Oct 31, 2011

Pre-loved PJs

Assalamualaikum :)

Last weekends, I spent most of my time doing nothing. Ini berpunca dari kesibukan si suami bergotong-royong (sabtu) and aktiviti memancing (ahad). Memandangkan aku diserang sakit kepala disebabkan aktiviti 'doing nothing', aku bercadang untuk mengemas almari budak2.

Sesekali aktiviti ini sangat berkesan dihati, apatah lagi setelah melihat baju anak2 semakin memendek sehingga menampakkan pusat (sangat tidak sesuai untuk anak dara), serta semakin mengecut sehingga menampakkan muscle di bahagian perut.

Ada jenis parents yang suka membelikan pakaian baru untuk anak2 mereka. Walaupun setakat untuk pakaian di rumah. Mengikut mereka, anak baru kenalah bagi baju baru. Kadang2, aku bersetuju jugaklah. Lagi2lah kalau baju tu baju untuk dipakai jalan2. Tapi bagi aku, kebanyakan baju Haikal yang tidak muat akan diserahkan kepada Dyana. Terutama sekali baju untuk di pakai di rumah. Sudah pastilah pakaian yang bersesuaian. Kalau tidak bersesuaian terus masuk dalam box. Manalah tau boleh di recycle semula di masa akan datang.

Dalam kesibukan mengemas, aku jumpa 2 pasang baju PJ. Agak lusuh tapi masih dalam keadaan baik. Baju ni asalnya dipakai oleh adik aku Aiman, kemudiannya diserahkan kepada Haikal dan seterusnya Dyana. Aku kurang pasti apakah jenama memandangkan labelnya sudah koyak rabak. Sedar tidak sedar, baju ni sudah dipakai oleh 3 generasi. Sebab baju ni ada value yang tersendiri, aku masukkan kedua2 pasang ke dalam box. Manalah tau, boleh dipakai semula oleh generasi ke-4. I wish I could have pictures of these 3 kids pakai baju2 ni. Mungkin ada, cuma mo kena cari betul2.




Yeay! Finally, thanks to my sister akhirnya aku dapat melampirkan beberapa gambar 3 bebudak pakai baju2 ni. Walaupun adik aku berkeras mengatakan baju teletubbies (betul ka ejaan ku itu?) tu bukan baju Aiman, since baju tu sama lusuh dan aku tidak ingat membelikan Haikal baju ni, maka aku anggap (anggap saja) baju tu baju Aiman.


My Brother Aiman with baju kucing.


His Niece Dyana dengan baju kucing.


Haikal with his Teletubbies PJ. Please ignore the apron :)


His Sister with the teletubbies PJ.


1 comment:

  1. na, yg ucing sja c aiman punya. yg teletubies tu ukan.... ada gambar aiman sma haikal, jap ku PM fb mu.

    ReplyDelete