Assalamualaikum :)
What do I expect :
After 90 days leave, aku ingatkan semuanya akan berjalan lancar. Masuk kerja right on time (yalah org sudah cuti 90 hari, sure semangat sedang berkobar2 mo masuk kerja). Lepas tu masuk kerja, duduk dan terus buat kerja. Menyambung kerja yg ditinggalkan sebelum aku bersalin. Then, there was the boss. Orang yg memberikan tugas2 dengan gigih tanpa penat lelah. Sampai kadang2, setiap kali jumpa bos rasa macam mo main sembunyi2 pun ada. Setiap kali jumpa ada surprise. Definitely aku expect banyak to-do-list yg perlu dibuat atau diselesaikan. Akhir sekali I expect ramai la peminat2 lama (user yg berkaitan) akan calling2 atau main2 miss call atau email atau buat face time (jumpa face to face cari pasal) dgn aku.
What really happened :
Today is the 3rd day aku lambat masuk ofis. Walhal waktu bertolak dari rumah sama macam 3 bulan lalu. Apa yg berubah? Kesesakan lalu lintas yg melampau. Adakah sebab bulan puasa, atau lately ada promosi hebat jualan kereta di mana2 yg aku tidak tau? Bila masuk kerja pula, I was lost. Really really lost. Tidak pasti mo mula di mana. Apa yg aku ingat, sebelum aku beranak berbaris2 kerja menunggu minta diselesaikan. Jadi ke manakah kerja2 itu melarikan diri? Bila masa jumpa pegawai aku utk melaporkan diri, lain pula ceritanya. Semua projek yg sedang berjalan sudah berubah hala. Maka, aku kena start semula. Ish ish ish.. Bab peminat pula, selepas 3 hari satu user pun langsung tidak call aku. Merajukkah mereka? Email aku ada 800++ unread messages. It took me few hours utk delete yg mna tidak berkaitan dan baca mana yg berkaitan. Paling best, in 3 months our NC sudah bertukar. Lepas tu pengarah unit kami pun bertukar. Some colleagues pun sudah pindah tempat operasi. Adush!!
What I need to do :
Don't panic. Bab lalu lintas tu, terpaksa la aku bertolak lebih awal esok. Less hours with the kids huhu.. Bab kerja pula, aku sedang reorganize balik kerja2 dulu supaya aku tidak 'lost'. Tapi sebelum tu aku kena jumpa pegawai aku utk pastikan projek mana yg perlu diselesaikan dan projek mana yg perlu dihentikan serta merta. Bab peminat tu, aku suka!! Hehehe kurang sikit stress masa buat kerja. Lagipun sekarang cuti semester. Tiada sebab diorang call aku utk ucap selamat berpuasa atau selamat hari raya kan? :)
No comments:
Post a Comment