Apr 25, 2011

Isu Taukeh Alat Tulis

Setiap kali anak aku mo pegi sekolah. Perkara pertama yang aku perlu sediakan adalah:

1) Buku Teks
2) Alat Tulis

Part yang no. 1 tu aku memang tiada isu. Semua pun lancar ja. Paling2 pun tertukar buku teks dengan anak orang lain. Tapi kalau dibiarkan, pandai tertukar balik tu buku teks.

Part yang no. 2 tu memang isu besar bagi aku. Sebelum sekolah, kita sediakan 2 batang pensil, sharpener, pemadam, pembaris dan warna. Selepas sekolah, yang tinggal 1 pensil dalam 2 inci panjang, pemadam yg dipotong 4 atau mgkn hilang terus, sama warna yg tinggal 2-3 batang. Aku pun kurang pasti kalau sekolah dia ada sacrifice ceremony yang aku tidak dimaklumkan atau ada aktiviti menderma harian yang aku terlupa simpan dalam memory aku. Kalau hari2 mcm ni, taukeh stationary pun boleh gulung tikar.

Solution aku, setiap sebulan aku akan bershopping alat tulis untuk stok sebulan atau mgkn lebih. Disebabkan aku tau setiap pensil yang aku sediakan tu akhirnya akan terkorban di medan perang, aku pok pensil yang murah2 (tapi masih 2B la). Pemadam pun aku beli ala2 pukal. 1 kotak ada 30 biji. Cukup untuk setiap hari termasuk hujung minggu.

Tapi lately, aku notice bukan aku sorang saja yang ada isu macam ni. Rupanya banyak lagi ibu2 yang dalam dilemma. Kepada ibu2 yang anaknya akan bersekolah tidak lama lagi, bagus masukkan sedikit budget untuk beli stationary. Kalau anak kamu jenis yg simpan alat tulis dalam poket seluar, anggap sajalah kamu golongan bertuah.

So, atas sebab budget yang agak tinggi untuk beli2 stationary ni semua, aku accidentally terjumpa satu kedai yg aku rasa wajar dikunjungi ibu2 yg masih trauma dengan isu 'kehilangan' alat tulis. Setakat ni, ini la kedai yang paling murah aku pernah jumpa di KK. Lokasi Centre Point (aku tau Centre Point sekarang ada nama baru tapi aku lupa).


Actually ada banyak jenis barang lagi yg dijual. Tapi aku banyak melepak di bahagian alat tulis untuk buat perbandingan harga. Ewahhh..


Haikal sempat lagi bergambar dengan maskot Mario yg kebetulan ada dpn kedai.


No comments:

Post a Comment