Apr 11, 2011

Bad Influence


Secara rasminya, aku complete Season 3 punya NCIS series. Siapa yg tidak berminat, sila2 la berlalu pergi. Kepada yang berminat tapi tidak tau apakebende NCIS ni, silalah rajin2kan tangan anda untuk menggoogle apa yang patut. Secara ringkasnya, NCIS - Naval Criminal Investigative Service lebih kurang macam cerita FBI tapi diorang cuma siasat kes berkaitan dengan Navy saja.

Kalau orang tanya seronok ka NCIS ni? Aku akan cakap, bagi aku sangat best. Cukup rempah gitu. Ada komedi, sedih dan serius. Normally sedih part2 season finale ja la.

Sapa yang pernah/gemar tengok, sila skip part yang ini sehinggalah dimaklumkan kelak. Kepada yg tidak pernah tengok, moh aku introduce barisan pelakonnya.


Jethro Leroy Gibbs

Punyala serius ni orang. Mo marah ja kerjanya. Mo cepat memanjang. Tidak kisahla macammna ko buat keja (illegal ka tidak) yang penting dia mo output ja. Team dia kena hafal semua rules yang dia bagi. Hampir semua team dia takut dgn dia. Paling best, belum pun dia bagi arahan baru ja jeling, orang2 dia suda tau mo buat apa. Pantang dia, kalau orang tidak buat apa2. Tapi dia jadi tegas macam tu bersebab. Kalau kamu tengok season 1-2 memang kamu tidak tau kenapa. Abis season 3 baru jelas.


Tony Dinozzo

Ini anak didik yang paling senior si Gibbs. Berangan ja kerjanya. Konon sangat pakar dalam bab menyamar dan mengurat perempuan. Tapi selalu la dia dapat perempuan yang di 'luar dari kebiasaan'. Banyak2 scene dalam NCIS, scene dia yang tidak pernah memboringkan. Sebab dia senior dia suka sangat la membuli teammates dia yang lain. Gurauan dia tu yg kadang2 buat sakit perut ketawa.


Kate Todd

Seingat aku, aku ikuti cerita ni dari Season 1. Tapi bukanlah peminat tegar. Yang biasa2 ja. Kalau tertengok, tengok. Kalau tidak, tidak jua kempunan la. Tapi bila sudah NCIS masuk Season 8 baru aku perasan Kate ni suda tiada. Sekali aku google, wataknya dimatikan dalam Season 2. Berkarih2 la aku mencari semua Season 1-8 untuk ditengok semula. Personally, aku paling suka Season 1-2, time si Kate ni ada. Cerita diorg tidak terlalu banyak konspirasi. Itu yang best. Anyway, sebelum Kate join NCIS dia kununnya adalah Secret Service yang tolong jaga President US. Lepas tu, sebab dia rasa kerja tu tidak memuaskan hati, maka Gibbs offer kerja di NCIS. Sepanjang Season 1-2, aksi sindir menyindir Tony-Kate la yang paling best. Lepas Season 2, Kate akhirnya dibunuh oleh sniper.


Saat menyedihkan.. sob sob sob..



Timothy McGee

Team member yang paling last masuk dalam Team Gibbs. Pakar dalam bidang komputer tapi lambat pickup signal yang kena bagi oleh Gibbs. Puas jua la dia ni kena tempiasnya. Dia ni boleh dikategorikan genius memandangkan dia kelulusan MIT. Ada bakat terpendam selain dari Special Agent, iaitu..... MENULIS. Siap buat buku lagi tu. Gambar di atas tu actually gambar terkini dalam Season 8. Kalau awal2 season si McGee ni agak berisi orangnya.



Abby Sciuto

Pakar Sains yang serba boleh. Walaupun makmal dia tu dia sorg ja yang duduk, tapi equipment yg kena provide kira tip top juga la. Paling tidak suka bekerja dengan orang lain kecuali orang yg dia rapat. Dalam kebanyakan kes, dia selalu kena tolong Mcgee. Dia ni juga la satu2 tidak pernah kena marah oleh Gibbs. Anak emas kunun. Peduli la dia cakap apa pun. Sure tidak kena marah.


Ducky Mallard

Medical Examiner yang sangat berpengetahuan. Orang mo cepat pun, sempat lagi berceramah pasal pengalaman hidupnya. Kadang2 macam related. Kadang2 langsung tidak. Tapi kalau si Gibbs, belum pun dia habis ceramah sudah kena kasi tinggal cakap sorang2.


Jimmy Palmer

Pembantu kepada Dr. Mallard. Sama jua macam si McGee, dia menganggotai kelab 'BLUR' sedunia sebab selalu lost kalau bab2 signal ni. Dia masuk NCIS dalam Season 2 kalau tidak silap, selepas, pembantu Dr. Mallard kena tembak. Jangan risau, dalam cerita ni org tu tidak mati. Cuma injured dan tidak boleh sudah buat kerja2 melibatkan pergerakan tangan.


Ziva David

Masuk team NCIS selepas Agent Kate Todd mati dalam Season 2. Dia ni dilatih untuk jadi perisik, so agak ganas sikit berbanding agent2 yg lain. Bila dia masuk saja, hampir semua episod melibatkan kumpulan pangganas. Sangatlah tidak best! Sungguhpun aku cakap tidak best, akun juga aku tengok.. hehehe


Head Slap

Head slap ni kira trademark Gibbs kalau team dia buat tindakan bodoh. Paling banyak kena si Tony Dinozzo. Tapi bagi aku memang patut. Membuli ja kerjanya. McGee, Kate dan Ziva ada juga kena, tapi jarang2 la. Yang tidak pernah kena sure la Abby dan Ducky.


Rules of Gibbs

Kadang2 aku suka juga dengar Rules dia ni. Tapi selalu terlupa no berapa. Kalau kamu ikuti season 8, kamu tau la kenapa Gibbs suka buat rules dan berapa banyak rules dia ada.

End of Season 3, Gibbs yang tercedera terkena bom akhirnya berhenti menjadi Agent NCIS setelah pihak atasan tidak mau membuat tindakan ke atas maklumat yang dia bagi menyebabkan sebuah kapal navy meletup. Dia serahkan tanggungjawab dia kepada Senior Agent Tony Dinozzo dan berangkat ke Mexico untuk berehat.

Jadi apa la kaitan dengan tajuk entry aku kali ni? Hehehe


Sebab Gibbs sangat suka minum kopi, setiap kali sarapan pagi mesti jua mo minum kopi 'o' secawan. Haiiyyaaaa.. mcm orang tua2 pula..


1 comment:

  1. ooo.. patut la sejak akhir-akhir ni suka order kopi. sedap ka tengok si Gibbs minum kopi? hahaha..

    ReplyDelete