Aug 26, 2011

Movie : A Bridge Too Far [1977]




Assalamualaikum :)

Klasik pilihan wayang aku kali ini. Ini semua gara-gara aku tertengok movie ni dalam pakej movie yang aku ada (sorry, aku tidak ingat channel mana). Anyway, asalnya aku buat pandang tidak pandang saja. Maklumlah cerita perang. Tambah lagi cerita dolu-dolu.

Dalam tidak sedar, akhirnya aku terduduk santai sambil menonton dengan tekun. Not bad. Not bad at all. Cerita ni actually ambil masa 3 jam. Aku rasa aku tertengok dalam 1 jam yang terakhir. Aku rasa aku terduduk pun lepas aku tertengok Robert Redfort zaman muda belia dulu. Fuiyyooo, punyalah hensem. Kekeke..

Makin lama tengok, makin melambak pula star-star yang bergemerlapan. Sean Connery dalam cerita ni terbaik dari ladang (bab watak), James Caan, Anthony Hopkins, Gene Hackman dan Michael Caine. Setakat itu sajalah yang aku rasa star. Yang lain bukan tidak star, cuma tidak bergemerlapan sampai sekarang.

Cerita ni mengisahkan bagaimana tentera sekutu Amerika (yang aku ingat British saja) yang cuba untuk menyerang pertahanan tentera Jerman dengan mengambil alih beberapa jambatan utama ke bandar Arnhem. Entah macamana (sebab aku tidak tengok dari awal) 10,000 tentera sekutu yang diketuai oleh Sean Connery berjaya sampai ke Arnhem tapi di serang bertubi-tubi menyebabkan bilangannya berkurang kepada 2,000 orang. Selepas meminta bantuan daripada pasukan lain, maka macam-macam plan la dibuat. Unfortunately, semua usaha tidak berjaya. Ini mengakibatkan yang 2,000 tu terkandas dan terkepung oleh Jerman. Bila pasukan lain sudah putus harap mau membantu, akhirnya Sean Connery terpaksa mencari jalan lain untuk keluar dari Arnhem. Separuh daripada tenteranya terpaksa diserahkan kepada tentera Jerman untuk mendapatkan rawatan (selepas membuat rundingan). Pihak Jerman bersetuju untuk memberikan rawatan dengan syarat gencatan senjata dibuat untuk seketika. Dalam proses gencatan senjata, barulah Sean Connery and Company meloloskan diri dan akhirnya selamat sampai ke HQ.

Part yang paling aku suka, bila seorang tentera Jerman datang untuk menyerah diri sambil bawa bendera putih. Agaknya mungkin sebab diorang penat berperang. Boleh-boleh wakil British "We cannot take you as our prisoners. We don't have the facilities. I'm sorry. Anything else?"

Memang lawak gila la. Tapi dia cakap macam tu pun bersebab. First, most of their troops cedera parah atau mati. Agaknya macamana la diorang mau jaga prisoners kan? Second, diorang kekurangan senjata. Even yang menjawab tu pun setakat pegang payung ja hahaha. Third, kubu pertahanan diorang pun tinggal tunggul saja. Di mana la diorang mau kurung tentera Jerman tu kan?

All and all, walaupun cerita ni serius tapi ada kalanya lucu dan sedih. Kalau aku ada masa, aku memang mau tengok cerita ni dari awal. Kalau mau cari CD entah jumpa entah tidak.

Urinary Tract Infection Part II


Assalamualaikum :)

Atas sebab :

1) Aku selalu lupa makan vitamin C
2) Aku jarang pergi supermaket untuk beli yogurt
3) Aku tidak mencapai SKT minum air banyak-banyak

Akhirnya, aku membuat lawatan mengejut ke klinik berhampiran. Sampai klinik, register dan akhirnya di panggil untuk bertemu doktor.

Doktor : Apa masalah?
Aku : Saya rasa saya kena urine infection.
Doktor : Kenapa pula?
Aku : Setiap kali mau kencing ada sedikit sakit.
Doktor : Ada demam?
Aku : Tiada.
Doktor : Ada sakit perut?
Aku : Tiada.
Doktor : Ada sakit pinggang?
Aku : Tiada.
Doktor : Sakit belakang?
Aku : Tiada.
Doktor : Pening-pening?
Aku : Tiada.
Doktor : Selalu pegi toilet?
Aku : Macam biasa saja.
Doktor : Masa kencing ada keluar darah?
Aku : Hmm.. I don't think so. Kalau ada pun saya tidak perasan.
Doktor : Ada makan ubat lain sebelum ni?
Aku : Tiada. Saya try minum banyak air, tapi taulah kan.. puasa.
Doktor : Ya. True. True. (Sambil angguk-angguk)
Doktor : Kita check air kencing dulu.
Aku : Ok.

