambil peduli anak aku buat apa. Laki aku tanya soalan pun aku ignore saja. Terbangang-bangang aku menonton. Sungguhpun aku sesat somewhere in the middle, aku main-main 'mungkin' sajalah untuk mengisi masa kesesatan aku tu. Hohohoho..

Movie ini mengisahkan perjalanan Harry Potter dan rakan-rakan dalam pencarian Horcrux Voldemort untuk dihapuskan. Kali ini, Harry Potter terpaksa pulang semula ke Hogwarts untuk menghapuskan Horcrux yang telah disembunyikan di Hogwarts. Sila baca
sini untuk sinopsis yang lebih jelas.

Kesimpulannya sungguhpun aku lost, lepas baca sinopsis tu baru aku paham :).


Haikal awal-awal sudah booking mau tengok Cars Movie.


Peminat tegar Cars. Penat aku explain dengan budak yang belum tahu pasal tarikh ni.

Dyana pula lebih berminat mau tengok cerita Smurfs.

Artis kesayangan Dyana. Si Monyet dalam cerita Zoo Keeper.


No comments:

Post a Comment