Assalamualaikum :)
Semalam sedang laki aku ber'channel-walking' tiba-tiba dia terberhenti untuk tengok satu drama melayu. Aku pun kurang pasti drama tu pasal apa, tapi yang penting ia memberikan aku serba sedikit idea pasal entry kali ni.
Aku perasan benda ni agak lama. Aku pun kurang pasti kalau aku sorang saja yang perasan, tapi aku memang berharap kalau kamu tidak perasan, suatu masa nanti kamu boleh tengok sendiri. Apa yang pasti, kalau la benda ni boleh dibuat research paper untuk dapat master atau phd punyalah best.
1) Lipat kain / jemur kain
Kalau tengok drama-drama melayu kampung style sure kita akan jumpa aktiviti rasmi orang kampung (khasnya wanita). Sambil borak-borak lipat kain atau jemur kain. Aku langsung tiada masalah dengan scene lipat kain. Bagi aku boleh juga kita belajar serba sedikit teknik lipat kain ala-ala artis. Tapi adakah anda perasan selalunya kain yang dilipat atau dijemur adalah kain semata-mata? Tiada baju, seluar, tuala, tudung dan lain-lain. Kain pun bukan sebarang kain, semuanya kain sarung batik wanita. Kadang-kadang tu macam mau ketawa juga tengok. Takkan la makcik tu asyik berkemban sepanjang hari. Aku tengok laki dia, steady ja pakai kain sarung lelaki. Aku agaklah, mungkin sebab pengarah tidak mau pelakon dia hilang fokus berdialog dan lebih fokus melipat kain. Lagipun, scene macam lebih menarik dengan susunan kain yang sama saiz dan standard. Dan sudah semestinya keadaan mungkin akan lebih buruk kalau si artis wanita terpaksa melipat baju dan seluar dalam :D.
2) Memasak
Kalau bab memasak pula, mesti masak ikan goreng. Kalau drama raya, aku pernah la sesekali nampak orang buat rendang atau sebagainya. Tapi lain daripada tu mesti juga menu wajib ikan goreng. Tidak pernahlah diorang buat mee goreng, mee kari atau laksa. Tapi secara logiknya, mungkin sebab scene menggoreng ikan hanya perlu mengambil masa 2-3 minit. Kalau buat mee kari segala mungkin perlu menggunakan 20-30 minit waktu drama. Harap-harapnya di masa akan datang, aku mau juga tengok orang masak sup. Lagi senang. Main humban-humban saja. Bukan pun penonton boleh rasa sedap atau tidak kan?
3) Sarapan pagi
Daripada 3 waktu makan yang ada, sarapan pagi yang paling senang untuk diteka. Bagi orang kampung sudah semestinya goreng pisang dan secawan kopi o. Milo atau teh tidak dijual di kedai runcit pak leman. Si suami mau bekerja keras di kebun, dia kasi makan pisang goreng saja. Itulah sebab orang kampung kurus-kurus. Bagi orang bandar pula, sudah semestinya bread dan butter menjadi hidangan rasmi. Sama ada diorang sedang diet, atau amahnya malas mau masak. Kalau tengok dari jalan cerita, rata-rata orang bandar cuma sempat minum kopi/teh/milo (sebab gelas seramik, aku pun tidak nampak) saja. Mungkin sebab diorang bosan makan roti atau sebab diorang just plain terlambat.
4) Kupas bawang
Bila si anak balik kampung, si ibu dan si anak akan berborak-borak panjang sambil menyediakan persiapan masakan. Daripada adegan buruk si ibu menetak-netak ikan atau mencabut bulu ayam, sudah semestinya adegan kupas bawang menjadi pilihan hati. Lagipun pelakon tidak perlu banyak bergerak atau mengerah tenaga. Duduk diam-diam sambil baca skrip. What could go wrong?
Bagi aku tidak salah kalau mau letak adegan-adegan macam ni. Cuma aku rasa macam bab-bab macam ni seeloknya dikaji semula. Walaupun setakat drama, tapi kalau sudah niat untuk memperkembangkan industri seni negara agaknya perlu la menapak sedikit ke hadapan. Itupun kalau mau orang ramai menyokong industri seni tanah air.
tu aktiviti ratarata org buat ba tu
ReplyDeletekalau masak sup, biasanya drama korea atau cina.
ReplyDeletesave bajet ba tu.... boleh repeat balik2...
ReplyDeletebab menjemur pakaian tu aku perasan.kadang2 kain yg dijemu tu sudah kering..tapi mau juga dijemur2.. ehehe..
ReplyDelete