Aug 16, 2012

Balik Kampung


Assalamualaikum :)

Tinggal beberapa hari lagi Hari Raya. Pelik bin Ajaib, aku masih di ofis. Kenapa? Meh aku cerita kenapa.

Since aku masuk kerja pada minggu kedua ramadhan, adalah juga orang-orang (termasuk aku of course) mempertikaikan kenapa la aku tidak apply terus cuti raya supaya aku masuk kerja direct lepas raya. Bukan sebab aku excited sangat mo masuk kerja ok. Tapi sebab cuti tidak lulus. Bos aku dulu memang macam tu. Suka bagi surprise last-last minute. Dekat raya baru dia suruh minta cuti. Dari kita punya point of view, sama ja kan? Minta awal ka, minta lambat ka.. still kau boleh cuti. Cuma bezanya, bagi kita yg mau balik kampung lebih mudah la mo buat perancangan.

Tahun ni, aku uruskan tiket balik kampung lambat sikit. Nasib baik la masih diterima (terpaksa guna kad 'baru habis bersalin'). Bagi ibubapa kepada anak-anak yg bersekolah, cuti balik kampung harus diselaraskan. Since tiada ura-ura menyatakan cuti diawalkan, maka aku pilih balik 17hb Ogos (9.00 mlm) dan balik semula pada 27hb Ogos (9.30 mlm). Little that I know, aku salah pilih tarikh balik ke KK. :( 

Lepas dengar pengumuman 17hb Ogos adalah cuti berganti sekolah, hubby dengan penuh tanggungjawabnya cuba untuk menukar tiket ke 16hb Ogos (9.00 mlm) dan balik ke KK 26hb Ogos (9.30 mlm). Syukurlah tiket masih ada..

Tiba-tiba di petang hari, ada pula pengumuman dalam berita 16 dan 17hb Ogos adalah cuti sekolah berganti. Adehhhhhh..... Kenapalah kau buat macam ni. Cuba sound awal-awal. Bukankah senang kerja kami. Apapun, sebab hubby malas mo tukar tiket maka kami ikut ja plan asal.

The point is........................ malam ni kami balik kampung! :)

Just in case kalau aku tidak sempat mengupdate blog (giliran tidur di rumah mertua tahun ni ~ harus superrrr rajin ihik ihik ihik), aku dengan keluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Ikhlas ni..  



No comments:

Post a Comment