Mar 11, 2011

Budaya bereksperimen

Kalau time boring, apa la kunun selalunya anak2 kamu buat? Kalau anak aku, diorg suka buat kajian. Tidak kisah la apa pun yang boleh dijadikan bahan eksperimen, yang penting boleh menghiburkan hati diorg.

Sebagai seorang ibu yang ingin menggalakkan anak2nya bereksperimen, selalunya di awal eksperimen aku tidak akan cakap sepatah pun. Aku biar dulu dalam 5-10 minit.. lepas tu baru aku bagi keputusan muktamad suruh berenti.

Seperti biasa, balik dari sekolah dalam jam 5.45pm, kami semua berpecah mo melakukan aktiviti harian kunun. Aku pegi dapur, Haikal siap2 mo mandi. Seperti biasa jugalah, bila si abang mandi, adiknya pun tidak mo tinggal. Ikut jua mo mandi padahal baru sejam lepas dia mandi di nursery.

Tiba2, seorg demi seorg anak aku berlarian keluar dari tandas. Sekali aku tengok.. ada air pancutan di dalam tandas aku. Mo dimarah, aku rasa diorg ni cukup rasa bersalah sudah. Kalau tidak, takkan la diorg bersembunyi di belakang pintu. Last2 aku tepuk dahi ja la..

Tengoklah apa anak aku buat dalam tandas



Bagi seseorg yang ketinggalan ketika mengambil kursus pem'paip'an ni, langkah pertama aku ambil, telefon seseorg yang juga TIDAK tau pasal pem'paip'an. Aduan aku bukan pun pasal paip tapi..

"Tengok apa sudah anak ko buat. Entah apa diorg buat dalam tandas, patah sudah tu paip."

Yup. Tidak lain dan tidak bukan.. penerima aduan adalah laki aku sendiri.. hehehe..

Selepas kejadian, maka aku pun arahkan la adik aku untuk tutup kawasan kejadian termasuk la suis utama air. Lepas tu aku cari anak 2 orang tu untuk buat siasatan lanjutan.

Aku : Haikal. Apa haikal buat sampai paip tu patah?
Haikal : Haikal terhantuk bah tadi...

Aku kurang pasti mo rasa bangga ka atau mo rasa geram. Bangga sebab kepala dia tahan lasak, atau geram sebab dia kasi patah itu paip. Tapi orang cakap, mo marah pun tidak guna. Benda suda jadi.. huhu.

Look at the bright side, rumah aku sudah ada air pancutan. Down side pula, setiap kali mo guna air, setiap kali tu kena keluar untuk buka suis utama. Haiiii la anak...




No comments:

Post a Comment