Oct 5, 2011

Haikal and The Clown



Assalamualaikum :)

Last Friday (30th September 2011), kami dapat jemputan majlis hari jadi anak rakan sekantor. Aku punya la excited memandangkan majlis turut diserikan dengan kehadiran badut. Maklumlah, bukan hari2 anak kita tengok badut. Kalau ada pun setakat di shopping complex yang mana turut dikerumuni oleh ratusan anak2 orang lain. Bagi mengelakkan kita terbawa pulang anak orang lain, usually kami setakat jeling dan berlalu pergi.

Kali ni, dengan budget masa yang telah diperuntukkan oleh si suami (sebab dia ada game futsal), aku berkeras mau datang. Di tambah lagi, semua geng2 bas sekolah turut serta memeriahkan majlis. Mengikut perancangan, kami dijangka sampai dalam jam 7.00pm. Oleh sebab game futsal si suami dalam jam 10.00pm, maka kami harus beredar pada jam 9.00pm bagi memberi laluan untuk si suami bersiap sedia.

Akhirnya kami berjaya sampai jam 7.40pm. Punyalah dasyat kesesakan lalu lintas di waktu2 begini. Memandangkan anak2 aku tertidur di dalam kereta, Dyana agak moody sikit. Asyik mau berkepit dengan mama dia saja. Haikal seperti biasa terlalu excited mau tengok badut.


Masing2 muka baru bangun tidur.


Sedang memujuk Dyana untuk 'melepaskan' si mama sebab mama kelaparan. Out of no where muncul la pula si badut. Dyana orang pertama yang dapat belon poodle. Yeay!!


Haikal sedang tunggu turn untuk minta buat pedang.


Lepas dapat pedang, tiba2 dia mau minta buat pistol la pula. Pedang dia kasi si adik. Nasib baik la tidak ramai budak.


The birthday boy - Najmi. Lihatlah betapa Haikal begitu mengkagumi kek Cars idaman hati.


Magic Show. Time ni aku sudah keluar mau pulang. Tiba2 Haikal minta tunggu sekejap sebab mau tengok magic.


Anda terpilih! Si badut sedang memilih assistant untuk buat salah satu magic show.


Masa mula2 aku tengok Haikal ke depan, I'm almost sure he'll collapse anytime soon. Semacam ja aku tengok. But he survived.


Some of the action. Time ni dia sudah mula senyum. Pandai betul tu clown kasi hilang nervous si Haikal. Finally, Haikal dapat RM5 sebagai saguhati daripada clown. :)


*All pictures taken by Malai Sairul


1 comment: