Oct 24, 2011

Homework Related


Assalamualaikum :)

Memandangkan si suami berpergian minggu lepas, maka sesaklah nafas si ibu dalam menyelesaikan perkara2 berbangkit. Di samping menghantar dan mengambil anak dari sekolah, memasak, membasuh dan sebagainya ditambah pula dengan aktiviti wajib membuat kerja-kerja sekolah si Haikal.

Oklah. No big deal. Nama pun berkompromi. Apa salahnya kalau aku tidur lambat 1 jam pun setiap malam kan? Cuma kadang2 macam geram pula dengan guru2 sekolah si Haikal ni. Time2 macam ni la homework yg pelbagai rupa tu timbul. Banyak pula tu. Time si bapa ada, satu homework pun tidak kelihatan. Cobaan....

Fine! Kalau homework yg main2 padankan saja, isi tempat kosong ka, atau main kaler2 ka rasanya mungkin aku tidak sestress mana. Tapi bila tengok homework dia yg memang menguji kesabaran para ibubapa ni, memang panas sungguh la rasanya. Yang paling kesian, si anak. Asyik kena marah tidak pasal2.

Mari kita review homework2 yang berkenaan satu persatu :



Daripada gambar di atas, nampak begitu mudahkan? Main isi ja mana2 ruang kosong yg ada. Kalau la jawapan pun ada pilihan, mungkin aku akan suruh Haikal main tembak ja. Since tiada sebarang pilihan jawapan, maka terpaksalah kita gunakan kiraan. Kalau pakai duit syiling, aku rasa macam tiada hal punya. Senang sikit mau explain. Tapi kalau pakai sempoa, kau ingat senang? Seumur hidup aku, tidak pernah lagi aku pegang sempoa. Ini pula mo ajar budak2 guna sempoa. Oklah, kita ikut kemampuan la. Bagi aku, soalan yg atas2 tu, kira macam kacang la. Lantaklah kau guna sempoa tu macamna (memandangkan tiada diberikan sebarang manual penggunaan sempoa, contoh yg ada pun tidak mencukupi), yg penting anak kau paham dan kau pun senang hati. Bila masuk soalan f, aku sudah start sakit kepala. Macam2 teori aku guna. Last2 aku suruh anak aku tulis jawapan terus. Sebab susah betul dia mau faham istilah pinjam meminjam kalau tidak cukup. Kalau aku sudah begitu bermasalah dalam hal2 macam ni, agak2nya macammana dgn ibubapa lain? Lepas ni, aku kena suruh Haikal guna youtube untuk belajar sempoa.




Homework seterusnya, seperti biasa isi tempat kosong sesuka hati. Maksud sesuka hati di sini, tiada sebarang pilihan jawapan atau rencana diberikan sebagai panduan. Dialog ni sajalah yg kau ada. Ruang pertama saja aku sudah terkial2. Tapi takkan la mau salahkan ibubapa bagi jawapan yg pelik kan? Ruang ke-2, aku sudah surrender. Tapi sebab anak aku kreatif, maka dapatlah jawapan sepertimana di atas. Macam tidak kena kan? Tapi at least dia ada jawapan. Sampai ruang ke-3, aku sudah tidak mampu. Aku panggil adik aku. Suruh dia tengok. Mungkin si mama punya silibus tidak seupdate si adik kan? Ayat pertama keluar dari adik aku "Apa bah ni? Mana mo refer?"

Aku cakap tiada apa mo direfer. Jawab ja ikut perasaan. Maka dia pun mula membuat ayat. "Astaga! Sudahlah inda tau mo jawab apa, ada pula Di samping itu.. Lain jua silibus diorang ni!"

Maka, aku tutup buku Haikal sambil meninggalkan pesanan ringkas. "Kalau cikgu marah sebab tidak siap. Cakap saja, mama Haikal tidak tau. Jauh sudah mama saya belajar, tapi masih juga dia tidak tau jawapan dia."

Kunun dengan harapan, cikgu dia paham. Macamna tinggi pun belajar, kalau soalan macam tu aku rela join kelas tambahan untuk budak2. Macam tidak puas hati pula aku tidak dapat jawapan.



Last sekali, silangkata. Sungguhpun aku sangat excited, last2 memakan diri sendiri jua adanya. Soalan lain, senang mau explain. Bila aku tanya Haikal ayam berkokok bila, dia jawab bila2 saja. Bila aku tanya kenapa dia cakap macam tu, dia cakap "Atuk punya ayam tu, bising saja. Bila2 masa pun bunyi."

Mau cakap salah, betul juga. Ayam ni berkokok suka hati. Tapi bagi menyelesaikan isu konfius si Haikal, aku cakap sajalah ayam selalu berkokok pagi sebab dia mau kasi bangun orang suruh kerja. Dia boleh suruh aku pelihara ayam la pula. Ish ish ish

Part yg paling complicated, bila masuk soalan "tiga hari selepas.." atau "empat hari sebelum.." Aku suruh Haikal rujuk carta buku teks.



Suruh dia kira 4 hari sebelum atau 3 hari selepas. Paling mencabar soalan "4 hari sebelum Rabu adalah________." Kalau sebelum ni aku ajar, kalau selepas, kira ke bawah. Kalau sebelum, kira ke atas. Si Haikal pun mengira dengan penuh fokus. Disebabkan hari ke-4 sepatutnya Sabtu, si Haikal ingat adalah impossible kalau tiba2 kiraan tu melompat ke bawah. Si Haikal pun memulakan kiraan yang tidak berpenghujung. Selasa, Isnin, Ahad dan Isnin semula. Sepanjang Haikal membuat kiraan, aku tidak putus2 mengelimut (menyumpah) orang yg membuat buku teks ni. Mo buat soalan bagai2, tapi rujukan tidak complete. Maka, dengan suka hatinya, aku conteng buku teks Haikal. Letak anak panah yg berkenaan. Yg bulat2 tu pun aku buat sebab aku geram. Lepas letak anak panah, terus Haikal dapat jawapan.

Kesimpulannya, masa taklimat pendaftaran anak pihak sekolah sure pesan tugas mendidik anak bukan di atas bahu guru tapi turut dipikul bersama dengan ibubapa. Oklah! Memang aku bersetuju sangat2. Part yang aku tidak suka tu, kalau guru2 senang la ada kursus bebagai. Ibubapa? Kalau dapat parents berstatus guru, no hal. Sap sap sui la orang cakap. Kalau yg bukan guru? Kami mau ikut kursus apa? Benda2 ni, aku tidak pernah risau masa anak aku belum sekolah. Bila sudah masuk tahun 1, aku rasa benda ni sangat2 merunsingkan. Tambah lagi ini related dengan pendidikan anak2. Rasa2 bapa aku pernah risau ka pasal silibus kami masa darjah 1 dulu? Nah!! I don't think so..


No comments:

Post a Comment