Aug 16, 2012

Projek Kuih


Assalamualaikum :)

Hohoho sempat lagi aku mengupdate. Memang macam teda kerja ja aku hari ni.. shhhh.. ;)

Anyway, bagi menghilangkan kemengantukan yg melanda diri ini.. ofis sunyi sepi ok. Semua org pun sudah sampai di kampung sambil-sambil nyanyi lagu raya. Aku? Malam ni InsyaAllah baru sampai. Amin..

Sambung balik. Bagi menghilangkan kemengantukan yg melanda diri ini, aku mo update projek buat kuih raya aku yg tergendala sebentar tadi.

Sungguhpun aku sudah beli bahan kuih pada minggu ke-2 ramadhan hari tu, adalah amat tidak diduga sekali aku akan ditimpa kecederaan. Maka, projek tersebut terpaksa dibuat secara pantas. Maklumlah malam ni mo balik kampung. Takkan la mo melenggang kangkung ja ke rumah mertua. Hamboi.. hamboi..

Kalaulah mama aku nampak betapa cepatnya aku buat kuih raya tahun ni, sure bangga punyalah. Hasilnya.. boleh tahan. Tahun ni buat 5 jenis saja. 2 kuih wajib. 3 lagi resepi baru. Tapi untuk mertua, aku bagi 3 jenis saja. Sebab 2 lagi dia selalu beli siap.. :)


 Kuih makmur. Resepi tradisional kunun. Rupanya jualah yg paling manang..



 Biskut cornflakes dan bijan hitam. Suka hati aku ja kasi nama. Sebab aku lupa. Resepi aku google ja hari tu. Rasa memang tip top! Cuma rupa ja aku kurang konpiden..


Biskut Holicks. Aku kurang pasti kalau rupanya adalah seperti yg sepatutnya. Resepi aku dapat dari google. Rasa so so lah.. :)


 Tiap-tiap tahun memang aku buat biskut chocolate chips ni. Macam-macam resepi aku cari dan cuba, setakat ni belum ada lagi yg bersesuaian di jiwa. Walaupun empunya resepi bagi nama chocolate chips sedap, still belum sangatlah bagi aku. Huhuhu.. :(


Tat Nenas. Hahaha mana kau jumpa tat nenas macam ni rupa. Sebab aku tau betapa seksanya menggulung nenas, maka aku ambil langkah bijak dengan membulatkan nenas. Lepas tu campak bintang-bintang berkelipan. Terus macam biskut kanak-kanak riang ria. Resepi kalau tidak silap aku ambil dari blog Kak Jee. Silalah google ok..


All and all, projek buat kuih raya tahun ni kira berjaya. Cuma kek saja belum buat. Esoklah kali.. :)



No comments:

Post a Comment