Aug 27, 2012

Ruam Susu atau Eczema?


Assalamualaikum :)

Beberapa hari sebelum raya, Hakim diserang ruam di bahagian muka. Khususnya di bahagian pipi, kening dan sedikit dibahagian kepala.

Sebenarnya, Hakim dapat ruam ni sudah agak lama. Masa review Hakim 3 bulan di klinik, nurse ada cakap ruam tu perkara biasa bagi baby yang masih menyusu badan. Ruam susu nurse cakap. Apa yg perlu dilakukan, aku kena selalu bersihkan muka hakim pakai tuala basah setiap kali lepas menyusu.

After a week, aku tengok ruam Hakim makin teruk. Semakin merebak dan kemerah-merahan. So, aku bawa Hakim ke klinik berhampiran. Doktor mencadangkan cream Zaricort. Doktor cakap Hakim kena serang fungal berikutan zat garam galian dari aktiviti bf. Banyak betul zat aku bagi kan? Hehehe Nasihat doktor lebih kurang juga macam nurse kerajaan cakap. Cuma bezanya, doktor ni lebih saintifik penjelasannya.

A week later, ruam semakin hilang, tetapi timbul pula bekas putih di muka Hakim. Terus nampak macam panau. Alalala.. sudahlah anak aku hitam manis si tampuk manggis. But I guess we never knew la kan. Kulit baby ni kan cepat baik. Mungkin kesan ubat.

Bila hantar Hakim masuk taska, macam makin teruk pula ruam dia. So, aku tanya doktor kampung. Of course la my mom. Dia suruh aku tenyeh kawasan-kawasan yang berkenaan dengan kunyit hidup. Hasilnya, muka anak aku kekuningan. Orang pun pandang aku semacam ja.. Huhuhuhu

Balik ke Labuan, sekali lagi my mom suruh pergi klinik. Dia tidak sanggup tengok cucunya beraya dengan ruam. Mau juga cantik kunun. Aku jumpa doktor specialist di Labuan, Dr. Ong. Kali ni doktor cakap Hakim kena Eczema. Dia check Hakim seluruh badan untuk confirmkan. Selain dari H-Cort cream, doktor bagi Aqua cream dan ubat selsema/gatal. Pesanan doktor..

1) Pastikan Hakim tidak mandi air panas/suam.
2) Jangan rendam Hakim lama-lama.
3) Gunakan sabun Dove
4) Cuba elakkan Hakim dari berpeluh (suruh beli air-con la tu.. hahaha)

Few days later, Alhamdulillah.. ruam semakin berkurangan, tapi kesan putih masih ada. Doktor cakap kesan putih adalah normal. Nanti 2-3 bulan hilanglah. Tapi... yes ada juga tapinya. Hakim diserang selsema la pula. Hari-hari mandi air sejuk kan.. 

Beberapa hari yg lalu, ruam Hakim kembali lagi. Mungkin sebab berpanas semasa beraya. Jumpa sepupu hubby, dulu dia cuma lapkan susu di muka baby. Tidak pakai sebarang cream pun. Itu yg doktor dia ajar la. Wah.. banyaknya petua. But I guess tidak salah cuba kan?


Rawatan kunyit. Patutlah orang pandang aku semacam.. kan?


 Kesan putih di muka.


Langkah jimat supaya anak tidak kepanasan. Hahahaha terus keluar muka tidak puas Hakim..


Ps : Please read more info about eczema here :)


1 comment:

  1. assalamualaikum..

    sory nak tnaye..
    camne yang macam panau tu hilang..
    sebab anak saye macam ada panau pulak kat muka..
    :(..

    t tlg reply kat blog saye ye..

    tenkiu

    ReplyDelete