Bila semua soalan doktor, jawapan popular aku TIADA, aku rasa macam ada something wrong sudah. Mungkinkah aku ada penyakit lain? Tapi kenapa aku confident betul aku kena UTI? Apa-apa pun kita check dulu.

Doktor : Ok. Air kencing ada sedikit kotor. Saya rasa memang ada sedikit infection.
Aku : Ya, saya pun rasa macam tu. (Dalam hati cakap "kan aku sudah cakap..")

Aku dapat ubat-ubat yang sepatutnya di kaunter. Si jururawat pun mula la memperkenalkan satu persatu hero-hero aku.

Nurse : Ini antibiotik. Kena abis makan.
Aku : Ok.
Nurse : Ini ubat cuci kencing. Dia macam Eno sikit.
Aku : Ok.
Nurse : Ini ubat tahan sakit. Boleh demam.
Aku : Apa?!! Boleh demam?
Nurse : Ya. Boleh demam.
Aku : Ubat ni boleh kasi demam?
Nurse : Oh.. tidak. Ubat ni boleh juga makan kalau demam.
Aku : Oooooook.

Ayat tu pun. Walaupun orang sains, takkan la ayat tu tidak boleh di elaborate sikit. Kalau orang yang jenis terima seadanya, mesti dia pikir mau mati suda tidak demam-demam. Apapun, sebab aku jenis yang selalu kena UTI, aku mau letak gambar ubat cuci kencing. Just in case aku kena lagi. At least, lain kali boleh minta ubat saja :).




Persiapan Raya


Assalamualaikum :)

Kuih Raya - check!
Baju Raya - check!
Duit Raya - check!
Tiket Balik - check!

Kira-kira semua persiapan berjalan dengan lancar la. Kecuali bab packing macking. Mungkin malam ni baru mau packing. Esok pagi mau fly balik kampung. Yes, you see it right. FLY. Dengan menggunakan kemudahan tambang balik, tahun ni aku fly kunun. Maka, tiadalah aktiviti mendendangkan lagu raya dalam kereta bersama-sama macam tahun-tahun lalu :(. Apa yang penting kami sampai cepat bagi mebantu urusan pindah-randah sebelum raya. Hopefully, aku ada masa untuk buat entry sebelum raya.

Sepanjang Ramadhan ni, aku bertekad untuk memasak semaksimum mungkin. Setakat ni, kira aku berjaya dengan cemerlang la kununnya. Bukan saja jimat, paling best stok dalam peti ais aku berjaya dikurangkan hampir 80%. Yeay!!! Bagi aku yang terkenal dengan pembuang ni, ini kira satu kejayaan. Kalau dulu, aku selalu buang stok lama untuk bagi kasi masuk stok baru. Tapi oleh sebab tiada masa untuk mendapatkan stok baru, maka stok lama digunakan sehabis baik. Thank god ada blog-blog masakan. At least, berkembang juga la skill aku hehehe..

Aug 22, 2011

Dyana and Her Many Version of Peace


Assalamualaikum :)

Budak-budak kecil masa kini, setiap kali bergambar mesti juga mau buat peace. Walhal suatu masa dulu, kalau aku kena suruh bergambar, steady saja macam mau ikut kawat. Tegak dan serius gitu. Kalau aku ada gambar, sure aku letak. Tapi sayangnya, semua gambar-gambar serius aku tiada dalam simpanan aku. Hopefully my sister ada simpan.

Last night, my younger brother ajak berbuka di luar. Memandangkan dia lambat sampai, aku masak simple-simple untuk berbuka. Maklumlah, mo makan pizza lagi kunun.

Setelah aktiviti makan, sementara menunggu adik-adik pizza tu menapau (membungkus) apa-apa yang patut aku pun suruhlah anak-anak aku bersedia untuk diambil gambar. Oleh sebab, Dyana ada banyak version Peace, maka banyaklah gambar yang telah diambil.


Letak tangan dia di dahi, macam loser sudah.


I don't know what to say.


Sedang setup jari jemarinya untuk buat peace.


There you go! Terpaksa pegang jari yang ketiga. Asyik terkeluar saja.


Sedang marah abang dia sebab abang dia tidak buat peace macam dia punya peace.


Last-last pinjam peace abang dia.


Hi-5 punya peace!


Hari ni 3 hari tidak datang sekolah..


Assalamualaikum :)

Last week, kami (me and hubby) kutip Haikal dari sekolah. Selalunya aku kutip Haikal dengan sorang-sorang dengan adik dia. So, Haikal macam excited sikit mau bercerita.

Haikal : Mama, Hasnizul tidak datang sekolah hari ni 3 hari.
Babah : Kenapa?
Haikal : Sebab.. dia tidak datang sekolah, kasut dia hilang sama kena chicken pox.

That explains the 3 days la kunun. 1st day, dia memang tidak datang sekolah (I wonder why), 2nd day kasut dia hilang (soooo weird) dan terakhir sekali chicken pox (oooo patutlah!!)


Projek Kuih Raya (Part 2)


Assalamualaikum :)

Setelah berpenat lelah di hujung minggu, akhirnya aku berjaya jua mencapai sasaran kuih tahunan aku tahun ni. Alhamdulillah..


Chocolate Chunk Cookies

Asalnya biskut ni tidak termasuk dalam list aku pun. Tapi entah macamana selepas melawat blog kawan aku, akhirnya aku terpanggil juga la mau buat biskut ni. Malangnya, complicated la pula segala ingredientsnya. Atas sebab aku memang bertekad untuk buat kuih ni, aku sedaya upaya mau mencari resepi yang paling simple. Seperti biasa aku refer dengan tuan google. Aku pakai resepi ini. Rangup dan dijamin sedap. Tapi bagi aku maybe next time aku kena kurangkan sedikit sukatan gulanya. Memandangkan aku ni kira novice dalam bidang biskut-miskut ni, first tray aku buat biskut ni mengembang dengan jayanya. Which for some reason sangat tidak sesuai untuk dijadikan biskut raya. Mungkin lebih sesuai untuk tipu anak kononnya itu biskut Chipsmore.


Kuih Makmur

Kalau bab kuih makmur ni, aku memang banyak songeh. Every year, bila hari raya menjelang my sister and I sibuk mengetest kuih makmur orang. Kerap kali juga la, kami akan kecewa. Bagi membawa hati yang duka, aku berkira-kira mau buat sendiri. Kononnya, semua jenis kuih makmur punya resepi aku try, tapi tiadalah yang berkenan di hati. Last-last, aku pakai resepi yang mama aku selalu guna zaman dahulu kala. Bahan pun simple saja. Minyak sapi, tepung gandum, tepung jagung dan gula yang di blender halus (hoho aku memang kurang gemar makmur yang ada kacang). Sorry, aku cuma boleh senaraikan ingredients saja. Bab sukatan tiada dalam silibus. Aku main campak-campak suka hati aku ja :).

Sungguhpun demikian, kuih tat nenas aku pula yang semakin surut. Adik aku makan tidak hengat dunia. Nampak gayanya, aku kena buat tat nenas lagi sebelum aku balik kampung. Nasib baik la aku ada extra jem nenas. Bahan lain pun masih ada. So, hopefully aku boleh cari sedikit masa untuk buat.


Aug 19, 2011

Baca Tapi Tidak Percaya


Assalamualaikum :)

Semalam, aku ternampak status dari rakan FB.


Mula-mula aku nampak, of course la aku terkejut. Ini kira first time la aku dengar kejadian simbah-menyimbah asid di Sabah. In KL it's a different kind of story la. Kerap masuk berita. But this is in KK. Bukit Padang area some more. Sudah la aku tinggal di kawasan sana, anak aku pun sekolah sana.

Bila aku baca status tu, of course la aku ambil tindakan noted. Which mean, aku sudah baca tapi aku tidak percaya. Hehehe you know la kan, bukan semua berita atau cerita dalam FB ni reliable. Until further notice, kununnya masuk berita barulah aku percaya dan seterusnya ambil tindakan.

2 hours later, aku melenggang kangkung shopping kuih-muih untuk berbuka sambil memimpin anak aku yang paling kecil. Kebetulan anak aku balik sekolah jam 4.30 ptg, sudah semestinya aku sempat bershopping barang berbuka dekat area Bukit Padang. Area kegemaran aku, area Khidmat Supermarket. Situ sajalah kuih muih yang bagi aku rasanya sesuai dengan harganya.

Lepas sahur tadi pagi, my hubby pesan "Tidak payah sudah beli kuih di Taman Khidmat tu. Ambil Haikal dari sekolah terus pulang."

Bila aku tanya kenapa, dia tunjuk keratan suratkhabar Borneo Post Online.

Cis!! Betul-betul pula kawasan kejadian di area kegemaran aku. Well, aku malas mau ulas tentang persoalan WHY, WHY and WHY si tukang simbah buat macam tu. Mungkin pasal dendam, hobi atau perbuatan khianat (aisehmen).

I tell you why I think berita di FB is not reliable. First, they said "sprayed" walhal dalam suratkhabar tulis "simbah". Harapnya selepas 16 tahun meninggalkan alam persekolahan, tidak banyaklah perubahan dalam silibus Bahasa Malaysia. Bagi aku aku simbah dan spray tu, adalah langsung tidak sama. Mungkin related tapi sangat tidak sama.

"The incident took place in her car" tapi dalam suratkhabar mangsa memaklumkan dia turun dari kereta. I don't know about you, tapi bagi aku you can't be IN and turun in the same time.

"Rob her handbag" some more. Berkali-kali aku baca masih aku tidak jumpa perkataan rompak dan yang sewaktu dengannya. Mungkin reporter tidak sempat tulis this IMPORTANT details. Atau mungkin *CNN (istilah aku bagi si penyebar berita) sengaja tambah apa-apa yang patut untuk menjadikan orang ramai lebih peka dan takut daripada biasa.

Apapun, aku tetap kagum dengan kepantasan *CNN membuat liputan. Sangat pantas walaupun tidak begitu tepat. Mungkin *CNN ni pun tidak sempat tengok kejadian sebenar tapi tetap juga mahu bagi 'berita terkini' dengan orang ramai. Sekurang-kurangnya bila kita baca 'berita terkini' tu, kita sudah aware dan ambil langkah berjaga-jaga.

P/S : Teringat pula aku, masa aku mula-mula dapat sms pasal tsunami.. :) klik sini.

Aug 15, 2011

Projek Kuih Raya (Part I)


Assalamualaikum :)

Tahun ni memang beria-ia aku mau buat kuih raya. Seperti biasa, SKT (sasaran kuih tahunan) aku tahun ni 5 jenis. Setakat ni aku sudah buat 3 jenis. Yeay!! Masa yang sesuai sudah semestinya di hujung minggu selepas sahur. Kalau waktu-waktu lain, takut ada tangan-tangan kecil yang sibuk turut serta dalam ops buat kuih aku ni.

Biskut Bunga Cina

Tersangatlah suka dengan biskut ni. Melt in your mouth type of biscuit. Simple saja cara membuatnya. Bahan pun senang mau dapat. Resepi aku dapat dari sini.


Cornflakes Madu

Ada masanya bila sehari suntuk beraya, aku muak makan kuih raya. So, aku cari benda lain. Sama ada kerepek atau cornflakes madu. Kalau tidak makan karang, takut tuan rumah terasa hati la pulak. Resepi, aku dapat dapat dari kak Maznah rakan ofis aku dulu. Dari mana dia dapat aku pun tidak tau. :)


Tat Nenas Nyonya

Ini kuih sungguh pun sangat laku, tapi sangatlah sengsara mau buat. Mungkin sebab banyak sangat prosesnya. Tahun lalu aku guna resepi yang kak Maznah bagi. Tapi tahun ni, aku pakai resepi Kak Jee. Tersangatlah puas hati. Walaupun pakai majerin, tapi sangat gebu gitu.


My assistant

Sungguhpun my underage assistant menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang kedapuran, bab memasukkan kuih ke dalam loyang sajalah yang aku confident mau kasi kerja. Itu pun cornflakes madu saja. Kalau kuih lain, kena tunggu dalam 2-3 tahun lagi.


Kren Terbalik..


Assalamualaikum :)

Dalam perjalanan pulang dari membeli persediaan berbuka. Laki aku memulakan cerita.

Hubby : Ada kren terbalik kali semalam.
Aku : Di mana?
Hubby : Di sekitar sini.
Aku : Di sini. (Sambil membuat tinjauan style orang tidak pernah tengok kemalangan)
Hubby : Mungkin terbalik lepas terkena kabel letrik.
Aku : Macamana pula terbalik kalau terkena kabel? (Bukankah sepatutnya tersangkut?)
Hubby : Mungkin la.. itu la sebab karan (letrik) kita tidak kuat semalam.

Para hadirin sekalian,
Pada malam kejadian, bekalan letrik di kawasan perumahan kami tiba-tiba berkurang. Yang mana, hanya sebahagian barangan letrik sahaja yang dapat dibuka. Ini termasuklah kipas, yang kami pusing sampai no. 5, tapi kelajuannya setakat no. 1 saja. Lampu, langsung tidak boleh buka. Mungkin sebab rasa bersalah mengurangkan bekalan elektrik, kami akhirnya dapat membuka TV untuk seketika. Yang mana akhirnya malap jua.

Actually laki aku berniat untuk membuat ulasan kejadian ini dengan kemungkinan insiden kren terbalik. Untuk makluman, actually tiada pun kren terbalik. Aku saja yang terlebih excited. Maklumlah, intro tiada tiba-tiba cakap pasal kren terbalik. Well, what to do. He's a man of a few words.


Good News


Assalamualaikum :)

Ramadhan kali ni terlalu banyak berita gembira. First, sebab dapat bonus raya. Don't really care how much. Yang penting ada la juga.

Then I got my tickets untuk balik raya. Tahun ni aku minta puji mau balik raya naik kapal terbang. Sebab aku malas mau berasak-asak balik naik feri. Hehe nampak biasa-biasa saja untuk digembirakan kan? Well, sebab tiket itu adalah percuma! Aku guna kemudahan balik ke wilayah asal untuk pertama kalinya. Apa yang aku perlu buat, isi borang permohonan tambang balik ke wilayah asal, lampirkan bersama tiket yang telah dibooking serta borang cuti yang telah diluluskan ketua.

Last sekali, aku dapat PC baru. PC lama aku si LenoVis, aku dapat tahun 2009. Aku panggil dia LenoVis sebab dia jenama Lenovo, OS Vista. Aku memang berkira-kira mau format balik si LenoVis tu. Tapi aku malas mau install balik benda-benda pelik dalam PC aku ni. After 2 years, aku dapat si Dellven (jenama Dell, OS Windows 7). Nampaknya, mau tidak mau terpaksa juga aku reinstall benda-benda pelik dalam PC baru aku.


DellVen


Aug 12, 2011

Baling Batu


Assalamualaikum :)

Seperti biasa setiap hari rabu, Haikal ada subjek Pendidikan Jasmani. Maka setiap hari rabu, dia akan pakai baju PJ dari nursery lagi. Setiap hari rabu jugalah, aku akan tanya "Tadi main apa?"

Kalau dia rajin, dia akan explain bagus punya. Kalau dia malas, "Main-main saja", jawapan dia. Last week, aku tanya soalan yang sama. Jawapan dia kali ni aku rasa tersangatlah luar biasa.

Haikal : Kami main baling-baling batu.
Aku : Siapa suruh main baling batu?
Haikal : Ustaz la. (Mungkin masih kekurangan guru, guru PJ adalah ustaz)
Aku : Main baling batu macam mana?
Haikal : Baling tinggi-tinggi lepas tu tangkap la!

Ok, mungkin kamu rasa aku ni lambat tangkap atau slow-mo. Tapi dalam fikiran aku tika dan saat itu, aku membayangkan anak aku membalingkan batu sebesar penumbuk ke ruang udara dan kemudiannya cuba menyambutnya dengan tangan. Aku bukanlah tidak bersyukur, tapi aku tau bakat anak aku dalam menangkap benda-benda ni. Confirm missed punya. Walaupun bola sepak. Kalau tidak dapat sambut pakai tangan, kena tanduk la pula batu tu kan?

Tapi sebab aku rasa anak aku ni suka exaggerate cerita here and there, aku rasa mungkin aku salah faham. Sampai rumah, Haikal kutip batu-batu kecil. Aku tanya untuk apa? Dia cakap mau main baling batu.

Kali ni, fahaman aku sudah berubah. Mungkinkah baling batu yang dimaksudkan dibalingkan kepada orang tertentu lepas tu orang tertentu tu sambut? Wow!! Kalau betul la, punya complicated permainan untuk aktiviti PJ masa kini. Kalau zaman aku dulu, sikit-sikit bola. Kalau tidak bola lari round padang. Kalau hujan aktiviti bebas.

Bila aku berkira-kira untuk mengcover Dyana (takut kena baling abang dia), Haikal terus naik rumah. Letak kasut, simpan beg dan main batu simban (some people called it batu seremban). CISSSSSSSSSS... tersasar sungguh tekaan aku kali ni. Ustaz dia ni pun, takkan la budak-budak lelaki di ajar main simban. Kurang-kurang pun ajar la main tutup botol. Barulah jantan!! Hahahaha..

Tapi aku puji effort ustaz tu untuk ajar anak-anak moden ni main permainan tradisional. Mungkin ustaz tu tidak cukup kelengkapan. Maka dia pilihlah permainan ni. Tapi mungkin next time, ustaz kena ajar dulu macamana mau sebut nama permainan ni sebelum mamanya sakit jantung dalam kereta :).


(foto ehsan google)
Main batu simban sekarang ni lebih selamat. Ada 'batu' khas sudah..


(foto ehsan google)
Main tutup botol. Barulah gagah dan perkasa. Even perempuan pun nampak gagah :)

Aku dalam proses mengumpul tutup botol untuk ajar Haikal main. Sayang saja bakat aku (uiseh) kalau tidak diturunkan dengan anak tercinta. Murah dan lebih best daripada mainan lain sebab bapa dan mama boleh join sekali :). Superexcited!!


Aug 9, 2011

Urinary Tract Infection (UTI)


Assalamualaikum :)

Makin 'muda' aku rasa, makin kerap pula aku kena penyakit ni. First time aku kena dulu masa aku preganant ke-3 kalinya. First time aku kena, aku fikir benda ni sangatlah serius. Setiap kali buang air kecil, sakitnya bukan main. Aku ingatkan aku kena batu karang kah apa. Bila pegi klinik, doktor cakap aku kena urine infection. Bila aku tanya apa punca urine infection ni, doktor tu cakap "Biasanya urine infection ni kena orang yang sudah berkahwin. Normal la tu."

Aku kena bagi ubat lawas kencing dan antibiotik yang bersesuaian dengan mak labu (gelaran mama aku sepanjang aku pregnant). Doktor turut kasi nasihat minum air banyak-banyak. Maka, sihatlah aku seadanya.

Dalam tahun ni, aku kena urine infection lagi. Yeay!! Walaupun hati rasa susah, tapi sebab ada orang cakap penyakit dunia ni bertujuan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil, YEAY sekali lagi! Kali ni, bila aku pegi jumpa doktor, mati-mati aku ingat aku kena food poisoning. Sebab aku rasa cramp di perut terutama lepas buang air kecil. Sakitnya lagi dahsat daripada dulu. Ini kali, aku jumpa doktor lain. Bila dia sahkan aku kena urine infection, aku tanya dia macam-macam soalan. Kenapa sakitnya lain daripada yang lain? Apa actually sebab musabab kena urine infection dan sebagainya.

Doktorku (ewah doktorku kunun) yang budiman itu menerangkan dengan jelas. Urine infection mungkin disebabkan banyak perkara. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, risiko adalah lebih tinggi daripada golongan lain. Ianya dikhuatiri dijangkiti dari pasangan yang dijangkiti penyakit yang sama. Ia mungkin disebabkan faktor umur, yang mana kekuatan antibodi sudah tidak mampu menahan jangkitan, atau mungkin faktor kebersihan persekitaran. Banyaklah persekitaran, to be exact kebersihan dalaman (if you know what i mean). Mungkin juga berpunca dari perkongsian tandas awam yang tidak bersih (damn you tandas awam yang tidak bersih!).

Berkaitan dengan kenapa simptomnya berbeza-beza, doktorku cakap urine infection ada 3 peringkat. Peringkat awal, peringkat di mana BILA kita buang air kecil terasa sakit. Peringkat ke-2 adalah peringkat di mana LEPAS kita buang air kecil terasa sakit yang mana mungkin sudah mengandungi darah tapi kita tidak nampak dan peringkat ke -3 peringat di mana kita rasa cramp di bahagian perut walaupun tanpa sebarang urusniaga yang melibatkan Mr. Tan.

Nasihat bernas turut diberikan. DRINK A LOT OF WATER. Kalau boleh 5 litter. Sebagai pesakit yang patuh, aku pun makan ubat-ubatan yang diberikan (kali ni tiada antibiotik) dan minum air 5 litter. Sepanjang 3-4 hari, aku macam orang mabuk minum air mineral. Tidak sampai 10 minit, terhuyung hayang la aku buat business. Tapi memang sangat-sangat mujarab.

Kenapa entry aku pasal urine infection? Sebab aku rasa aku diserang lagi. Mengikut hemat aku, aku berada di peringkat awal. Mau minum air 5 litter di bulan puasa? Let's get real la. Kalau mau minum lepas berbuka, bukan lagi mabuk, lemas kali aku. 1 botol mineral besar pun aku sudah 'bergoyang-goyang' mo kasi habis, inikan pula 5. Terpaksa tangguh aktiviti meneguk 5 litter air sehingga waktu-waktu cuti 'umum'.

In the mean time, aku terpaksa cari air kelapa. Orang kata air kelapa bagus untuk urine infection. Aku akui memang bagus. Cuma keberkesanannya tidak lama. Maklumlah, bukan aku ada monyet mau tolong panjat-panjat pokok kelapa. Itupun kalau aku ada pokok kelapa. Mau cari di kedai pun jarang-jarang ada. Well, berserah sajalah. Nama pun mau hapuskan dosa kecil kan?

Anyway, setelah menggogle, aku jumpa link berkenaan home remedies untuk urine infection. Untuk makluman aku memang malas mau jumpa doktorku. Nanti dia cakap aku malas mau minum air :). These are few of the home remedies yang disarankan.

Minum air banyak-banyak
(Well, I'm wishing myself all the luck I can get in this Ramadhan)



Jangan bertangguh bila berbisnes dengan Mr. Tan.
(Nearest washroom is almost 100m away, I just have to sprint. How hard can that be?)



Minum cranberries dan blueberries juice yang tiada gula.
(Hmm... where to find ah? Near Penampang ada ka?)



Makan nenas.
(have you heard 'When I ask you to jump you say how high?' I had to ask this 'How much?')




Vitamin C
(will do!)


Yogurt
(I'll try my very best!)


*All pictures from google.com

Aug 3, 2011

Haikal dan Puasa

Assalamualaikum :)

Setiap hari sepanjang bulan puasa, sebelum mencicirkan si Haikal di nursery, soalan yang sama akan aku tanya. "Haikal puasa hari ni?" Si Haikal biasanya akan menggangguk dengan penat walaupun time tu baru jam 6.40 pagi. Agaknya mungkin sebab dia tidak bangun sahur. Tahun lalu, Haikal berjaya berpuasa setengah hari selama 4 hari berturut-turut. Tapi setakat tu sajalah. Tahun ni, aku berazam mau ajar dia puasa 1 hari penuh. What happen? Masuk hari ke-3 puasa, baru 1 hari dia puasa setengah hari. Macam makin gawat nih..


1 Ramadhan, 11.00 am.

Aku : Haikal puasakah hari ni?
Haikal : Nantilah Haikal puasa. Masa di sekolah.

Untuk makluman, Haikal di nursery di waktu pagi, petang baru dia sekolah. Pernah kamu jumpa orang puasa setengah hari tapi sebelah petang saja?


2 Ramadhan, 11.15 am.

Aku : Haikal puasa hari ni?
Haikal : Puasa. Haikal tidak bawa makanan. Haikal bawa air saja pegi sekolah. Haikal minum sikit-sikit saja.

Ok. Tenangkan hati, tenangkan jiwa. Mana ada orang puasa tapi boleh minum!!


3 Ramadhan, 4.35 pm.

Haikal : Mama, tadi masa Cikgu Nadirah panggil tangan Haikal goyang-goyang.
Aku : (Ketawa. Mungkinkah yang dimaksudkan terketar-ketar?) Goyang-goyang? Kenapa? Haikal puasa?
Haikal : (Mengabaikan soalan wajib aku) Masa tulis di papan putih tu, tangan Haikal goyang-goyang bah.
Aku : Kenapa? Haikal penat kah takut?
Haikal : Tidak. Tangan Haikal goyang-goyang sebab Haikal berani.

Wordless..

Tengok anak kawan-kawan, semua sudah memulakan puasa sepenuh hari seawal 7 tahun. Tapi anak aku ni tersangatlah kreatif mengaplikasikan puasa yang hanya diterima pakai oleh empunya badan. Cabaran sungguh!



Aug 2, 2011

Buku ASB Hilang


Assalamualaikum :)

Setelah gagal dalam menjalankan misi pencarian buku ASB aku yang hilang dengan jayanya, aku akhirnya bertaubat mau buat baru. Risik punya risik, aku dimaklumkan aku kena buat laporan polis. Oh tidak! Macam menyesal pula menghilangkan buku tu dengan tidak sengaja.

Tiba-tiba aku teringat laki aku pernah hilang buku sebelum ni. Aku tanya dia, dia cakap tidak perlu laporan polis. So, aku pun pergilah pejabat ASNB. Sebelum bertolak, aku fotokopi dulu IC. Manalah tau, tiba-tiba kena minta :). Ambil nombor, lepas tu abang police academy (security) bagi 2 jenis borang untuk diisi. Dia cakap, kalau buku hilang kena sediakan duit RM20 ringgit. Kalau hilang lagi, tambah lagi RM10 dan seterusnya.

Lepas mengisi apa-apa yang patut, tiba-tiba aku terbaca untuk buat buku baru kena bayar RM10. Jadi RM10 lagi untuk apa? So, aku biarkan ruangan tersebut. Bila si nombor sudah dipanggil, aku kena isi ruangan penerimaan serta menurunkan cop ibu jari. Memandangkan Encik kaunter main tunjuk-tunjuk, maka aku dengan sepuas hati main cop. Hahaha rupanya cop ibu jari aku tidak cukup lebar. Kena guling-gulingkan ibu jari di benda hitam tu. So, kena buat sekali lagi. Lepas tu dia minta RM20 dan salinan IC (nasib baik..). RM10 untuk buku dan RM10 lagi untuk duti setem. Patutlah kena sedia RM20.

Tunggu lagi dalam 2-3 minit, terus aku dapat buku aku. Service memang cepat. Tapi dekat 2 jam juga aku menunggu. Mungkin sebab ramai betul masyarakat yang bermasalah macam aku ni :).

Jenis borang yang perlu diisi.


Buku baru.


Lawatan ke SAFMA


Assalamualaikum :)

Bersempena bulan ramadhan yang mulia ini, aku berniat untuk mengurangkan pembelian produk makanan di Bazaar Ramadhan. Hopefully, kalau pun aku ter'pegi' aku hanya akan membeli mengikut keperluan sahaja. Ini bermakna, aku kena menyediakan keperluan sungkai (berbuka) from scratch. Dari air, pencuci mulut dan hidangan utama. Tujuan utama, mengelakkan pembaziran wang dan tenaga sebab terpaksa berhimpit-himpit di panas terik di samping menguji kesabaran aku memasak :).

Tadi pagi, mama aku beria-ia mo pegi SAFMA. Sungguhpun sudah hampir 8 tahun aku hidup berpeleseran di KK ni, tidak pernah lagi aku pergi SAFMA. Sebab hajat aku mau bermasak habis-habisan, maka kali ni aku join la mama aku.

Lepas sahur kira-kira 4.30 pagi, terus pergi SAFMA (betul-betul bersebelahan pasar ikan). Jalan memang clear habis. Rasanya kalau ada orang baring di tengah jalan pun aku malas mau hon. SAFMA ni tempat pelabuhan kapal-kapal ikan di KK. Semestinya ia akan membawa hasil yang lumayan. Mengikut mama aku, ikan-ikan di sini sangat murah.

Main entrance. Special appearance siapa lagi kalau bukan my mom.


Ikan pelbagai jenis. Aku malas mo tanya harga. Bukan aku boleh ingat pun :D.


Ini semua ikan kerisi. Entah lubuk atau umpan apa diorang pakai, semua ikan yang diorang dapat ikan yang sama.


Ini ikan aku malas mau mampir. Yang paling utama, aku ambil gambar kapal/bot (what ever you want to call it), supaya nampak aku berada di pelabuhan.


Ikan pari sedang dipotong dengan tekun oleh pekerja yang diupah.


Setelah meronda-ronda dekat 1 jam, akhirnya aku berjaya membawa pulang 1 kg ikan basung = RM4.50 dan 1 kg ikan rumahan/lumahan = RM6.50. Bagi aku yang agak jarang ke pasar ni, aku kira agak murah jugalah berbanding pasar biasa. Paling aku suka, suasana pasar di kala subuh. Sangat tenang, kurang jam dan paling penting kurang saingan. Hohoho..

Pesanan aku, kalau sudah bertekad untuk beli ikan sila ringan-ringankan mulut untuk bertanya harga sebab harga dia agak berbeza-beza. Walaupun setakat gerai sebelah :). Seperti yang mama aku cakap, PERSAINGAN kunun.


Misi Mencari Borang


Assalamualaikum :)


Hari ni masuk hari ke-2 kita berpuasa. Baru hari ni aku berpeluang buat ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semalam, aku sibuk buat urusan Paduka Baginda atuk aku. Sungguh mencabar keimanan.

Dijadikan cerita, atuk aku ni ingin memohon bantuan ala bantu dengar menggunakan lesen pesara kerajaan. Al-maklumlah, atuk aku pun bukannya muda sangat. Setelah segala borang dan keperluan dilengkapkan, ini termasuklah Borang JPA (well, aku lupa nama borang sebab panjang sangat), surat sokongan doktor dan sebut harga alatan tersebut, tiba-tiba ianya ditolak. Atas alasan atuk aku ni pesara state. Kira macam salah isi boranglah kononnya.

Berdasarkan alamat yang doktor tulis, which is 'JPA dekat 1-Borneo', maka aku pun mula menjalankan misi medapatkan borang yang 'betul'. Walaupun pada hemat aku JPA actually berhampiran dengan UMS berbanding 1-Borneo, but who cares kan? Sampai JPA, ambil nombor, terus dipanggil.

Duduk dengan sopan, tanya dengan lembut. Maka, cik puan kaunter pun semak la borang berkenaan. Tiba-tiba dia cakap "Dia pesara negeri. Borangnya kita (kamu) boleh ambil di JPAN (JPA Negeri)". Lepas cakap terima kasih, next stop JPAN.

Selepas 15 minit, aku sampai la JPAN. Bila sampai sana, aku try cari kaunter, tapi tidak jumpa. Last-last aku dihiburkan oleh cik puan yang sibuk menulis papan cuti. Jumpa pegawai yang berkenaan, maka bermulalah operasi belek-borang. Then, cik puan pun cakap. "Eh! Dia ni pesara federal. Kenapa pula borang ni kena reject?" Sudah semestinya aku tidak tau mau jawab apa. Cik puan yang baik hati, mula memberi penjelasan dan menunjukkan dalam kad pesara datuk aku ada initial AP yang bermaksud pesara federal. Kalau initial AN pula pesara negeri. Hohoho baru tau.

Sampai rumah, explain dengan mama aku yang mana aku pasti mama aku tidak paham apa yang aku cakap. Lepas tu minta kad pesara bapa aku pula. Terbukti benar, bapa aku pesara negeri dan datuk aku pesara federal.

Sungguhpun misi mencari borang ini dikategorikan sebagai gagal, aku pesan dengan bapa aku suruh maklumkan datuk aku buat surat rayuan pertimbangan semula. Mungkin yang reject tu tidak perasan datuk aku pesara federal memandangkan beliau pernah bertugas di Labuan. Atau mungkin aku tidak tau borang apa yang sebenarnya aku cari.

Picture credit to fahmiartwork.daportfolio.com
My Atuk : Single and Available :D