Oct 21, 2011

Telur Lemak

Assalamualaikum :)

Balik dari sekolah, kira soalan bonus la kalau aku tanya soalan "Malam ni Haikal mau makan apa?"

Ini menandakan aku telah ketandusan idea mau masak apa. Tiba2..

Haikal : Haikal mau makan telur lemak.
Aku : Macammana lagi telur lemak ni?
Haikal : Telur yang ada sosej tu la.

Selalunya, bila aku masa telur yang ada sosej, aku masak ala2 scramble eggs la kunun ditambah dengan sedikit sosej yang dipotong kecil. Tapi entah kenapa, kali ni aku berniat mau ubah sedikit pendekatan aku. Aku check semua bahan2 di peti ais, semua pun ada.

Mula2, pecahkan 4 biji telur. Masukkan sedikit garam dan lada putih. Kacau macam juga kacau telur dadar. In my special case, aku suruh anak dara aku yg kacau. Sebab aku berniat untuk jadi kreatif, aku kerah anak dara aku untuk potongkan 2 batang sosej, 2 keping meatloaf ayamas dan sekeping cheese. Sebagai ibu yang bertanggungjawab akan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anak, of course pisau yang digunakan ialah pisau sapu butter. Alang2 dia menyemak di dapur, kita gunakan sepenuhnya tenaga dia.


Sungguhpun ada sedikit lidut (lambat), still aku rasa dia banyak membantu.


Gorengkan dulu sosej dan meatloaf dan kemudian toskan. Goreng telur tadi ala dadar style dengan api perlahan. Bagi yang malas, campakkan sosej dan meatloaf tadi. Bagi yang rajin, sila susun cantik2. Last sekali masukkan hirisan cheese.


Telur Lemak si Haikal. Tapi aku lagi prefer, pizza telur.


Biasanya, telur akan diterbalikkan. Dalam kes ini, aku masukkan telur tadi ke dalam loyang. Sebab kalau diterbalikkan sure akan ada sedikit komplikasi (melekat di kuali). Harus ada kepakaran luar biasa memasukkan telur separuh masak ke dalam loyang. Bakar dalam oven, api atas selama 8 minit. Bab berapa kepanasan oven aku tidak tau sebab apa yg aku ada hanyalah sebuah oven murah yg aku dapat free cabutan tiket bertuah kira2 2 tahun lepas.

8 minit kemudian, ianya boleh dihidangkan untuk di makan bersama keluarga. Ewah!! Betul2 macam ayat buku teks masakan. ;)

Hampir hari2 Haikal minta menu yg sama. Tapi aku pula yg macam boring mo masak.

No comments:

Post a Comment