Feb 1, 2011

#25 - What would I find in your bag

Orang lelaki selalu cakap, beg perempuan besar2 sebab diorang suka bawa barang make-up. Bagi aku, mungkin betul mungkin juga tidak. Aku akui beg aku besar.. tapi kalau korang tengok apa isinya...



Sorryla kalau korang rasa isi kandungannya tidak semenarik mana. Takkan la aku mo letak dadah pula semata2 supaya nampak menarik kan? Ada juga yang tertarik masuk jail karang..

So, mari kita tengok satu persatu apa yang ada dalam beg aku. First sekali, wallet la. Kalau beg beso pun, wallet takdak macam pelik la aku rasa. Karang mo bayar lunch pun macam orang mo cari arnab dalam karung. Kalau tidak ramai orang berbaris tidak apa, tapi kalau ramai.. ada juga la yg kenyang makan sindiran.. hehehe

Next, aku punya external hard disk. Suatu masa dulu, aku selalu betul bawa pendrive. Bukan alang2 bawa pendrive, sama ramai macam kunci rumah aku. 512MB, 2GB, 8GB, 16GB.. tapi sekali sumbat dalam USB, semua pun tidak boleh pakai.. last2 aku bawa external hardisk. Lagi senang.. besar memang besar, tapi teda suda isu pendrive tertinggal di tempat org. Tapi kalau external hard disk yg begitu besar pun korang boleh tertinggal.. macam ada tanda2 sudah tu.. boleh sudah cuba2 draf surat wasiat. Manalah tau, esok2 anak2 pun tidak ingat suda..

Next, buku catatan. Buku catatan aku tu kira macam diari la. Isinya lebih kurang temujanji, barang2 yg sudah habis dan perlu dibeli dan sebagainya. Kadang2 tempat catat no. fon orang atau alamat dan sebagainya. Takkan la semua pun mo tulis di kertas/resit2 terpakai.. Jadi sampah dalam beg saja. Silap2 ada risiko terbuang lagi.

Next, pen. Ini semua berpunca bila kita sibuk2 isi borang, pen pula tiada. Kalau pegi pejabat pos atau pejabat pendaftaran tu.. tinggal tali ja. Pennya aku pun kurang pasti ke mana. Mo cakap virtual, borangnya tidak pula virtual. Maka, aku akan pastikan pen ni ada dalam beg aku.

Next, Actifast. Ini mesti ada. Kalau habis, aku memang akan bersungguh2 mo refill balik. Al-maklumlah dalam bidang kerja di ofis mo pun di rumah.. ada saja yang bikin sakit kepala. Oleh itu, stok mesti ada bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Jangan salah faham ah.. makan bila perlu sahaja..

Next, kad pekerja. Sebab aku malas mo pakai (kalau aku terpakai, langsung tidak tertanggal2 sudah) aku simpan dalam beg. Benda yang aku bawa setiap hari pegi keja dan aku bawa balik dari keja. Confirm aku tidak ter'missed' punch in.

Last, recycle bag. Tahulahkan semenjak 2 menjak ni orang dok asyik sibuk cakap supermarket sudah mula berkempen kurangkan penggunaan plastik. Bagi menyokong kempen ini, aku pun bawa la beg ni ke mana2. Kalau barang yang mo dibeli setakat 2-3 ketul, aku tidak payah la minta plastik. Tapi kalau beli barang rumah, mustahil la pula aku mo pakai recycle bag ni. Kalau barang rumah aku sikit boleh la.. tapi kalau sampai pakai 2 troli.. haishhh.. banyak la pula mo pakai recycle bag. Tambah lagi la kalau mo beli beras segala, takut hilang pula la ke'utuh'an beg kesayangan aku tu. Kalau aku junjung, ada juga la yang menganga nanti.. jadi untuk mengelakkan diri menjadi tumpuan org ramai, kita ikut dulu la cara lama.. sekurang2nya kita sudah cuba mengurangkan penggunaan plastik..

No comments:

Post a Comment