Feb 3, 2012

Sup Sayur Bebola Ikan

Assalamualaikum :)

Sejak aku kena 'jaga makan' ni, menu makan malam di rumah harus dikawal. Tapi menu haruslah bersesuaian dgn si kecil sebab kita pun tidak mau diorg jadi kurus sebab si mama kena kawal makan.

Memandangkan Haikal dan Dyana suka makan fishball, maka aku bercadang utk buat sup fishball. Bagi memudahkan kerja aku, maka aku campak sayur sekali dalam sup tu. Hehehe kunun2 menu 2 in 1. Satu menu tapi complete.. :)

Resepi aku tidak se'fancy' mana sebab aku tiada masa utk beli pelbagai ingredients atau tidak punya ruang utk letak semua bahan2 mentah yg hanya dipakai sekali sekala.

Fishball
Sawi
Tomato
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Lada putih
Garam
Serbuk perasa
Minyak utk menumis

Perasan aku tidak letak sukatan? Aku assume kamu tau la mo letak berapa banyak yg kamu suka. Hehehe *style mama aku bagi resepi, semua main agak*

1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai wangi.
2) Masukkan air.
3) Masukkan fishball, sawi dan tomato. Tunggu hingga mendidih.
4) Masukkan lada putih, garam dan serbuk perasa.

Siap utk dihidang!





1 comment:

  1. hari tu laki saya beli sejenis sayur yang saya nda pernah beli, mentua cakap sayur tu ialah sayur salad.. tapi ada batang macam sayur sawi. dia cakap, boleh makan mentah-mentah atau masak sup saja. so, saya masak sup la, campur fish ball. huhuhu.. sedap plak tau!! tapi, sayur tu last sekali baru masuk dalam sup untuk beberapa minit jak, sebab cepat lembut. kalau istilah mentua saya, "mau makan, baru kasi masuk tu sayur dalam kuah sup". keh keh keh..

    ReplyDelete