Oct 24, 2011

Food Cravings


Assalamualaikum :)

Sejak kebelakangan ni, jadual tidur-bangun aku sangat luar biasa. Tidur dalam jam 8.00pm, bangun dalam 4.00am. Paling menarik, aku langsung tidak payah set alarm untuk bangun jam berapa. Tepat jam 4.00am, sure aku sudah terduduk dan tidak boleh tidur.

Normally, aku tidur dalam jam 9.00pm dan bangun jam 5.00am. Entah macamna, bila tiba hujung minggu, masa bangun tu pandai ter'extend' dengan sendirinya. Tapi tidak kali ini. Aku terbangun jam 4.00am dan seawal 4.00am aku sudah start buat orkestra di dapur. Bukan pun sebab aku rajin, tapi sebab aku lapar.

Last weekends as always, seawal 4.00 pagi aku sudah start membuat nasi goreng cili api. Sebab aku rasa mau makan yg pedas2 ja pagi2 buta. Jam 5.00am, aku sudah duduk2 depan tv sambil makan nasi goreng cili api dengan segelas teh panas sedangkan penduduk lain di rumah aku masih lagi berdengkur/mengigau.

Bila orang ramai sudah bangun, aku makan 2nd round. Kununnya macam orang belum sarapan lagi. Padahal subuh2 lagi aku sudah melantak. Esok paginya aku bangun macam biasa, kali ni aku buat nasi lemak. Ish ish ish.. semangat sungguh aku melayan kelaparan aku ni. Makin macam giant la aku lepas ni.

Hujung minggu, bawa husband jalan2 keliling tamu. Hajat hati mo cari seasonal local fruits kunun. Rambutan, mangga, tarap.. yang peliknya durian macam aku kurang interested. Mungkin melihatkan pada harga durian yang mencecah RM20 satu tapau. Baik2 berselera, terus hilang selera. Hasilnya, aku dapat mangga dengan rambutan ja. Tarap, mgkn mo kena tunggu dalam 2-3 minggu lagi.

Makan tengahari atau malam, balik2 mo makan sup atau ikan goreng. Kalau tidak pun sup ikan dengan sayur tumis. Mungkin sebab aku takut badan membesar dengan jayanya, atau mungkin sebab itu saja masakan yang aku mo makan.

Lihat dari perkembangan berat badan, sangatlah perlu dikontrol bab makan ni. Malangnya, rasa lapar tu macam susah pula mo kontrol.

Picture from Google
Sungguh kurang ahshem oh ini gambar. Bikin berselera ja.. kekeke



1 comment:

  1. husband sa jumpa durian RM12 sekilo d area kudat kemarin!(hehe sempat promo)

    ReplyDelete