Oct 24, 2012

Elak Sembelit Lepas Bersalin


Assalamualaikum :)

Hohoho.. anak sudah mau masuk 6 bulan, baru mo share..

Lately, (atau sepanjang tahun ni?) ramai la kawan-kawan yg ada rezeki dapat baby. Di ofis saja, main pass baton. Balik dari cuti bersalin, ada lagi yg pregnant. Sungguh produktif sekali.. hahaha.

Lazimnya, bila sudah ada kelompok ibu-ibu mengandung, mestilah ada persidangan meja bulat. Share cerita dan pengalaman sepanjang mengandung. Tidak kisahlah kalau pun cerita tu sudah berlalu belasan tahun yg lalu. 

Antara topik hangat termasuklah morning sickness (aku tidak boleh masuk forum ni.. tiada pengalaman), di saat bersalin dan sudah tentu masalah-masalah selepas bersalin.

Ada orang, masa pregnant sudah sembelit. Ada sesetengah orang, lepas bersalin baru sembelit. Aku seperti biasa belajar dari pengalaman lalu. Lepas bersalin buat kali pertama, sembelit buat aku rasa takut mau masuk tandas. Padahal lagi ditahan akan jadi lebih teruk.

Pregnant kali kedua, aku google merata tempat untuk elakkan sembelit. Banyaklah jamu-jamu yg hebat-hebat disarankan bagi melancarkan proses pembuangan. Which of course, bagi aku agak mahal. Padahal bukan pun aku makan jamu sangat disebabkan permasalah jaundice anak-anak aku.

Lepas bersalin, aku cuba minum air sebanyak mungkin. Lebih kurang 4 botol besar mineral. Hasilnya, sangatlah memberansangkan. Memang aku tiada masalah sembelitlah konon pada masa dan ketika itu. Hasil tenusu sangatlah meriah.

Aku cuba elakkan minuman manis sepanjang berpantang. Air putih semata-mata. Sup seperti biasa harus diamalkan oleh cik kak- cik kak yg sedang berpantang. Aku suka sangat sup masa berpantang. Kalau setakat semangkuk, macam tiada apa-apa. Tapi mama aku suka bagi sup sawi pahit. Selain memperbanyakkan susu (mama aku cakap), mengurangkan sembelit jua adanya. Ada sesetengah jenis buah bagi orang yg berpantang tidak dibenarkan makan. Seingat aku, aku banyak makan epal. Banyak serat konon. Ngeeeeee...


Setakat ni, selepas kelahiran anak ke-3 aku amalkan apa yg aku amalkan masa kelahiran yg kedua. Kurang sembelit. Tapi pernah sesekali aku terleka untuk minum air putih, menyebabkan sedikit kesukaran untuk aktiviti pembuangan. Cepat-cepat aku beli Bliss Yogurt 4 botol. Minum dengan rakusnya. Lepas tu selongkar peti ais mama aku cari buah-buahan (bapa aku peminat Vit-C asli yg tegar), jumpa la epal, oren dan baby carrot. Semua pun dimakan sebagai snack. Ececeh... :)

Bila difikir-fikirkan balik, maybe (just maybe) next time kena consider cari fiber supplements yang bersesuaian. 




Sungguh kurang sopan gambar ini.. hehehe


3 comments:

  1. salam singgah sambil baca entry.Menarik jugak minum air yougurt untuk hilangka sembelit.Tapi minum sejuk2 ke suam2?kalau sejuk2 xke rasa sakit2 urat?jemput lawat website saya jugak n fanpage yea.https://www.facebook.com/breastfeedingworld TQ. :-)

    ReplyDelete
  2. hehe..lawak la bahasa yg akak guna..gmbr tu pun lawak jugak....tp ape2 pun, memang berguna..tq

    ReplyDelete
  3. Saya pun amalkan makan buah Sunkist (oren) semasa dalam pantang..

    Kalau kanak2 sembelit boleh cuba beri yakult atau vitagen..

    ReplyDelete