Assalamualaikum :)
In order to make sure Haikal dapat menyiapkan sebarang homework yang diberikan, aku dengan laki aku buat perjanjian. Any homework related to math, science dan agama will be handled by my beloved hubby. While I'll be handling bahasa malaysia, english and arab.
Perjanjian adalah berdasarkan kecenderungan dan kesabaran ibubapa. Entah kenapa, semenjak akhir-akhir ni aku kerap mengabaikan tanggungjawab untuk memberikan bantuan khas dalam membuat homework. Ini termasuklah si bapa. Entah kenapa, semalam aku beria-ia tolong Haikal buat homework.
Memandangkan homework yang ada setakat Math dan Arab, aku akun juga la tolong buat semua. First, buat yang senang dulu. Apa lagi kalau bukan math. Haikal sudah mula belajar operasi tolak menolak. Asalnya aku biarkan Haikal buat dulu. Tapi bila dia terkial-kial tidak cukup tangan, aku sudah berkira-kira mau ambil lidi. Tiba-tiba Haikal teringat sesuatu. Dia keluarkan 'calculator apek' dari beg sekolah.
Macam expert pula anak aku guna abacus ni. Kalau dulu-dulu sibuk la mama aku meraut-raut batang lidi untuk dipakai buat kira-kira. Agaknya guru-guru sekarang sedia maklum ibubapa sudah tidak lagi menanam pokok kelapa di halaman rumah. Maklumlah, zaman sekarang kebanyakan rumah pun sudah tidak punya halaman. Kalau ngak ada halaman, pokoknya mau letak di mana ya ngak?
Last sekali aku buat arab. Kononnya aku ada belajar arab masa study dulu, jadi perasan terer tahap gaban la aku ni. Untuk makluman, semua adik beradik aku pandai cakap cina. Jadi kira aku la paling pandai arab dalam family aku. Hakikatnya, sepanjang kelas arab aku la orang yang paling selalu kena suruh buat itu dan ini sebab paling kurang berbakat huhuhu.
Berkat kesabaran dan teknik menelaah aku yang sangat luar biasa, akhirnya aku berjaya juga menyiapkan homework arab walaupun aku tidak tahu menahu apa yang aku suruh Haikal tulis. Satu saja perkataan yang aku pasti, MADRASAH :). Not bad la kan?
No comments:
Post a Comment