Feb 27, 2012

GDM kah aku?


Assalamualaikum :)

Semenjak aku 'disahkan' GDM, istilah pengidap kencing manis sejak mengandung ni.. maka banyaklah appointment2 yang telah ditetapkan. Paling best, semua appointment ni kena pergi. Yalah kan.. orang suda penat-penat book *walaupun kita tidak minta*, kita pula mau bermalas-malasan atau dalam kes aku bersibuk-sibukan.

Mari aku explain secara jelas dan terperinci *bagi aku la* kenapa aku rasa malas dan penat. Mungkin disebabkan berat badan yg naik mendadak masa mengandung, atau mungkin juga sebab aku memandai letak bapa aku pengidap kencing manis dalam buku perubatan aku. Most probably, kau kena suruh ambil ujian saringan atau dalam bahasa sainsnya MGTT.

Ujian MGTT ni senang ja secara teorinya. Puasa dari jam 10 malam, lepas tu esok pagi minum 1 paket air gula. Bukan paket kecil-kecil yang kamu jumpa di McDonald atau KFC tu ok.. malah jauh lebih besar dan lebih manis daripada biasa. Akun lagi aku makan coklat daripada minum gula. Lepas minum, kita disuruh beristirehat selama 2 jam. Bukan istirehat baring-baring sambil tengok tv, tapi kalau boleh duduk-duduk dan kurangkan bergerak sebab kununnya kita belum breakfast *tapi minum air putih dibenarkan*. Dalam tempoh 2 jam, aku sudah start palau-palau (pening), tapi aku minum banyak air sebab terasa segala gula tu masih menepek di kerongkong aku.

Lepas 2 jam, kena ambil darah dan sampel air kencing. Lepas tu pulanglah kamu dan bersarapanlah sepuas hati. Sebab aku risau dengan GDM ni, setelah beberapa hari aku pun google la info sana sini. Turn out, kadar gula dalam badan yang normal adalah 4-8 mmol/dl. Dalam kes aku, sebelum minum gula 4.3 mmol/dl tapi lepas minum gula zuuuppp naik mendadak ke 7.4 mmol/dl. Kalau ikutkan masih dalam tahap selamat walaupun sipi-sipi. Tapi agaknya sebab mo ambil langkah berjaga-jaga aku pun termasuklah dalam kelompok berjaya GDM.

Jadi satu hal mau jumpa doktor 2 minggu sekali. Kalau pandai kawal kadar gula la. Kalau terlalu campen *atau tidak dengar cakap*, maka doktor akan lebih sayang maka temujanji berjumpa doktor harus lebih kerap. Kira-kira seminggu sekali. Sehari sebelum jumpa doktor, kita harus berkenal-kenalan dengan Lab technician. 1 hari mau jumpa 4 kali untuk buat test BSP. Jangan tanya aku BSP tu singkatan bagi apa, sebab aku fail benda-benda perubatan ni. Apa yg penting, kena ambil sampel darah 4 kali (8.00 am, 11.30 am, 5.30 pm, 8.30 pm). Result terus dapat on the spot. Keputusan haruslah di antara 4-6 mmol/dl. Kalau lebih, maka dapatlah temujanji dgn doktor minggu depannya di samping taklimat ringkas di esok hari. Yeay!!

Disebabkan kelompok GDM ni, ambil BSP sama-sama maka nampak meriahlah suasana. Di samping berborak-borak pasal apa yang di makan serta comparing result *ala macam SPM dulu..*. Siapa dapat result cemerlang, kena puji-puji. Siapa dapat result tidak cemerlang kena gelak dalam hati. Hohoho..

First time buat BSP aku fail. 3 result cantik sekali last result 6.9. Maka, kesianlah aku. Lepas tu, baru cantik. Memanjang 4.++ mg/dl. Rasa bangga pun ada. Baru amalkan makanan sihat, berat aku terturun sikit. Susah mau turunkan berat badan time pregnant. Aku terberjaya la pula.

Lepas tu, aku kena kasi appointment untuk periksa mata. Aku pun kurang pasti apa signifikannya periksa mata. Tapi sebab malas mau argue, last friday aku jumpa juga. Harus diingat, lain kali kalau mau pergi ni test kena bawa geng yang pandai drive. Kalau tidak, terpaksa la drive dalam 40-50 km/j. Maklumlah mata tidak berapa terang. Ujian matanya senang ja. Titik ubat untuk kembangkan anak mata, lepas tu tunggu dalam 1-2 jam. Pandangan akan lebih kabur dari semasa ke semasa which is normal. Lepas tu, masuk jumpa pegawai perubatan dan ambil gambar anak mata. Siap! Bagi yang mengandung macam aku, result akan dapat serta merta dan keputusannya adalah normal. Yeay!!!! Terus aku rasa macam buang masa tunggu lama-lama untuk ambil test ni. Ciss!!

Tidak lama lagi aku kena jumpa Dietician pula. Aku pun tidak tau mo expect apa ceramah atau taklimat yang aku dapat. Tawakkal ja la.

Lepas tu kena jumpa doktor di Hospital Likas lagi. Pun kurang pasti kenapa mau pegi sana. Padahal cara periksanya sama saja pun.

Kesimpulannya, sungguhpun aku membebel-bebel cakap benda-benda ni buang masa tapi nampak gayanya ada kebaikan juga. Kenaikan berat badan dapat dikrontol *bak kata Haikal dan bukan typo* dengan jayanya. Horray!!!


No comments:

Post a Comment