Oct 15, 2012

Rambut gugur


Assalamualaikum :)

Kalau dulu masa pregnant, bolehlah berlagak rambut nampak lebat dan sihat. Lepas bersalin, rambut gugur dengan meriahnya. Bagi orang-orang yang diserang anxiety macam aku ni, sah-sah la aku ingat aku mungkin ada penyakit.

Dijadikan cerita, kira-kira sebulan lepas, ada Parenting Expo di 1Borneo, KK. Memandangkan aku, kini sudah bergelar parent (of course) haruslah sedaya upaya untuk menghadirkan diri. Maka dengan itu, aku ajak la kawan seofis, Laurah. Itupun lepas buat perjanjian dengan hubby minta tolong hantarkan lunch-date aku setiap jumaat (Haikal) ke sekolah. Actually expo tu berlangsung 3 hari. Cuma aku tidak sanggup meredah kesesakan lalu lintas ke expo berkenaan. Cukup-cukup la 5 hari bekerja meredah kesesakan. Bukan best sangat pun bersesak-sesak ni. 

Sepanjang perjalanan kami pergi ke expo berkenaan, aku langsung tidak dipandang sebelah mata oleh mana-mana sales rep yang melilau-lilau buat promosi. Of couse la ibu Laurah nampaknya menjadi favorite diorang memandangkan dia tengah sarat mengandung. Aiiikk? Macam ayat merajuk ja ni.. :)

Kami sampai booth susu Anmum. Sedang sales rep tu promote susu Anmum untuk ibu mengandung dengan ibu Laurah, aku pun tumpang dengar la. Ada sesuatu yg dia cakap menarik perhatian aku. Kononnya, kalau sedang menyusukan anak, adalah normal kalau rambut gugur. Sebab kita tidak cukup kalsium.

Wahahaha... Punyalah excited aku dengar. Ini bermaksud aku kena consume calcium sebanyak mungkin la kan? Tapi sebelum ni aku memang sudah minum susu Anlene 2 kali sehari dan minum susu segar 1 kotak besar (sometimes more) sebagai tambahan. Kenapa macam tidak berkurang pun keguguran itu?

So, aku cuba la Anmum untuk ibu yg sedang menyusukan. Terkial-kial sales rep tu kehairanan kenapa aku pula yg sibuk beli susu sedangkan ibu Laurah tidak beli (lactose intolerance). Sudah aku siap beli baru diorang cakap "Bagus kak! Memang kami galakkan breastfeeding ni." Bah baiklah.

Masalah keguguran rambut nampak makin berkurang. Mungkin ada kebenarannya. Tapi pada aku masih dalam tahap membimbangkan. So, aku google. Oh... begitu rupanya. 

Kononnya mengikut site ni, keguguran rambut berpunca dari perubahan hormon ketika mengandung. Patutlah rambut masa pregnant lebat bersinar macam iklan pantene. Lepas fasa perubahan hormon, masa untuk rambut 'rehat' - istilah bagi proses menggugurkan rambut bagi memberi ruang rambut baru tumbuh. Jadi ia dikategorikan sebagai situasi normal. Antara penyebab lain mungkin disebabkan kurang tidur, atau kurang vitamin seperti zinc dan protein.

Bab kurang tidur tu, aku memang tiada masalah. Setakat ini la. Protein mungkin lebih dari mencukupi. Jadi apa langkah yang boleh dilakukan kalau perkara ni normal? Well, mengikut empunya site:

Tukar syampu yang kurang bahan kimia.
Tukar sikat rambut yg kurang memberi tekanan.
Amalkan supplement protein dan zinc
Minum air secukupnya.
Tidur dan rehat yang cukup serta jauhi stress.

Bab lain tu, bolehlah. Paling mahal JAUHI STRESS. Aku memang suka jauhi stress. Masalahnya stress ni suka kejar aku. Hahahaha..

Oh ya. Masalah ini sepatutnya berakhir bila bayi mencapai umur 1 tahun. Apa??!! 1 tahun? Begitu lama? Sabarlah wahai hati..


No comments:

Post a Comment