Oct 31, 2011

Tuna Bread with Cheese



Assalamualaikum :)

Di suatu pagi yang santai, di kala si suami bepergian untuk memancing bersama rakan sepancing.. si Haikal kerap kali melaungkan "Mama! Perut Haikal kurus suda. Dia mau makan."

Dengan segera, aku bangkit dari depan TV (apa punya mama, pagi2 breakfast tengok tv) sambil memikirkan apakah jenis sarapan yang boleh disediakan sesegera mungkin bagi mengelakkan perut si Haikal mengurus? Tiba2 aku teringat satu menu yang suda lama tidak dipraktikkan.

Bertemankan si kecil yg sudah bersiap sedia dengan pisau memotong kek, aku serahkan setin tuna mayo untuk di sapu ke atas roti. Selepas tuna disapukan rata, bawang besar dan tomato diletakkan ke atas sapuan tadi. Akhir sekali, sekeping cheese di letakkan di bahagian atas. Roti tersebut akan dibakar ke dalam oven dalam 7 minit api atas.


Actually aku suka letak banyak tomato. Tapi since anak aku bukan peminat sayur tegar, kita buat asal ada sajalah.


Tangan kecil itu memang suka betul interfere.


Tadaaaa! Siap untuk di makan..


Empat keping Tuna Bread with Cheese selesai tidak sampai 20 minit. Tidak sampai 1 jam kemudian, Haikal minta masak mee goreng pula. Konon perut dia sudah berbunyi..


2 comments:

  1. wah...mo cuba ni resepi ni hehe...tapi kena beli oven dulu haha

    ReplyDelete
  2. beli ja oven murah2.. bkn pun kita ni baker tegar. hehehe

    ReplyDelete