Jul 25, 2011

The Result

Assalamualaikum :)

Last saturday, kami para ibubapa diwajibkan untuk hadir bersama anak masing-masing untuk mengambil LAB (Laporan Aktiviti Belajar kalau tidak silap). Seperti mana yang aku baca dalam surat tersebut, LAB ini mungkin laporan sikap anak-anak kita sepanjang pembelajaran. Aku cakap macam ni, sebab aku rasa aku pernah terdengar (atau perasaan aku saja?) budak-budak KSSR tidak ada exam sudah melainkan LINUS.

Bila masuk tempat yang ditetapkan, aku tengok barisan kaunter kelas anak aku agak panjang berbanding dengan kelas-kelas lain. Last-last cikgu kelas lain take-over barisan kami. Berdasarkan pengamatan bekas guru kelas Haikal, Cikgu Hashimah, si Haikal ni masih takut-takut dalam kelas dan kurang keyakinan diri. Haish!!! Ini kira gen bapa dia la ni. Kalau ikut gen mama dia, bab keyakinan diri tu macam melimpah-limpah. Hehehe..

Aku pun tidak tau macamana mau tengok markah LAB tu. Aku main angguk sajalah. Aku tengok banyak markah 20+. Kalau per 100, itu kira dasyat. Kalau per 50, macam masih tidak cukup. Kalau per 30 kira ok lah. Aku dengar-dengar kaunter sebelah (atau mungkin suara cikgu tu kuat, maka aku terdengar), ada juga cikgu mention pasal kehadiran. Nasib baik Haikal belum sampai tahap macam tu.

Lepas tu, cikgu dia kasih satu slip. "Ini keputusan peperiksaan", cikgu tu cakap. For sure, aku expect Haikal mungkin dapat nombor belas-belas. Memandangkan jari-jemarinya nampak begitu aktif di atas keyboard berbanding buku. Bila main komputer tidak payah suruh, bila buat homework macam-macam la alasannya. Sakit tangan, sakit kepala, pening, sakit perut, lapar dan etc.

Apa yang Haikal dapat? Jeng jeng jeng...


Hampir semua pelajar pakai uniform sekolah. Anak aku sorang ja pakai baju biasa. Nampak sangat kurang fokus dalam kelas kan? Satu yang aku perasan, Haikal ni kalau mama dia ada, dia buat-buat tidak nampak saja kawan-kawan dia yang lain (walaupun diorang selalu tegur-tegur). Kalau aku dulu, nampak kawan, kena kasi tinggal pun tidak apa :)


Actually guru kelas Haikal Cikgu Nadhirah *yang sibuk main polis trafik tu la :). Haikal pula macam paham kunun tengok result sendiri. Aku seperti biasa sibuk fikir formula apa yang kena pakai untuk untuk markah LAB.


Result Haikal.

Perasan markah Bahasa Malaysia 1? Itulah yang paling bersinar dan bercahaya yang memaksa aku merenung lama tu slip. 13? Serius? Tiba-tiba aku teringat Haikal ada mention benda ni dulu. Hehe patutlah 13. Bahasa Inggeris dia dapat 91. Hmmm... bukan pun aku cakap english di rumah. Mungkinkah penangan computer game dan tv? Bab Pendidikan Jasmani, aku tidak heran dia dapat 97. Kalau hari-hari asyik tengok buku PJ *actually tengok gambar, surelah dia boleh jawab. Silap-silap kalau aku suruh Dyana ambil exam pun dia boleh dapat A. Sebab diorang suka tengok gambar PJ sama-sama. Hahaha..

Anyway, lepas aku puas menjeling Haikal sambil cuit-cuit dan bisik "Lepas ni tidak boleh sudah main game masa sekolah. Sunday saja", baru la aku terperasan kedudukan dia dalam kelas. Mungkinkah ada nombor yang tertinggal sebelum 3 itu? Paling best No. 3 tapi G (aku assume gagal la tu). Siap tanya cikgu lagi. Last-last cikgu cakap, sistem tu sistem lama. KBSR, kalau gagal teras kira Gagal. Tapi kalau KSSR tidak sudah macam tu. Kesimpulannya, Haikal Lulus la konon. Memanjang Babah dia senyum hari tu.. Good job Haikal!


No comments:

Post a Comment