Apr 27, 2011

Linus Program

Aku pernah datang taklimat pasal Linus program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tapi sebab taklimat yang diberikan tidak begitu jelas, maka ini saja lah aku dapat.

Linus program ni kononnya program yang dibangunkan dibawah kurikulum baru tahun 2011 yg dipanggil KSSR. Objektif program ni adalah untuk memastikan pelajar tahun 1 boleh membaca, menulis, mengira dan menaakul. Yang aku ingat, program linus ni ada 2 saringan. More like exam la. Saringan 1 bulan Mac, saringan 2 dalam bulan Ogos/Oktober (aku pun tidak ingat).

Dalam tempoh bulan Jan-Mac, aku ada juga la buat persidangan meja bulat dgn ibu2 time menunggu anak mo pulang sekolah. Mengikut 'khabar angin', budak yg tidak lulus program linus tidak akan masuk darjah 2. Punyalah aku panik. Walaupun itu setakat 'khabar angin', sebab aku tidak dengar pula isu ni masa taklimat sekolah hari tu.

Tapi aku tunggu punya tunggu tiada pula perkhabaran dari anak aku pasal exam linus. So, aku assumed aku la yg tidak paham pasal linus program ni. Hari khamis lepas, seperti biasa aku tunggu anak aku ditempat biasa bersama ibu2 yg lain. Aku perasan classmate anak aku sedang sibuk berlari sana sini (subjek PJ). Bila loceng berbunyi, seorang demi seorang aku tengok. Tiada pula anak aku ni. Sampai habis semua classmatenya balik, pun masih aku belum jumpa Haikal. Mo pengsan ja aku rasa. Sedang mo sibuk2 dail no. laki aku (dia yg hantar haikal sekolah), tiba2 ada budak cakap "Mohd. Danish masih dalam kelas". Ok, kalau tadi aku panik skrg macam musykil pula aku. Tadi pagi sihat ja, tiba2 sakit? Aku tunggu di luar kelas dia (1 Delta), tiba2 dia keluar dari kelas lain (1 Gamma). Turn out, Haikal kena pindah kelas.

Walaupun cikgu dia pernah kasi tau diorg tidak pecahkan kelas2 tersebut ikut 'kebijaksaan', tapi aku boleh agak la. Kelas 1 Delta ni kira kelas paling mencabar berbanding kelas2 lain. So, bagi mendapatkan kesahihan berita perpindahan kelas, mula2 aku buat la kerja2 PI. 2nd day, aku tunggu dpn kelas 1 Gamma. Aku nampak anak aku berbaris. Kira confirm la anak aku kena pindah. Tapi sebab cikgu tidak bagi jadual waktu baru atau sebarang surat pasal perpindahan aku anggapkan belum sah lagi la. Kira2 macam tetap tapi belum sah la kunun.

Yesterday, aku jumpa terus dgn cikgunya. Since aku tidak kenal guru kelas baru Haikal, aku main serang hendap ja la mana2 guru yg aku jumpa. Memang confirm la Haikal pindah kelas. Cikgu dia cakap Haikal bukan lagi dalam program linus. Dia sudah masuk aliran perdana. Maksudnya kira selamat sudah la. Kelas 1 Delta yg sedia ada sekarang ni masih lagi dalam program linus. Mengikut cikgu tersebut, Haikal masuk dalam kelas 1 Delta pada mulanya pun pasal dia ni belum dikenalpasti potensinya lagi. Kunun 90% daripada budak2 darjah 1 sudah dikenalpasti potensinya sebab diorg tadika sama2. Tapi sebab Haikal tadika di tempat lain, itu la sebab dia kena letak di 1 Delta.

Pendapat aku? Sampai sekarang aku masih konfius dengan linus program. Tapi banyak yg anak aku belajar dari program ni. Cuma aku harap suatu masa nnti, ibubapa kena brief betul2 pasal linus ni supaya kita pun boleh la bantu apa2 yg patut.

Yang penting aku bangga. Walaupun Haikal tidak diletakkan di kelas paling pandai (1 Omega), tapi bak kata mama aku..

"Tidak payah la kau lebih dari orang. Sama dengan orang pun jadi lah!"

Aku dulu pun kira average student. So, I don't expect my children to be more, sama pun jadilah.

"We worry about what a child will become tomorrow, yet we forget that he is someone today."

2 comments:

  1. Hahaha... Ayat mama atu KHAS DICIPTA untuk adimu nganya tu!! hahahahahahaha.....

    ReplyDelete
  2. atutah.. kira2 kan mmbuat tribute pasal mama punya pepatah yg melampau.. bukan dikit tu ah.. hehehe

    ReplyDelete