Feb 9, 2011

Haikal first ever signature

Actually cerita ni agak lama. Tapi sekurang2nya tidaklah sampai sebulan. Kira belum expired lagi la ni. Sedang aku terbelek2 buku2 Haikal, aku perasan ada satu buku biru. Bukan besar sangat pun, lebih kurang macam buku 555 (alahhh.. buku hutang zaman dulu la)

Depan buku tu tertera 'Buku Panduan Disiplin'. Sorry ah.. aku agak ja tu. Aku pun kurang pasti apa yang tertera di depan. Bukan aku yang bawa ke hulu ke hilir. Aku jadi 'book keeper' saja seperti mana yang diamanahkan oleh cikgu disiplin. Konon cikgu disiplin cakap, tunggu sampai dia betul2 boleh baca dan paham baru bagi pelajar.

Since buku tu pun sangat membosankan, aku pun tidak la memaksa si Haikal baca buku tu. Biar la aku baca sorang2.. lepas tu explain dengan Haikal. Sungguh pun banyak FAQ yang perlu dijawab, aku akun juga la mo belek buku tu.

Tiba2 aku nampak satu bahagian dalam buku tu yang meminta pelajar mengaku menerima buku tu dalam keadaan baik. Aku tidak kisahlah kalau pakai cop tangan ka apa.. ini tidak, mo juga pakai tandatangan segala. Aku pun panggil la si haikal..

Aku : Haikal, tandatangan ini buku
Haikal : Tandatangan tu apa?
Aku : Hmmm... tulis saja nama haikal..


Sila abaikan mutu gambar yang tidak seberapa ni ahh..


Seingat aku, aku mula main2 tandatangan ni darjah 6. Sepanjang darjah 5, sibuk la aku training rupa signature aku macam mana. Bila fikir2 balik, macam rugi pula aku tidak simpan rupa signature aku yang 'anggun' tu. Tahulah kan budak2 punya tandatangan semua bentuk binatang pun ada. Ada yang love, bunga, rama2, naga, ular, ulat, kura-kura.. imaginative betul budak2 umur 11 tahun ni kan? Anyway, bila masuk sudah makin dewasa atau bekerja, baru la keluar signature ala2 'menteri'. Itu pun normally lepas training berhabis2an, manalah tau kena offer jadi menteri.. hehehe

No comments:

Post a Comment