Oct 3, 2012

Anxiety



Assalamualaikum :)

Disebabkan kesibukan yg melanda diri ini, makin terpinggir la pula si blog. Tapi disebabkan topik nan satu ini, akhirnya aku gagahkan (gagah kunun) jua utk iktibar kita semua. *Kenapa aku ni?*

Ceritanya bermula selepas aku pulang dari bercuti 3 bulan (cuti bersalin). Entah kenapa, sejak dari cuti bersalin hari tu pelbagai rintangan terpaksa aku tempuh. *Serius!! Kenapa aku ni?*

Bermula dari masalah event yg berderet, plus server aku yang toink-toink, plus lagi kereta aku yang minta puji, plus musim puncak kerjaya aku *What??!! Kerjaya?* (aku dilanda kesibukan melampau bila student masuk kuliah), tolak tambah semua sekali memang bulan yg mencabar. Situasi ini dijangka akan berlanjutan sampai hujung tahun ni. Sob sob sob..

Hari tu, bos aku hantar pergi forum Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Disebabkan aku dikategorikan wakil tetap jabatan utk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (kira macam doktor lah kunun), atas rasa tanggungjawab aku pun pergi jugalah walaupun keadaan meja aku sangat mendukacitakan.

Mula-mula sampai tu, sesat. Lepas tu, bila jumpa terawal sampai la pula. Bila awal sampai, terkial-kial cari tempat. Sudahnya aku ikut van katerer saja lah.. Bijakkan aku? :) Kebetulan ada ceramah pasal keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebelum forum. Tajuk yg disentuh pasal stress.

Kononnya stress mengikut graf si penceramah, ada beberapa peringkat. Peringkat yang dikategorikan dalam kadar 'harus pergi kaunseling' adalah anxiety. Anxiety ni kira satu tangga la mo pegi kurang waras. 

Tiba-tiba penceramah tanya, "Siapa diantara kamu, bila naik kapal terbang saja time-time tu juga kamu rasa kapal tu akan jatuh?" 

Tangan ada gatal juga mo angkat, tapi sebab tiada orang angkat maka aku pun follow ja la.

"Itu tanda-tanda anxiety.."

Anxiety tu tanda-tanda stress. Kalau dulu, bila aku stress, aku marah tidak tentu pasal. Benda kecil pun mo marah. Kadang-kadang nangis tidak pasal-pasal. 

Sekarang, aku langsung tiada rasa mo marah. Pelik.. kenapa ah?

Tapi.. ada satu perkara yg membuatkan aku risau. Anxiety..


Insiden 1:
Disebabkan permasalahan kereta yg semakin kuat merajuk tu, laki aku penuh tekad mau menukar kereta. Lagipun family makin besar.. sudah tiba masanya utk upgrade kereta '3 kerusi'. Oleh itu, kelisa harus di let-go terlebih dahulu. Bila ada dealer datang utk tengok kereta, (aku bawa kelisa pegi ofis) apa yg aku gambarkan adalah:

Rupa dealer haruslah berambut panjang dan diikat, berbadan sasa dan bertatu, bersinglet putih berkaca mata hitam. Orang tersebut sudah pasti akan bersandar di kereta aku dengan santai sekali. 

Situasi sebenar : Orangnya kecil molek, berpakaian kemas, berambut pendek dan duduk mencangkung dekat kereta aku.

Pengajaran : Bukan semua dealer rupa macam Mail Lambung! Apa yg aku fikir? Nasib baik aku tidak angkut org ofis kasi teman.


Insiden 2 :
Bila kereta sudah kerap bermasalah, jadi pantang aku dengar bunyi yg pelik-pelik. Terasa time-time tu juga kereta akan buat hal. Walaupun mekanik sudah bagi jaminan. Sudah semestinya, bila dengar sebarang bunyian, aku akan ambil lane paling kiri. Konon standby.. just in case emergency. Adalah kurang menarik utk seorang wanita menolak kereta secara solo dgn berbaju kurung ditemani 3 orang anak di dalam kereta. 

Situasi sebenar : Bunyi-bunyian itu kebanyakannya datang dari radio yg aku pasang atau bunyi lori atau kereta yg berada di depan, belakang atau disebelah.

Pengajaran : Sila jangan pasang radio kuat-kuat dan pastikan semua tingkap tertutup rapat.


Insiden 3 :
Hakim untuk sekian kalinya, kurang tidur dan asyik menangis sepanjang hari. Lagipun kepalanya ada terasa seperti suam-suam (mau panas lah tu). Maka, si mama pun mengajak si bapa bawa Hakim ke klinik.

Situasi sebenar : Panas badan Hakim adalah normal dan doktor tidak dapat pastikan kalau ada masalah lain sebab Hakim tidak menunjukkan sebarang ketidak-selesaan.

Pengajaran : Aku sendiri tidak pasti apa pengajaran kes macam ni. Hehehe


Insiden 4 :
Selalunya bila mau bertolak ke pejabat, si suami akan membantu dalam mengangkut barang kanak-kanak sekali dengan kanak-kanaknya ke kereta dengan sehelai sepinggang. Pesanan yg selalu si suami tinggalkan, 

"Jangan kunci pintu."

Entah kenapa, aku yg bijak pandai ni terfikir pula aku 'terkunci' pintu berkenaan, sedangkan aku sudah bergerak manakala si suami masih belum masuk rumah. Penat aku call, of course la aku fikir kalau dia tidak angkat ertinya di terkunci dari luar. Akhirnya, aku pusing semula ke rumah meredah kesesakan lalu lintas utk memastikan keadaan sebenar.

Situasi sebenar : Si suami sudah masuk rumah dan tertidur menyebabkan dia tidak dengar bunyi telefon.

Pengajaran : Stress sangatkah aku ni?


Image from google



No comments:

Post a Comment