Apr 15, 2011

Derma Darah


Aku sebenarnya sangatlah luar biasa busynya. Tapi sebab aku tidak mo cerita ni basi, maka aku pun bercadang buat laporan berita hari ni. Sekiranya bahasa aku tunggang langgang atau spelling aku macam pelik, ampun beribu2 ampun hamba pohon. Aku patut ambil masa 20 minit saja buat entry ni. Boleh capai ka tu? hehehe.. Here we go.

Aku ni bukan jenis percaya cerita2 misteri yang tidak terbukti faktanya. Konon kalau derma darah badan akan jadi gemuk. Helloooo.. kalau makan pun suda tidak dapat di kontrol tidak derma darah pun boleh gemuk tau. So, jgn salahkan niat murni untuk membantu mereka yang memerlukan.

Aku tau niat derma darah ni baik. Tapi aku tidak pernah terpanggil mo derma darah. Sebab? Aku takut betul dengan jarum. Kamu bolehlah istilahkan aku seorang yg tidak boleh see eye to eye dgn jarum. Bila mo kena jarum ja, sure la aku tutup mata walaupun setakat dihujung jari.. betapa penakutnya aku ni. Kalau jarum peniti tu tidak la..

Dulu masa aku study, aku pernah ikut kawan aku pegi derma darah. Tapi hajat di hati cuma mo check jenis darah ja. Bila sudah buat sebarang pemeriksaan, turn out kawan aku yg sibuk2 mo derma darah tidak layak (sebab tekanan darah rendah) tapi aku yg tidak mo derma pula kena tolak2 suruh derma. Sudahnya aku cakap "Tidak mau". Balik hostel, aku pula yang minum mineral water berbotol2. Mungkin sebab terlalu nervous.

A few days ago, ada la iklan pasal derma darah dekat tempat kerja aku. Entah kenapa, terbuka pula hati aku mo derma ni kali. Buat pemeriksaan semua ok. Orang Malaysia cakap tip top lah! Check hb darah, aku suda start dag dig dug.. tapi masi jua tidak mo batalkan niat. Sekali cucuk hujung jari, aku tutup mata kaw2 punya. Doctor tu ckp "Sakit ka? Sakit lagi beranak tau!!".. Alahai Doktor.. ko ingat aku tidak tau? hehehe


Cenderahati kepada penderma. Excluding tray yg pink tu. Yang hijau saja.
Yang pink tu untuk isi darah sendiri.. Siap dapat sijil wa cakap lu..


Suasana di bilik operasi menderma darah


Kamu tidak tau betapa gembiranya aku time ni.. kekeke


Itu nurse sedang berusaha mencari urat darah. Betul ka ayat aku tu?
Memandangkan aku bukan dari bidang perubatan, maka aku maafkan..


Itu nurse mo kasi bius suda.
Notice org lain pakai kerusi lipat tapi aku pakai bed?
Penat aku angkat dari rumah tu..
Hehe just kidding..
orang tidak mo pakai, jadi aku dgn muka tidak malunya terus request..


Siap dalam masa 5 minit macam tu. Ingatkan lama...
rupanya sekejap ja. Terlebih sihat kali kan?



Bukti yg aku sangat layak menderma darah. Walaupun aku sepatutnya tunjuk buku passport darah aku tu.. tapi sebab masa mencemburui kita.. tak dapek nak nolong.


Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment