Apr 19, 2011

Stress Management

Aku pernah bagitau aku tersangat2lah busy semenjak dua menjak ni? Bukan aku saja, tapi aku rasa seluruh jabatan kami busy semacam.

Ok, aku ada satu sistem yg statusnya pending dekat 2 tahun. Bukan pun besar sangat sistem tu. Tapi masanya.. punya la susah mo cari. Lepas tu aku ada aduan yg balik2 cakap sistem yg dalam custody aku slowwwww macam siput. Jadi kerja aku pula la mengenalpasti anomali2 yg menyebabkan sistem tu slow. Mo salahkan network, bagus cek dulu betul2. Kalau salah bom nanti, perang dingin la pula. Bagi menambah cabaran kerja aku lagi, ramai la pula org mo minta buat training. Walaupun bukan aku yg mengajar, aku juga la yg mcm tidak cukup nafas mo akaun peserta. Paling best, telipon bersahut2an menambahkan stress yg sedia ada. Baru kasi tinggal 2 jam, missed calls melambak2. Paling last sekali, audit.

Entah kenapa setiap kali audit, macamna complete pun dokumen kita mesti ada lagi yang perlu disediakan. Paling tidak best, berhabis2an pun kita prepare, belum confirm lagi kena audit. Tapi sekurang2nya kita punya dokumen complete la. Sungguhpun kadang2 rasa geram sebab kerja yg kita buat tu tidak pun kena jeling. Mo jeling apa, fail pun tidak di kasi keluar. Ish ish ish...

Bak kata aku sendiri dalam tempoh masa sekarang ni, 2 tgn pun mcm tidak cukup. Tidak cukup tangan, pakai kaki. Kalau tidak cukup kaki, pakai mulut. Esok lusa, pakai telekinesis. Kalau suda sampai tahap macam ni, kerja tidak siap2 juga aku pun tidak tau la.

Aku jumpa benda ni masa aku derma darah hari tu. Aku rasa aku patut share bagi mengurangkan 'kemurungan' di kalangan wanita2 berkerjaya ni.


Setakat ni gejala yg aku ada.. No. 2 dan No. 5.
Minta2lah setakat tu ja. Jangan la di tambah lagi.


No. 2, 6 dan 7. Confirm punca sebenar aku cepat stress.
Yang lain tu, minta dijauhkan..


No. 7 - Berehat dan mendengar muzik.
Patutlah tidak berkesan..
rupanya kena BEREHAT sambil mendengar muzik.
Bukan BEKERJA sambil mendengar muzik..
Tapi kalau kita berehat sambil dengar muzik, nnti bos ckp kita tiada keja la pula kan??


No comments:

Post a Comment