Assalamualaikum :)
Selalunya, bila beli baju anak mesti si mama yang kecoh. Peranan si bapa, setakat beri cadangan color saja. Itupun kalau diterima si mama. Hehehe
Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, aku beli baju anak bila dekat raya. Masa-masa lain.. macam tidak sesuai orang bilang.
Orang macam kami, yang mempunyai perbelanjaan terhad dan sudah tentu banyak tanggungan sudah semestinya cara perbelanjaannya tidak sama dengan orang yg ambil barang main campak-campak saja. Banyak faktor perlu dipertimbangkan.
Ada sesetengah orang, sanggup berhabis-habisan beli barang berjenama walaupun pada hakikatnya tidak mampu. Entah kenapa, bagi aku pendapatan terhad membolehkan aku untuk berbelanja lebih bijak dan sudah semestinya memandang jauh kehadapan. Nun jauh di sana, tidak kelihatan lagi.. Hohoho
Tidak salah rasanya kalau berpendapatan besar pun mengamalkan perbelanjaan bijak. Maka kuranglah pembaziran.. :).
Anyway, seperti anak-anak orang lain, anak aku pun pandai membesar dengan jayanya. Oleh sebab itu, anak-anak tidak perlu dibelikan pakaian mahal berjenama London, tapi cuma boleh pakai tidak sampai setahun pun. Begitu juga kasut.
Terdapat beberapa perkara perlu dititikberatkan bila beli baju anak. Bagi anak yang berusia 5 tahun ke atas, adalah penting untuk beli baju atau seluar satu saiz lebih daripada saiz sebenar. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, bila aku beli baju atau seluar mengikut saiz asal, baju tu cuma boleh dipakai setahun sahaja. Tapi kalau kita lebihkan lagi satu saiz, contohnya sekarang pakai saiz M, cuba beli saiz L. Pakaian mungkin masih boleh muat dalam tempoh 2-3 tahun lagi. Bergantung kepada tumbesaran anak anda.
Lepas tu bila beli baju, si mama tidak boleh syok sendiri. Perasan baju yg dipilih tu habis lawa sudah.. rupa-rupanya anak tidak berkenan. Nah.. kalau sudah anak tidak mo pakai, siapa kau mo suruh pakai? Kau? Perlu ambil kira pendapat anak. Kalau aku, aku suka tanya color apa diorang suka. Biarlah kalau pun satu almari baju dia warna merah.. yg penting dia pakai. Just make sure, baju-baju tu tidak seragam macam team bola sepak.
Kalaupun sudah terbeli baju yg extra 1 saiz tu, jgnlah pula di alter panjang pendeknya. Kalau boleh lipat saja. Nama pun mo ekonomi. Seburuk mana pun pakai, kalau budak-budak sure cute punya. Lainlah kalau mama sama bapa budak.
Lagi satu, bila beli pakaian terutama seluar jeans, aku selalu pilih seluar yg boleh diubah saiz pinggangnya. Lecehlah mau suruh anak pakai tali pinggang segala. Lagipun anak aku kan slim, maka harus cari seluar yg boleh diubah ukuran pinggangnya.
Bab jenama aku tidak memilih sangat. Memang betul kadang-kadang baju murah ni kualiti kurang baik. Bah, janganlah beli yg tiada kualiti. Carilah barangan berjenama tapi tengah sale besar-besaran punya. Kita pun bukan mo beli sampai 10 pasang. Cari harga 50-70 % less.
Apapun, kena selalu ingat. Baju anak boleh pakai 1-2 tahun saja. Tidak perlu bermewah. Bagus simpan duit masuk tabung anak. Esok bila dia sudah kerja, biar dia sendiri beli baju mahal-mahal. Kita sebagai ibu bapa setakat provide keperluan cukuplah. Bukan kehendak. Bila beli jangan la pula beli macam mau buat kedai baju. Secukupnya. Seluar dalam 3-4 helai, tapi baju biar banyak. Janganlah pula sampai almari tidak muat.
Kesimpulannya, berbelanja ikut kemampuan. Di masa akan datang anak pun kena belajar. Belum tentu lagi belanjawan pendidikan masa akan datang setakat 2-3 ringgit. Pinjaman pendidikan memang banyak, tapi bagi aku kalau boleh aku mo kurangkan anak aku berhutang dan mula menabung untuk masa depan. Kita pun belum tentu hidup lama :).
Fuhhhhh... jauh betul pandangan aku.. ;)
No comments:
Post a Comment