Oct 16, 2012

Tips Memilih Sekolah


Assalamualaikum :)

Hamboi.. hamboi.. siap bagi tips konon. Hahaha..

Percaya atau tidak, Dyana akan mula bersekolah tahun hadapan. Bagi ibubapa yang masih 'baru' dalam bidang menyekolahkan anak, sure perkara ini akan terbawa-bawa ke setiap perbualan atau paling teruk pun termimpi-mimpi.

Luckily, ini kira second batch aku. So, aku seharusnya sudah boleh menangani tensi 'sekolah anak'.

Dari apa yg aku perasan, terdapat 3 perkara yang selalu diambil berat oleh ibubapa bila memilih sekolah anak.

1. Terbaik

Sekolah terbaik atau terkemuka ni biasanya menyediakan pendidikan yg terbaik dengan barisan guru yg hebat-hebat belaka. Kalau sudah yg terbaik, of course la pulusnya pun mesti yg terbaik. Yuran, buku dan sebagainya mestilah mencukupi dan terbaik dalam pasaran. Bagi ibubapa yg cukup serba-serbi tidak salah bagi pendidikan terbaik untuk anak. Yang penting mampu.

2. Convenient

Oh.. sesungguhnya aku sangat jatuh cinta dengan perkataan ini. Hahaha.. Anyway, sesetengah ibubapa yang berpendapatan sederhana selalunya memilih sekolah jenis ini (termasuklah aku). Bagi aku, aku akan cuba sedaya upaya mencari sekolah yang memudahkan rutin harian aku. Contohnya : Aku prefer sekolahkan Haikal di taska berhampiran bagi memudahkan aku mengambil dan menghantar 'combo style' (sekali harung dgn adik-adik dia). Bila masuk sekolah rendah pula, memandangkan taska terletak berhampiran sederet sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, adalah kurang bijak kalau aku tidak memilih salah sebuah sekolah dari deretan yg ada. Baiklah.. nampaknya aku kurang bijak. Hahaha instead of sekolahkan Haikal di kawasan berhampiran, aku hantar Haikal sekolah dekat kawasan rumah. Kenapa? Well, harus tanya kementerian pendidikan. Sekolah yg berderet itu hanya menerima pelajar yg tinggal berhampiran sekolah. Lagi bijak, aku tidak cuba minta alamat atau bil letrik taska masa cuba mendaftar hari tu. Apapun, dari hari ke hari, aku rasa bersyukur pula. Sebabnya aku tidak tersekat dalam kesesakan lalu lintas masa ambil anak pulang. Bayangkan.. sederet sekolah kiri dan kanan. Mau berjam juga tersekat kalau Haikal sekolah sana. Lagipun kalau Haikal sudah tukar sesi pagi, aku keluar kerja terus hantar. Senang cerita.

3. Murah

Bagi sesetengah ibubapa yang kurang mampu, diorang akan memilih tadika kemas dan sekolah kerajaan. Mungkin hasilnya tidak seperti sekolah swasta, tapi kalau difikirkan.. dulu anak tukang kebun pun sudah jadi pensyarah. Nothing is impossible kan? Yang penting kemahuan. Kalau ikutkan, aku berkenan mau hantar anak-anak aku ke tadika kemas. Tapi tidak convenient la pula. So, aku hantar ke tadika ABIM. Sekolah rendah Haikal setakat ni, agak baik juga. Aku plan mo hantar Dyana ke sekolah yg sama. 


All and all, sekolah zaman sekarang mahal atau murah bergantung kepada ibubapa untuk bagi kerjasama ketika di rumah. Bukan bergantung pada guru. :)


Dyana utk pertama kalinya ambil gambar ukuran password. Paling kelakar bila dia angkat tangan 'peace' sehinggalah mama dia tegur baru dia duduk diam-diam.


No comments:

Post a Comment