Jul 12, 2011

Books : Death Gets A Time-Out


Assalamualaikum :)

Akhirnya selamat jugalah aku menghabiskan 1 daripada 2 buku yang aku pinjam di library hari tu. Dekat 2 bulan juga aku menghabiskan buku 320 m/s ni. Apa yang penting aku tersangatlah suka buku ni. Cukup dengan ramuan-ramuan yang aku suka ada pada buku. Ada komedi, ada suspen dan yang paling penting sampai ke akhir-akhir cerita aku asyik main-main teka siapakah pembunuh bertuah itu? Adakah ramalan ku benar belaka? Hohoho sudah semestinya TIDAK!

Anyway, di awal-awal cerita aku tersangatlah suka unsur-unsur komedinya. Aku baca buku ni macam baca majalah Ujang. Ketawa sorang-sorang sambil menimbulkan persoalan yang tidak terjawab di kalangan orang yang melihat aku. Salah satu paragraph yang aku suka..

"Are you sick?" he asked.

"No. I'm just cleaning out the toilet. With my face."


"Right. What do you need me to do?"


I waved in the general direction of Ruby and Isaac.


Half an hour later, when I'd finally managed to splash some cool water onto my face and stagger out of the bathroom, I found the children sitting in front of the TV, eating hotdogs. They were wearing shorts and T-shirts, and their hair stuck out in tufts all over their heads.


"Hotdogs?" I asked my husband.

He shrugged and said, "Dinner-for-breakfast."


"Shorts? In the middle of winter?"

"Hey, they insisted. When they freeze, they'll get the message that they should listen to their father when he suggests warmer clothes."


"Hair?"


"Ruby said it's 'Bed-Head Day' at school."

"What, did the Congress make Bed-Head Day a national holiday while I was in the bathroom? They go to different schools. How can they both possibly have Bed-Head Day?"

Buku ni actually is one of A Mommy-Track Mystery. Aku sedang mencuba sedaya upaya untuk mencari buku-buku lain yang ditulis oleh penulis ni (Ayelet Waldman). Buku ni actually diterbitkan tahun 2003. No wonderlah buku ni kuning semacam :D.

Buku ni mengisahkan tentang Juliet, bekas DA yang ditawarkan untuk menjadi PI oleh seorang rakan Al, yang dulu seorang polis. Oleh sebab, suami Juliet seorang screen writer, Juliet mengenali seorang pelakon terkenal bernama Lily Green. Lily meminta bantuan Juliet untuk membantu dalam penyiasatan kes pembunuhan yang mana suspek utamanya adalah adik kepada Lily, Jupiter. Lily percaya Jupiter tidak bersalah lalu meminta Juliet mencari sebarang bukti yang membolehkan Jupiter dilepaskan dari sebarang tuduhan. Siasatan Juliet akhirnya membawa kepada kes pembunuhan yang berlaku lebih 30 tahun lalu di Mexico.

Honestly, buku ni memang banyak kejutan. Bagi aku yang suka suspen ni, buku ni memang setakat ni buku terbaik aku pernah baca.


No comments:

Post a Comment