Feb 1, 2012

I'm declaring WAR


..against SUGAR!

Assalamualaikum :)

Last Friday, aku ambil ujian kencing manis. Telah termaktub dalam latar belakang keluarga aku, ada pengidap kencing manis tidak kisahla sebelah ibu mahupun sebelah bapa. Memandangkan aku terselamat dari ujian ni tahun 2008 (aku pun kurang pasti macamna aku boleh terskip ujian kencing manis tu), tahun ni nampaknya aku kurang bernasib baik.

Seperti biasa, upacara puasa dijalankan bermula dari jam 10 mlm sebelum ujian diambil esok hari. Tepat jam 8.00 pg, aku kena suruh bagi urine dan blood sample. Tidak lama kemudian, aku kena suruh minum air gula. Utk makluman air bawa sendiri ahh.. jgn bawa air oren, sirap, sarsi segala. Sukuplah dgn air kusung.

Masuk dalam satu bilik khas, 5 paket bersusun cantik mcm dalam iklan. Memandangkan air gula tu kena bancuh sendiri, aku mula tertanya2.. takkan la mo minum semua sekali. Ada jg yg ampai2 nanti mabuk minum gula. Nasib baik ada encik abang sedang borak2 di sana. Terus tanya mo minum berapa paket. Sambil senyum2 dia cakap "satu ja".. manalah aku tau. Hehehe

Lepas minum gula, kena suruh rehat tapi tidak boleh makan. Kena tunggu jam 10 pg utk ambil urine & blood sample semula. Minum air kosong ja la liau.. Lepas bagi segala sample yg diperlukan, aku boleh balik. Keputusan diorg akan maklumkan kemudian.

Isnin baru2 ni aku dapat call dari klinik. Kandungan gula dalam darah macam ada sedikit tinggi. Dalam erti kata lain.. kira kencing manis la tu. DAMN!! Sangatlah tidak best. So, diorang suggest supaya aku datang secepat mungkin utk menjalani satu ujian khas. Aku cakap esok baru aku datang.

Kemarin aku datang mencari nurse yg call aku tu utk ambil borang. Terus pergi lab. Kali ni tiada istilah kencing dalam cawan. Main cucuk2 ja. Puasa seperti biasa, jam 10 mlm sebelum tu (sudah kena maklumkan nurse yg call). Jam 8.30 pg ambil sampel darah. Lepas tu boleh sarapan. Jam 9.30 pg puasa lagi, jam 11.30 pagi ambil darah lagi. Lepas tu makan lagi. Jam 3.30 ptg puasa lagi, jam 5.30 ptg ambil darah lagi. Lepas tu aku makan lagi. Jam 6.30 ptg puasa lagi, jam 8.30 mlm ambil darah lagi. Terasa diri ini macam bahan kajian.. huhu

Segala keputusan ujian perlu diserahkan kepada doktor pada keesokan hari. Ertinya, aku ada temujanji dgn doktor hari ini. Mula2 doktor cakap, aku kena jumpa dia setiap minggu. Sehari sebelum jumpa dia, aku kena ambil test seperti mana yg aku ambil kemarin. Maka si doktor pun explain la dgn lebih jelas.

Ibu mengandung yg ada kencing manis ni perlu kontrol cara pemakanan. Tapi itu, boleh aturkan dgn pakar diet nanti. Tujuan jumpa doktor 1 minggu sekali, supaya diorg boleh monitor keadaan baby. Normally, klu si ibu ada kencing manis saiz si baby akan lebih besar. Terutama bahagian bahu. Diorang takut nanti beranak kepala keluar, tapi bahu terpaksa diPATAHkan sebab terlalu besar.

Ok, sungguhpun aku ni bukan peminat diet yg tegar tapi klu sampai mo patahkan bahu baby yg baru lahir... bah baiklah.. BRING IT ON. Klu ko suruh aku makan sup sayur 24 jam pun aku sanggup. *Aku actually masih pelik, kenapa mo patahkan bahu baby? Kenapa tidak operate saja?*

Since tarikh aku jumpa perunding diet pada 22/2/2012, maka si doktor menasihatkan..

1) Kurangkan makan karbohidrat atau minuman manis.
- Done! Aku minum air kosong saja lepas ni. Perlu bawa bekalan dlm handbag sentiasa just in case tempat makan tiada jual air kosong.

2) Jangan makan biskut manis.
- Done! Lepas ni aku stok banyak2 roti mayat. *tidak la byk sgt tp cukup utk cover lapar*

3) Jangan minum 3 in 1.
- Done! Lepas ni, aku tapuk (sembunyi) semua 3 in 1 di opis. Kalau tidak pun aku buat lelong.. *banyak woo aku punya stok 3 in 1*.

4) Jangan makan buah.
- Ala doc.. jangan la mcm ni. Sekarang kan musim buah.. huhuhu tapi sebab aku masih mendapat vision bahu baby terpaksa dipatahkan.. maka aku bersetuju sajalah. Abisla anak aku kali ni berliur2.. *dgn mamanya sekali*.

Tidak cukup dgn jumpa doktor seminggu sekali *klu result ujian ada bagus bleh jd 2 minggu sekali*, plus berklinik seperti biasa.. aku kena jumpa pakar diet pula. Paling best, aku terus kena suruh cek mata. Apakah maksud? Klu dlm keadaan sekarang ni, hampir hari2 aku ampai2 di klinik bagus aku sewa quarters klinik ja.

Maklumat lain, aku mmg kena beranak tepat pd masanya. Klu blum rasa mo beranak pun, terpaksa kena induce. Klu terberanak awal, kira bagus la.

Kesimpulannya, dalam tempoh mengandung ni kena la aku mengalah. Klu mo melantak berabis, terpaksa tunggu abis beranak..


No comments:

Post a Comment