Feb 22, 2011

Perdana Park

Seperti biasa, kalau PIL aku datang sure kami sekeluarga akan makan malam diluar. Apa yang pelik, setiap kali makan mesti juga mo makan ikan bakar. Disebabkan FIL aku ada kursus, maka kunjungan mereka kali ini jatuh pada hari2 bekerja. Nama juga orang berkerjaya, lepas kerja saja mesti penat. Kalau ikutkan hati, bagus aku masak di rumah, lepas tu boleh rehat atau tidur terus.

Mungkin juga FIL aku ni kesian tengok aku penat bekerja lepas tu balik memasak lagi, atau mungkin juga dia tidak sanggup hendak berhadapan skil memasak aku yang terlalu luar biasa hebatnya. Mungkinlah kan.. siapa tau!! kekeke

Bukan aku tidak suka makan luar dengan PIL aku ni. Aku memang suka sangat2. Jimat tenaga la sikit. Tapi yang aku tidak tahan ni, banyak betul proses untuk sampai ke kedai makan. Mo jalan2 dulu la.. mo minum panas lagi la.. Hasilnya, balik rumah mesti paling kurang jam 10 malam. Huhuhu

Entah kenapa, dalam kunjungan PIL aku kali ni laki aku excited pula mo bawa kami jalan2 tengok Perdana Park. Umumnya tempat ni boleh tahan la untuk bawa budak/cewek/keluarga jalan2 di sekitar KK ni. Mungkin kalau orang KL diorg tidak heran sangat. Tapi kalau warga KK, bagus tengok dulu..

Memang SAH!! Namanya Perdana Park. Sori banyak2 model aku tidak boleh duduk diam la..


Aikk!!! Kenapa ini gambar?? Anyway jalan masuk ke Perdana Park. Pasangan yang sedang melenggang masuk tu aku punya PIL. Aku juga la yang tertinggal.


Nampak 3 orang tu? Anak2 aku berlarian mo menengok air pancut berirama (suka ati aku ja kasi nama) bersama chaparone.


Siap boleh duduk di tepi air pancut untuk melihat pertunjukan.. Si Adik terpaksa kena pegang MIL aku, sebab takut jatuh dalam air yang dalamnya lebih kurang 1-2 jengkal.


Ok.. ok.. ini gambar bukan tersalah letak, tapi di sana pun ada taman permainan. Kamu tinggal fikir macam mana mo pujuk anak kamu pulang saja..



video
Silalah tonton..

2 comments:

  1. waaa.. cantiknya!! lemah gemalai tu air menari. patut la abis air di country height. semua p audition menari plak aaa.. kih kih kih..

    ReplyDelete
  2. kau jangan lupa, kalau semua air country height p audition.. city apartment pun sure pigi punya..

    ReplyDelete