Assalamualaikum :)
Wahahaha... beraya sakan nampaknya aku dan anak2 kecilku (of course plus the hubby la). Apapun, sungguhpun lambat tapi raya kan sebulan. So, still sah lagi ucapan 'ulangan tahunan' aku tu kan?
Tahun ni, aku rasa aku terlebih beraya. Sebab? Di saat aku sedang menaip ni, aku sedang main berbalas batuk dengan jiran sebelah sambil lap hingus. Boleh?
Budak-budak tahun ni cukup meriah. Masing-masing bawa perangai.
Haikal - Masuk rumah orang, landing baik di sofa orang. Regardless la kalau rumah orang tu tengah ramai orang. Ada dia kesah? Besar mana pun mata aku terbeliak atau merah menyala-nyala (mau teriak terlampau la pula), still dia buat muka lima sen. Bila tuan rumah suruh minum, mentah-mentah dia cakap tidak mau. Kau berani? Buat muka tidak bersalah lagi tu. Bila ditegur, macam-macam la alasan dia. Sakit perut la, demam la. Bila masuk kereta tiba-tiba baik sudah penyakit yg muncul tadi.
Dyana - Minah ni, kalau masuk rumah orang benda pertama dia cari mainan. Bila main, siap kemas 'baik' punya utk ditapau pulang. Suka hati mak bapak dia ja mo tapau mainan orang kan? Tapi ada dia kesah? Mana ada. Kalau ditegur, sama ada dia akan teriak atau menghentakkan kaki. Lepas tu, bila main pula bukan di tempat lapang. Di sana tempat orang berurat-urat leher bercerita, di sanalah dia main. Sudahnya terpaksa la org yg sedang berdebat memanjangkan leher utk menyubuk rakan di sebelah sana. Kalau di rumah mama aku pula, dia sibuk berkreativiti. Letak patung mini di atas balang kuih dan kek. Paling best, dia susun kek mama aku (yg dihidang utk tetamu) macam kereta api di atas meja. Boleh? Makin dibiar makin panjang la pula.. kek habis bukan sebab dimakan, tapi dibuang. Ish.. ish.. ish.. mungkin tahun depan, mama aku kena buat kek yg kurang menarik warnanya.
Hakim - Buat masa ni, inilah buah hati pengarang jantung. Diam-diam saja. Kadang-kadang menangis kalau mau tidur. Lain daripada tu, tiada masalah. Paling-paling pun dia marah kalau tidak kena bawa bercerita.
Raya tahun ni for the first time mama sama bapa buat open house. Officially. Dulu tiada open house. Bila orang tanya bila open house, selamba ja kami cakap hari-hari pun open house. Tradisi mama aku, 5 hari raya pertama mesti mo masak makanan berat. Lepas tu baru rehat. Tahun ni, mama aku masak 1 kali saja. So, mama aku sudah sound direct awal-awal. Tahun depan dia mo buat macam tu juga. Sekali penat kunun. Hasil dari open house kami yg pertama kalinya.. aku dan adik aku diserang demam, batuk dan selsema. Tahniah!!!
Sila abaikan gigi arnab aku atau muka over excited Haikal atau jambul superman Dyana. Aku sudah terlalu penat by the time adik lelaki aku ambil gambar ni. So, terima dengan redho sajalah yer..
~ credit to my sister kerana berjaya menyiapkan baju raya kami sekeluarga (minus hubby) in only one day. Tidak tau mau tumpang bangga atau tumpang kesian sebab baju raya dia pula tidak siap. Maaf zahir batin sis.. :D
Tengok baju Hakim. Tiada plan sebenarnya mau buat baju melayu utk Hakim. Tapi sebab my sis insisted, maka siap la juga baju raya Hakim. Betul-betul ngam-ngam di badan. Kudos sis!!
No comments:
Post a Comment