Assalamualaikum :)
Kepada bapak-bapak.. entry ini tiada kaitan dgn bapak ya. Melainkan bapak-bapak rasa bapak-bapak perlu menambah pengetahuan dalam bidang keibuan.. silakan..
Seperti mana entry aku sebelum bersalin hari tu, kali ni aku ada sedikit lebih bersemangat utk bf Hakim. Tidak tau sampai bila, tapi harapannya biarlah lama. Apa2 pun tengoklah rezeki Hakim macam mana.
Dalam tempoh 3 bulan aku cuti bersalin, aku terpaksa beli deep freezer. Tidak cukup muatan utk letak stok EBM Hakim. Ruangan memang tidak cukup. Tup tup bila masuk kerja pula kebetulan minggu kedua ramadhan.
Minggu pertama ramadhan memang tiada masalah. Hasil tenusu adalah seperti biasa. Bila masuk minggu kedua, hasil tenusu ada sedikit merundum. Waduh!! Kenapakah? Since, aku tidak makan sebarang milk booster (mau secara semulajadi kunun, padahal malas mau cari) maka aku kena fikirkan sesuatu.
So, I come up with some solution. Mula2 minum air masak sebanyak mungkin (duh.. mcmlah orang tidak tau). In my case, aku beli mineral water 1 kotak sebab aku minum lebih banyak kalau dalam mineral water (hmm.. I wonder why?). Lepas berbuka, aku minum 1.5 liter air dan 1 liter air semasa sahur. Bagi menambah garam galian (khasiat) dalam produk tenusu, aku minum segelas susu sebelum tidur dan semasa sahur. Kurma, aku cuma sempat makan sebelum berbuka.
Hasilnya? Alhamdulillah. Production berjalan seperti biasa.
Stok susu dalam freezer. Tiba-tiba aku teringat aku tumpang letak EBM dalam peti ais ofis. Perlu dipindahkan segera. :)
No comments:
Post a Comment