Jul 8, 2011

Fashion upgrade


Assalamualaikum :)

Semenjak sehari dua ni, aku beria-ia betul mencari shawl. Asalnya, niat mau membeli tudung express, tapi disebabkan hati yang tidak keruan (terlalu banyak pilihan) plus harga yang kadang-kadang macam tidak logik. Maka aku berkira-kira untuk mengupgrade style tudung aku. Setelah bersungguh-sungguh membuat research tentang macammana mau pakai shawl, finally I decided to give it a try.

Kepada sesiapa kenal aku, aku ni kategori orang yang selalu (sangat selalu) ketinggalan keretapi. Bukan setakat ketinggalan segerabak dua, tapi ketinggalan sezaman dua. Hahaha.. Agaknya mungkin sebab aku suka yang 'familiar' saja.

For example, I married my husband which actually my classmate many years ago. Aku pakai t-shirt everywhere kecuali ke majlis kawin atau kerja. I also comfortable wearing selipar jipun everywhere I go (kira satu pakej dengan t-shirt la). And I used to wear tudung bawal hitam all the time! (but not anymore.. hehehe).

Kadang-kadang tu, ada terfikir juga untuk upgrade a few things. Of course, laki aku is definitely not one of it! To my hubby, if you read this.. TIDAK TERLINTAS OK.. hohoho. Pasal t-shirt, aku memang prefer benda-benda yang tidak menyusahkan. Tidak perlu iron of course adalah satu kelebihan dan yang paling penting tidak membebankan. Manalah tau, tiba-tiba terdapat situasi yang memerlukan aku berlari macam Watson Nyambek (ohooo.. nampak betul ketinggalan zaman), aku tidak maulah harapan orang ramai berkecai selepas tengok aku tergolek setelah melangkah lebih kurang 2 meter jauhnya hanya disebabkan aku terlalu sarat dengan lebihan-lebihan kain yang tidak sepatutnya. Kenapa aku yang kena lari? Sebab aku rasa aku lagi laju dari orang lain, terutama sekali bila berada dalam situasi bahaya. Boleh?

Satu lagi, aku kategori orang yang tidak suka berbelanja ala-ala 'shop till you drop'. Kalau aku ni macam kereta, bolehlah aku ni dikategorikan sebagai low-maintenance punya kereta. T-shirt aku, sungguh pun ada a few (dalam 5-6 helai) akan ku pakai sehingga koyak. Bila koyak pula, akan ku jahit sebaiknya dan pakai semula. Mungkin sebab aku sudah terbiasa. Hehehe. T-shirt tersebut hanya akan dibuang atau disedekah hanya bila ianya tidak dapat diselamatkan atau tidak muat :D. Mungkin juga sebab aku suka feel yang familiar bila pakai baju tu ;).

Bab tudung, aku ada sedikit perkembangan. Sungguh pun ketinggalan, tapi at least ada pergerakkan. Even though aku start pakai tudung express after my hubby accidentally merosakkan tudung bawal hitam kesayangan aku dengan mengironnya pada suhu yang sangat luar biasa, umumnya aku jarang beli sendiri. Most of it, aku recycle dari my mom yang jauh updated dari aku. Bila aku try beli sendiri, mulalah aku terfikir harga tudung-tudung express ni macam tidak boleh diterima akal. Tambahan lagi, penjagaannya (cara cucian dan lipatan) amatlah leceh. So, takkan la aku mau pakai tudung bawal balik? Tudung bawal sekarang ni pun mau capai atau mencapai RM100.. ohooo macam bukan polisi aku pula.

Melihatkan harga shawl agak reasonable, maka aku berkira-kira untuk mencuba. Mencuba shawl di masa-masa sekarang ni, aku rasa tidaklah pelik sangat. Kira sedang-sedang gitu. Bagi aku pemakaian shawl mungkin ada sedikit leceh berbanding tudung express but much better than tudung bawal memandangkan aku masih menggunakan tudung bawal untuk bekerja. Hehehe degil kan? Bertemankan geng BS, aku akhirnya berjaya membeli 3 shawl plus 1 inner neck hari ni. Well done!


No comments:

Post a Comment