Jul 19, 2011

Artzooka


Assalamualaikum :)

Satu-satunya rancangan yang Haikal tahan duduk diam Artzooka. Kadang-kadang siap tanya "Mama pandai buat ini ka?" Maka jawapan wajibku sudah semestinya "Pandai.."

Bukan sebab aku jawab suka-suka. Tapi sebab aku tau aku boleh buat. Kebanyakan kraftangan yang dibuat semuanya mudah dan bahannya senang untuk dicari. Cuma tinggal cari masa saja mau korek di mana.

Bila tengok Haikal sibuk melukis, mengingatkan aku betapa sukanya aku melukis suatu masa dulu. Bukan mau angkat deram, tapi aku memang sangatlah talented (wah riak sungguh!). Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah, confirm diulang sekali lagi CONFIRM lukisan aku atau arca aku yang kena tayang-tayang.

Entah kenapa, minat tu tiba-tiba hilang bila kelas lukisan kami dibubarkan masa kami tingkatan 4. 4 budak hitam konon mau ambil subjek lukisan untuk SPM. Tapi sebab kesian dengan kawan, akhirnya kami berpaling tadah untuk ambil sastera.

Kadang-kadang aku terfikir, ke mana perginya lukisan-lukisan JUARA aku suatu masa dulu. Kalaulah lukisan-lukisan tu aku boleh tayang dengan anak-anak aku. Sure interesting feedback diorang :).

Atas sebab itu, aku persembahkan Haikal Art Gallery untuk tontonan umum. Mari kita tengok..


Kartun Kegemaran Saya - Hmmm.. sungguhpun lukisannya sangat besar, tidak pernah aku tengok kartun rupa macam ni? Any idea?


Haiwan Kesayangan Saya - Mungkin time ni Haikal kehabisan stok pensil warna.


Aku ingat tajuknya related dengan rumah. Siap ada bas lagi. Mentang-mentanglah dia selalu angan-angan mau naik bas pegi sekolah :).


Butterfly


Buah-buahan Tempatan - Apakah bendanya yang berwarna kuning itu? PILODA (Pisang Lobak dan Lada)?


Aku dapat bayangkan tajuknya somehow related dengan Sarapan Pagi. Lukisan ini berjaya menggambarkan bahawa meja makan kami berwarna hitam. Agaknya Haikal tidak sempat habis mewarna. Oleh itu dapatlah disimpulkan, lain kali sila beli meja warna putih supaya anak-anak sentiasa mempunyai masa yang mencukupi untuk mewarna.


Abstrak? Kadang-kadang aku macam nampak kapal terbang di atas sana.


Pemandangan Dasar Laut. Adakah anda perasan akan objek berwarna kuning itu? Macam ada sedikit resemblance si Sponge Bob.


Wau


Tapak Tangan - Tapak tangan siapakah yang macam monster ini?


Honestly, aku rasa Haikal langsung tiada talent dalam melukis. Sebiji macam bapa dia. Kekeke..


1 comment:

  1. hahahahah nakal eh meliat lukisan c haikal ani. camana la kalau c izz suda pandai melukis hahah

    ReplyDelete