Aug 16, 2012

Bekam Virgin No More


Assalamualaikum :)

Alkisah, sabtu lepas merupakan hari yg paling bersejarah. Kononnya plan mo bawa budak-budak shopping kasut, alih-alih bangun sahur tangan kanan aku langsung tidak boleh gerak. Atas sebab itu, suami tercinta mengambil tindakan drastik memasakkan kami (me and Haikal) maggi goreng sedap! Betul-betul sedap wooo.. hahahaha..

Awal pagi sebelum shopping (memandangkan tangan masih dalam keadaan yg sama), aku ajak hubby pergi berurut. Setahu aku, aku bukanlah peminat tegar bab urut mengurut ni sebab aku penggeli. But then, kalau sudah mau susukan anak pun rasa macam terseksa.. berurut is a must!

Berbaris lama-lama di luar kedai tukang urut cina di Karamunsing, KK membuatkan aku rasa macam mo tukar tempat urut. So, hubby mention satu kedai reflexology di tingkat bawah. Mau baik punya pasal, aku angguk ja lah.

Setiba di destinasi (aiseh) baru aku perasan tempat tu macam kedai bekam. Bila tanya hubby, dia cakap ada provide servis mengurut juga. Hubby request tukang urut perempuan. Sebab yg sakit pun cuma bahagian pergelangan tangan, kami menjalankan operasi mengurut di luar saja. 

Sepanjang proses mengurut selama 15 minit, tukang urut tu balik-balik geleng-geleng kepala. "Banyak angin.. banyak asid dalam darah ni.. ". Aku sengih sajalah. Manalah aku tau kalau badan banyak angin ka, asid ka, yang aku tau kalau sakit ja. Sebab tangan sudah bengkak, dia suggest bekam untuk buang angin.

What?!! Bekam? Bila fikirkan tangan langsung tidak boleh gerak, aku akun jugalah. Aku tanya sakitkah bekam? Dia cakap macam kena gigit semut. Punyalah senang hati aku. Dalam fikiran aku macam sakit kena jarum ja lah ni. Mungkin dia terlupa cakap sakit macam kena gigit semut tapi semut tu kita biar dia gigit for 15 minutes. Lama tuu!!! 

Dia bekam mana yg berpatutan. 3 bekas digunakan. Mula-mula dia cari kawasan yg bengkak dan sakit. Dia letak bekam serta buang udara dalam bekas yg ditekap rapi di kulit. Bila sudah kulit kita menggelembung, baru dia buka bekam. Ingatkan proses sudah selesai. Tidaklah menakutkan sangat kan? Rupanya itu baru sebahagian. Lepas bekas dibuka, kakak tukang urut tu suruh aku toleh tempat lain. Aku cuma rasa kulit aku kena cucuk-cucuk jarum. Terasa macam kena gigit beratus semut rasanya. 

Selesai proses tu, pasang bekam balik. Aiyoyoyoyo.. ingatkan siap sudah. Baru nampak darah keluar dari bekas-bekas luka yg dia cucuk tadi. Tunggu lagi dalam 10 minit, baru dia buka bekas. Apa yg aku perasan, darah yg keluar tadi nampak macam jelly. Pekat dan likat gitu. Kononnya itulah darah kotor. Dia suggest aku selalu buat rawatan bekam. Heh?!


Kesan bekam. Lepas 2-3 jam, ianya nampak lebih dahsyat :)

Satu bekam RM15. Aku pasang 3 bekam. Semua sekali RM50. Hohoho.. kalau basic mathematics memang salah. Tapi aku assumed RM5 extra tu untuk aktiviti mengurut 15 minit sebelum aku berbekam. 

Keluar dari kedai bekam, hasilnya sama saja. Tangan masih tidak boleh gerak. Sebab tidak tahan sakit, maka aku cakap dengan hubby mo pergi klinik. Asalnya, aku memang mo pergi klinik. Tapi hubby cakap, kalau pegi klinik paling-paling pun kena kasi krim dan ubat tahan sakit. Tapi kali ni I really don't care. Kalau kena kasi ubat krim pun. Yg penting ada ubat tahan sakit. Sampai ke tahap tu sekali sakitnya tangan aku.

Bila pergi klinik, doktor tu suruh aku gerak tangan which is impossible. Siap dia tolong kasi gerak lagi. Last-last dia suruh ambil x-tray. Takut patah, terseliuh atau retak. Yep! Sungguh mengarut masa tidur pun kau boleh patah tangan. Mungkinkah aku mimpi tumbuk dinding tapi tidak ingat? I doubt it. 

Lepas ambil x-tray baru doktor explain. Sendi tangan aku bengkak. Instead of bagi minyak panas (macam yg tukang urut pesan) dekat pergelangan tangan, doktor suggest tuam tangan pakai ais. Ubat tahan sakit dan ubat turun bengkak turut disertakan. Syukur!!!!

At night, tangan sudah boleh gerak sedikit demi sedikit Alhamdulillah... namun, aktiviti shopping pada hari itu terpaksa di tunda keesokkan hari. Projek buat kuih? Tergendala sebentar.. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment