Sudah menjadi tradisi kami sekeluarga, kalau ada yg sambut birthday mestilah dibelanja makan. Bergantung la yg birthday tu mo makan di mana dan bergantung la pada budget sedia ada. Maka sesiapa yg menyambut birthday di pertengahan bulan haruslah sentiasa beringat. Sedar diri sikit birthday di pertengahan bulan mmg macam tu. Tapi macam sangatlah tidak best klu kita sambut birthday someone special tapi makan roti canai ja. Walaupun kita memang sudah ready budget yang sepatutnya di awal bulan, tapi disebabkan insiden paip ala fountain kami tu, maka budget agak ter'lari' sedikit. So, aku dengan besar hatinya mem'posponed' dinner tersebut.
Semalam, aku pun ajak la laki aku pegi dinner di Kenny Rogers Roasters. Boleh dikira pakai jari berapa kali kami makan di sini setahun. Bukan tidak sedap, tapi ini semua sebab laki aku cepat stress terutama dgn budak2 yg tidak boleh duduk diam walaupun setakat 10 saat. Tapi sebab laki aku akun juga mo pegi sana, aku pun apa lagi memanjang la senyuman sampai ke telinga.
Seperti biasa, bila bab meng'order' mesti laki aku tolak sama aku.
Aku : Kasi yg ini 2 set (sambil tunjuk gambar).
Pelayan : Ok 2 set. Miss mau Original, Blackpaper atau BBQ?
Aku : 1 set original, 1 lagi... (sambil signal laki aku bg jawapan).
Laki Aku : SPICY!!!
Mau terjatuh biji mata aku masa laki aku cakap macam tu. Semangat lagi tu. Dia ingat semua restoran menu ayamnya original sama spicy ja kali. Last2 dia pilih blackpaper.
Agaknya memang protokol kali, setiap kali customer meninggalkan restoran, staf2 (bkn seorg, kadang2 hampir semua) akan cakap dgn kuat "Thank you. Come again!" sambil melemparkan senyuman. Aku kira bagusla tu kan? Terasa diriku begitu berharga.. aiseh..
Tiba2 salah seorang customer masuk balik. Aku agaklah mesti dia tertinggal tapau dia. Sambil memberi signal macam menulis di ruang udara, terus aku fikir dia mo bayar apa? Lepas tu, masing2 (pelayan, customer dan pemerhati mcm kami) pun ketawa sakan. Rupanya tu customer belum bayar bil. Boleh2 lagi pelayan tu ramai2 cakap "Thank you. Come again!". Kalau aku mmg la aku dtg balik. Nama pun makan free..
No comments:
Post a Comment