Assalamualaikum :),
Bersedialah dengan entri berlipat ganda dari aku.. muahahahaha..
Last saturday, di kala aku sedang sibuk membuat aktiviti pemerahan, aku terperasan something. Macam ada sedikit ketulan. Apakah ini?
Of course la aku panik! Kenapa tidak?
So, just to be sure (sebelum aku admit diri aku masuk hospital atas sebab yg tidak munasabah) aku pun buatlah aktiviti pemerahan dengan begitu bersemangat sekali. Finally, the so called lump akhirnya hilang. Syukur... Teori aku, mungkin kantung susu tidak kosong sepenuhnya menyebabkan ketulan itu muncul out of nowhere.
Disebabkan itu, aku membuat keputusan untuk tukar pam susu. Sekarang, aku tengah pakai pam manual Avent. Almost 6 months, banyak juga la sumbangan yg diberikan oleh si Avent. Tapi aku kena bertukar pam. Harus cari pam yg boleh mengosongkan kantung susu (what's wit the 'kantung susu'?). Tiba-tiba aku teringat, Spectra 3.
Baiklah. Perncarian bermula..
The rest of the saturday, aku round satu KK for Spectra 3. Satu KK! Kecuali kawasan-kawasan yg sesak. Langsung tiada. Kalau beli online, kena tunggu lagi. Tiba-tiba teringat kawan ada pakai pam Spectra 3 baru-baru ni. Risik punya risik, ada jual dekat kedai Happy Mums dekat KK Specialist. Kira-kira mo beli hari ni. :)
No comments:
Post a Comment