Jul 11, 2011

Bersih 2.0


Assalamualaikum :)

Mula-mula aku dengar pasal Bersih 2.0, mati-mati aku ingat pasal kebersihan bandar. Rupanya pasal benda lain pula. Anyway, ramailah di antara kawan-kawan yang berminat untuk menjadi penonton VIP untuk acara yang ditunggu-tunggu ni. Aku pula, lebih berminat duduk di rumah sambil bergolek-golek depan tv.

Dijadikan cerita, my parents datang ke KK untuk membuat lawatan rasmi ke tamu-tamu yang ada sekitar KK. Oleh yang demikian, terbatallah aktiviti bergolek depan tv aku. Sebelum keluar rumah, awal-awal aku sudah ingatkan semua ahli rombongan supaya JANGAN pakai baju kuning. Tidak pasal-pasal pula nanti kena masuk penjara.

Sebelum bertolak, Dyana pula buat hal. Sibuk bawa bakul-bakulan dia ke sana ke sini. Mama aku suruh aku tangkap gambar dan hantar pada adik aku. Sedang berjalan-jalan di tamu, adik aku call.

"Kau tidak perasan kah anak kau pakai baju kuning?", aku tengok anak aku. Aisehmen.. macam mana aku boleh tidak terperasan. Sekali aku tengok yang seorang lagi, pun sama baju kuning. Hahahaha agaknya sebab aku sudah terbiasa pakaikan anak-anak aku baju terang supaya senang untuk dikenalpasti sekiranya mereka terpisah dari kami.


Macammana aku boleh terlepas pandang?

Sehari suntuk aku berjalan, sehari suntuk juga la aku melalui beberapa roadblock. Tidak satu pun perhimpunan Bersih 2.0 yang aku nampak. Yang aku nampak, bandar KK agak lengang daripada biasa dan ada sebahagian tempat yang nampak macam biasa-biasa aja. Mungkin sebab aku tidak tau di mana perhimpunan Bersih 2.0 ni diadakan memandangkan aku bukan dari kelompok peminat No. 1 politik. Cukuplah aku jalankan tanggungjawab dengan mengundi.

Berbanding dengan KL, aku rasa KK macam tiada kesan langsung. Melainkan roadblock dan keadaan yang lengang di sebahagian tempat, yang lain macam sama saja. Tapi bagi aku kesan Bersih 2.0 ni banyak menyusahkan.

Paling aku kesian, mereka-mereka yang bertugas dalam roadblock. Polis dan RELA yang aku tengok rata-rata adalah orang yang sudah berumur dan berkeluarga. Bekerja sehari sebelum Bersih 2.0 dijangka diadakan sehingga pada hari Bersih 2.0 diadakan. Dari pagi sampai ke malam. Kadang-kadang berpanas, kadang-kadang berhujan. Pernah sekali aku tengok mereka terduduk tersadai di satu kawasan rata-rata dengan muka kepenatan. Orang yang tidak bertimbang rasa akan cakap "Itu memang sudah kerja mereka."

Pada pendapat aku, itu memang kerja diorang. Kalau dalam keadaan darurat, aku pun akan berpendapat macam tu. Tapi kalau keadaan macam sekarang ni, agak-agaknya berbaloikah kepenatan diorang? Bukan pun diserang dari negara luar, tapi diserang dari dalam negara. Bukan pun orang luar, tapi orang tempatan. Haish!! Tidak boleh diterima akal langsung!


No comments:

Post a Comment